mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Ogos 2015

Malaysia Cadang Kawal Selia Internet - Najib

Malaysia Cadang Kawal Selia Internet - Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

"Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat - agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.

"...supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai penghinaan dan perkara yang tidak benar," katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk 'Kepimpinan Dalam Masa Mencabar' pada siri ke-26 Ceramah Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, Khamis malam.

Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar.

Najib berkata kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Najib berkata pembaharuan ekonomi negara telah dipadankan dengan bidang-bidang lain seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.

Beliau berkata negara juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman, mengubah undang-undang bagi membolehkan pelajar menyertai bidang politik dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

"Ini adalah perkembangan paling besar kebebasan awam dalam sejarah Malaysia. Namun, beberapa pihak luar telah menyerang kita kerana tidak menjaga hak rakyat," katanya.

Najib juga membidas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa 'demokrasi di Malaysia sudah mati'.

Justeru, perdana menteri berkata jika ada yang sangsi bahawa rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk mencari kesalahan kerajaan, maka mereka hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk melihatnya dalam talian.

"Kami sedar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan dan kami mendengarnya...tidak seperti negara-negara membangun yang lain. Bagaimapun, tiada siapa yang akan ditangkap atau didakwa kerana menyuarakan pandangan yang sah," katanya.

Bagaimanapun, katanya kebebasan datang dengan tanggungjawab dan mereka yang berfikiran terbuka dan dimaklumkan berada dalam kedudukan untuk membuat pertimbangan yang lebih menyedarkan.

Tetapi mereka yang kurang bermaklumat akan menjadikan perkara yang kurang tepat dan pembohongan serta bergantung kepada sumber tidak boleh dipercayai dengan memutar dan mensensasikan maklumat, katanya.

"Ini amat bahaya dan sebab itu mengapa kerajaan saya bercadang mengenakan standard antarabangsa untuk mengawal selia internet," katanya.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 3 Januari 2014

My Internet Speed Test

My Internet Speed Test. OK? Tak OK? Bagi aku ok ler. Aku takde la nak perlu laju-laju sangat. Aku tak larat nak bayo tinggi tinggi tiap bulan. Ni pakej aku amik tahun 2007. First time aku landing kat tanah Johor ni. Berapa aku bayo sebulan? RM33 jer. Speed 1Mbps jer, tapi unlimited ler kan. Nak hapgred? Masih tak perlu bagi aku. Lagi pun, bergig gig aku ngan anak anak aku donlod sebulan...

Ahad, 27 Februari 2011

MyEG : Semak dan bayar saman anda

Klik untuk gambar yang lebih besar
Akhirnya.. saman yang aku tunggu tunggu tu
Pagi ni tetiba ja mood berubah. Semuanya pasal saman seketui nih. Memang memula aku tak layan sangat apa yang semua orang dok pakat heboh ketika ni.. isu mari bayar saman 50% tu la. Tetiba lepas baca blog Joe pagi tadi, ntah pasaipa aku tetiba rasa nak check.. dan wallahh.. naik sekepin..

Ni aku kena satu subuh tahun lepas lam bulan sepuluh.. nengok sendiri la tarikh kat foto kat atas tu.. Kena jugak aku. Ramai yang selalu kena tembak ngan kamera tu.. tapi ramai kata kamera tu tak berfungsi. Dan kebetulan pagi subuh nan indah tu.. aku dah tak sempat nak brek lagi dah.. semua pakat memecut.. time aku tiba kat tengah jalan tu.. satu pancaran cahaya pun keluar la dan terpana la kejap aku kan. Aduiiihh.. dah kena..

Apa yang aku leh buat.. bayar ajer la.. Tu la last aku pecut kat trafik light hutan bandar tu. Lepas tu.. kuning pun aku sloww ja. Tensen ja keter belakang aku.. Suka ati aku la.. Ko tak tau betapa cepat dia punya kuning jadik merah.. Sib baik ada myeg.. leh gak aku bayar walau pun ari ni memang pejabat pos bukak.. malas aku nak gi bersesak beratur. Kena dua hinggit pun aku rasa berbaloi la kan.. Apa pun.. setelkan la segera saman anda selagi 50% diskaun ni masih ada.. Walau aku rasa tak berbaloi kerajaan buat cenggini.. Ye lah.. menggalakkan rakyat membuat saman lagi dan tunggu bila ada diskaun baru bayar.. Browse ler kalau nak nengok proses bayor aku>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Check dan terus pilih buat pembayaran.. dah setel

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Print la resit wat kenangan


Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 5 September 2010

Google's Header : 25th years of Buckyball

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Cam biasa, google wat tribute khas kat header dia pasal bucky ball; bola molekular hasil gabungan atom-atom tu. Cuma aku rasa dah lama google tak ubah dia punya header nih..

Enjoice...Sharing is power!!!