mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label rosak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rosak. Papar semua catatan

Selasa, 13 November 2012

Adoyai....

Rosak lagi. Yang paling best, langsung dedua tokleh guna. Terpaksa la menapak naik sampai ke atas. Nasib baik 5 tingkat ajer. Pagi ni siap berduet ngan ks spi lagi. Sampai tingkat 4, cam biasa dah mengah.. terketor tangan nak ngambik jugak picas. Huhuhu...




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 14 Januari 2012

Rosak la pulak



Jem. Tokleh start sejak semalam. Kisahnya semalam petang masa en. firdaus jabatan nak balik lepas nengok progress pemindahan server, keternyer langsung tokleh start. Tu yang pagi ni beramai ramai nengokkan ni. Cari pomen tak bukak la pulak, sib baik kawan si fendi ada.

Rupanya ada short circuit ler pulek. Nak ok kena bawak ke bengkel ler. Buat masa ni, kalau tak idup kena main gear ler. Gerak dari p ke n. InsyaAllah leh start. Nak tak nak kena check kat bengkel jugak ler.



^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Ahad, 11 Disember 2011

Rosak jugak akhirnya



Lama hayat mesin basuh ni. Seusia iqa. Beli lepas iqa lahir. Sekarang iqa dah nak masuk darjah 3. Banyak jasa dia pada kitaorang. Tapi nak buat camnokan.

Masa tu memang beli yang beso. 9 kilo. Toto pun boleh masuk. Tadi atuk tengokkan. Mana tau masih boleh godakkan. Tapi, sayangnya tak kesampaian nampaknya. Terpaksa usung dan simpan kat luar. Terima kasih atas jasa selama ni.

^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Sabtu, 3 April 2010

Mari kita ke bengkel keter - clutch plate

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarHari Khamis lepas memang hari yang paling aku blank.. Memang blank tahap dewa dah. Mana taknya, tengah aku bawak keter melepasi simpang mutiara rini tu tetiba aku dah tak leh tukar gear.. Satu pun taknak masuk. Yang best tekan clutch dah tak rasa apa-apa lagi dah.. ringan habis..

Sudah.. Macam mana nih.. Terus aku pasang lampu emergency. Ketepi slow-slow, dengan inersia yang masih tinggal. Aku try tekan dalam-dalam.. Tolak masuk gear tiga.. Lepas.. Tekan minyak.. Gerak la.. Aku nekad jer, dari kena tinggal tepi jalan ni aku bawak jer sampai depan bengkel. Sekali lampu ke mutiara rini 2 merah.. sudah.. Memang keter aku terus mati kat situ. Ulang balik.. Alhamdulillah gerak.. Slow-slow-slow.. sampai gak aku depan bengkel proton depan plaza tasek.

Apa nak buat ni..??

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Aku terus jer lepak jap kat tepi keter. Sudah.. Dari nak bawak iqa makan kat kantin terus jadi lewat. Ni yang orang tetua cakap malang tak berbau. Telefon mama. Mama dah cuak.. Tepon sekolah maklum pasal aku lewat hari ni. Setel. So, macamana aku nak gi sekolah lak ni. Teringat hisyam. Selalu masa camni dia on the way ke sekolah. Call. Terus syam singgah ambik dulu aku. Alhamdulillah.. Sampai sekolah terkejut gak diaorang pasal aku leh sampai awal gak, pasal tadi aku cakap keter rosak. Apa pun mintak ijin kuar jam 9 nak urus keter aku. Tapi mood aku terus hilang pagi ni.. Borak ngan maarof.. rasa releks sikit..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Jam 9 aku dah terpacak balik depan proton nih.. waa.. sumer pakat turun check keter. Ni sahih clutch plate rosak. Waaa.. baper tanya aku.. RM480.. Gulp!! Hisyam tepon member dia ipin, aku tepun atuk. Atuk cakap tu harga stenderd la pasal aku nyer 1.5.. yang mahal upah dia.. clutch plate bawah RM350.. Hisyam cakap ipin leh kasi RM360.. Hah.. apa lagi.. terus aku rembat jer.. Tekan kasi habis.. tolak gear 3 cam tadi.. slow-slow.. memang tak tukar gear langsung.. memang aku buat kerja gila la hari ni..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Dengan nekad aku tu, follow keter hisyam; dengan slow giler babeng, sampai jugak aku kat bengkel ipin nih.. waaa... memang giler la.. Dari tasek sampai sri putri bukan dekat.. ada lam 2 trafic light dan masuk jalan besar dulu pas tu.. memang sakit kaki aku handle clutch kat trafic light tu.. Lepas ipin check memang clutch plate dah haus.. tukar jer la .. aku balik sekolah dulu ngan hisyam.. ipin cuba siapkan sebelum jam 1.30..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Sebelum sampai, berenti jap kat RHB.. kuar duit la dulu.. Nanti susah.. Sempat minum cendol. Nak sejukkan balik hati yang lara nih.. Tak sampai seminit pun pasal orang majlis dah ronda. Keter tak letak kopun la katakan.. hahaha..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Sesampai jer terus masuk kelas aku.. Aku dah bajet dah pun. Kelas aku kelas muzik jer tahun 6. Aku memang dah takde mood langsung nak mengajo pagi ni. Bebudak semua dah sedia ngan recorder memasing. Aku suruh diaorang siapkan kerja subjek teras yang memang sahih diaorang tak siapkan lagi. Sekali dengar lak bebudak nyanyi dari bawak. Sekali nengok.. iqa ngan kengkawan dia.. Hahaha.. dah kena snap.. video pun aku amik.. kan aku dah kata dia sudah jadi kepala kat sini..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Petangnya lak kena meeting kat perling 2 la pulak. Kebetulan wakil sekolah aku ngan hisyam. So, pergi meeting dulu, balik baru amik keter.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Aduhh.. ni kena jadi pegawai kejohanan la pulak.. Tapi yang bestnya aku ngan syam dedua jadi hakim lorong jer.. kelakar.. dengar tak dengar jer lam meeting tu.. hakim lorong setakat angkat bendera jer.. tq atas kerja yang diberikan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Pelan padang minggu depan.. haaaa.. satu hari aku akan berjemur tengah panas.. hihihi

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

self potrait lagi.. tensen ka suka? ka suka dalam ketensenan.. apa-apa aje la..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Dah setel. nengok clutch plate yang ipin kuarkan. Malas nak bawak balik. Pasal aku dah tensen.. sekali borak aku kenal ipin ni masa program remaja bermotosikal dulu. Patut macam familiar.. dia pun perasan aku tak tak ingat kat mana .. hahaha.. keciknya dunia..



Enjoice...Sharing is power!!!