Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Majlis Perasmian

Imej
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Majlis Perasmian. Pagi tadi kami bergerak ke Dewan Cahaya TNB kempas untuk majlis perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 ini. Jumpa dengan ramai kenalan lama. Cuma. Dapat lambai-lambai manja dari jauh aje. Huhuhu. Duduk kat row kedua di belakang team KPIBK negeri Johor. Ada persembahan Akmal Danial yang main biola tu. Kata aluan daripada Timbalan Pengarah dan diikuti oleh ucapan perasmian daripada YAB Menteri Besar Johor. Selepas gimik pelancaran tokoh kepimpinan dan tokoh guru disampaikan pada penerima iaitu Haji Aziz untuk kepimpinan dan Haji Ayob untuk guru. Tahniah pada kedua-dua penerima. Memang terbaeekkk!!!! Lama tak jumpa haji aziz. majlis yang simple, but nice. Yok pulang ke opis! Hmmm.. camera phone aku ni sangat sensitif cahaya la. Kameraman sekarang ni memang suka cover abis abis kan. Dah banyak mende aku tokleh snap. Sedih weeiii.. Dulu takde pulak aku men block pandangan audience. Entah ler...

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Bicara Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Imej
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Bicara Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Sambung di Sutera Mall pula untuk program bicara naratif baharu. Ahli panel dan moderator memang terbaeekkk!!!! Selesai program sesi lawatan ke semua booth di pameran hari guru. Sempat la pulak terjatuh kat belakang stage. Adesss...

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Pameran Hari Guru

Imej
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-48 2019 : Pameran Hari Guru. Hari ini bermula pameran hari guru di Aras 3 Sutera Mall, Johor Bahru sehingga 30 April. Selesai mesyuarat di ofis aku bergerak ke Masjid Kampung Pasir untuk solat zohor dan makan tengah hari di Kak Jam Corner yang terletak di hujung simpang bersebelahan masjid tu. Leh tahan nasi ayam penyet dia. Terbaeekkk!!!! Sampai di Sutera Mall jam 2. Melilau jam cari lokasi pameran. Kami park kat hujung MyLibrary manakala tapak pameran terletak di hujung bertentangan bersebelahan dengan SenQ. Penat sikit la menapak kan. Esok kena cari alternative parking yang lebih dekat. Sampai aje Forum Hari Guru dah bermula. Pentas utama terletak di tengah-tengah ruang booth. Kami meronda booth pameran sambil mendengar forum yang dijalankan dari jauh. Ada pelbagai booth disediakan di sini. Sekolah dalam hospital ada. Booth persatuan diabetes ada. Sesambil jugak kami meronda booth #20 yang mana guru ikon PAK21 yang diselia BTPN dan kam