Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aplikasi Mudah Alih

PERTANDINGAN HACKATHON APLIKASI MUDAH ALIH 2019

Imej
PERTANDINGAN HACKATHON APLIKASI MUDAH ALIH 2019 membawa tema “Meneroka Teknologi Memangkin Inovasi”. Terma dan syarat adalah seperti berikut : OBJEKTIF PERTANDINGAN a) Mewujudkan ruang berinovasi dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi terkini dan berasaskan integrasi digital. b) Memperbanyakkan aplikasi mudah alih kerajaan yang memberi impak tinggi kepada rakyat. TEMPOH PERTANDINGAN a) Tarikh daftar penyertaan i. Pasukan yang ingin menyertai pertandingan hendaklah mengisi borang penyertaan secara dalam talian bermula pada 2 Ogos 2019 (Jumaat) hingga tarikh tutup pada 19 Ogos 2019 (Isnin) sebelum/pada pukul 12:00 tengahari. ii. Pendaftaran penyertaan juga perlu dikepilkan bersama dengan borang pengesahan penyertaan yang ditandatangani dan disahkan oleh Pengurus ICT atau Ketua Bahagian di Jabatan/Agensi seperti di LAMPIRAN A . iii. Penyertaan juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Jabatan/Agensi masing-masing. b) Tarikh mula pembangunan aplik

AppgeNation - Pertandingan 24 jam Membangun Aplikasi Mudah Alih Kerajaan 2015

Imej
AppgeNation - Pertandingan 24 jam Membangun Aplikasi Mudah Alih Kerajaan 2015 Pendaftaran :  https://docs.google.com/forms/d/1JV5VggmpV_GB2F9ZPfht3h-HqOvLOvFKyfZQHIGAdZ0/viewform Keterangan Lanjut :  http://gamma.malaysia.gov.my/appgenation/ MATLAMAT PERTANDINGAN Menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan dan kemahiran ke arah meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan.  Mempromosikan produk/inisiatif MAMPU dalam merealisasikan visi kerajaan ke arah penggunaan aplikasi mudah alih untuk penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan Malaysia kepada masyarakat umum.  Menggalakkan penglibatan agensi-agensi kerajaan untuk membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan AppGen.  MASA PERTANDINGAN Tempoh Pertandingan: 24 jam Tarikh Mula dan Masa: 1 Disember 2015 (Selasa), 12:00 tengahari  Tarikh Tamat dan Masa: 2 Disember 2015 (Rabu), 12:00 tengahari LOKASI PERTANDINGAN Bebas atau di agensi masing-masing.