mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Pembeli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembeli. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Ogos 2015

PR1MA Lancar Program 'Rent-To-Own' Bantu Pembeli Tidak Dapat Pinjaman Perumahan

PR1MA Lancar Program 'Rent-To-Own' Bantu Pembeli Tidak Dapat Pinjaman Perumahan


Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini melancarkan program 'Rent-to-Own' (RTO) bagi membantu pembeli yang tidak layak mendapat pinjaman perumahan untuk memiliki rumah PR1MA.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias berkata di bawah program pemilikan rumah tertangguh itu, pembeli yang memiliki kadar kredit lemah diberi pilihan menyewa selama 10 tahun dalam usaha membina ekuiti deposit yang diperlukan untuk membuat pinjaman bank.

Beliau berkata pilihan menyertai program RTO hanya diberikan kepada bakal pembeli sebagai pilihan terakhir jika permohonan pinjaman mereka ditolak oleh bank panel PR1MA.

"Kita buat RTO sebab ada kes pembeli yang sudah diundi gagal mendapatkan pinjaman daripada bank dan rumah itu akhirnya terpaksa diberikan kepada mereka yang berada dalam senarai simpanan," katanya.

Beliau berkata RTO adalah sebahagian daripada komponen Program Bantuan Pembeli Rumah yang memberi peluang kepada lebih ramai rakyat berpendapatan sederhana berkelayakan untuk memiliki rumah PR1MA.

Abdul Mutalib berkata Program Bantuan Pembeli Rumah mengandungi dua lagi komponen iaitu pinjaman akhir hingga 110 peratus dan PR1MA Care.

Menurutnya bagi program pinjaman akhir sehingga 110 peratus, sebanyak enam institusi kewangan berkolaborasi dengan PR1MA untuk menawarkan pakej kewangan menarik buat bakal pembeli.

Institusi terbabit adalah Malayan Banking Berhad, CIMB Group Berhad, Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Bank Kerjasama Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Islam.

"Pakej kewangan ini termasuk pembiayaan sehingga 110 peratus daripada harga jual dan beli (SPA) selain tidak memerlukan bayaran deposit," katanya.

Beliau berkata bagi program PR1MA Care pula disasarkan kepada tiga kumpulan utama termasuk pembeli/pemilik rumah; pendaftar PR1MA dan pemaju/kontraktor.

Abdul Mutalib berkata bagi pemilik/pembeli rumah PR1MA, manfaat dapat dinikmati dalam bentuk perlindungan pasca pembelian, kadar insurans menyeluruh yang lebih murah serta penjagaan kebajikan yang komprehensif.

"Bagi pendaftar umum PR1MA pula, mereka dapat menikmati manfaat dalam bentuk potongan harga dan promosi-promosi eksklusif dengan rakan-rakan niaga yang mengambil bahagian di seluruh negara," katanya.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 12 Januari 2015

Baucar RM 1 Ribu Kepada Pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Baucar RM 1 Ribu Kepada Pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)


Kerajaan sedar dan peka terdapat kos yang terpaksa ditanggung oleh pembeli Rumah Mampu Milik Johor. Secara purata setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM 2 ribu bagi pembayaran kos-kos seperti fi Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.

Oleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1 ribu kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah. Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015. Baucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free