Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pasar ramadan

Pasar Ramadan Taman Nusa Perintis

Imej
Pasar Ramadan Taman Nusa Perintis. Boleh tahan ramainya orang di sini. Macam biasa. Beli Chicken Chop, AR Nasi Kukus dan Bihun Sup Utara. Hehehehe. Layan.

Pasar Ramadan Bandar Baru Uda

Imej
Pasar Ramadan Bandar Baru Uda. Hari pertama bekerja di bulan puasa. Singgah UDA untuk tapau nasi ambeng mat corner. Barisan dah panjang. Dapat bertemu mantan bos semasa di PPD Johor Bahru dulu. Sempat la borak santai sambil nunggu giliran tiba. All the best bos!

Sesi menapau di Pasar Ramadan Gelang Patah

Imej
Sesi menapau di Pasar Ramadan Gelang Patah. Just berbelanja beberapa perkara. Kos ... RM20.

Pasar Ramadan Taman Universiti

Imej
Hari Sabtu 13 Julai lepas, tiba giliran servis keter savvy aku lak. setelkan urusan pada sebelah pagi. Sebelah petang just sesaja nak tukar selera; cuci mata jauh sikit. Sampai ke param yang sumer ada bak kata pak abas, param taman u. orang punya la ramai. pergghhhh... dia buat 4 lorong gerai menyebabkan jem yang sangat teruk. memang ni kot the first and last aku gi sini, walau berjenis juadah ada kat sini. parking? toksah cerita. sib baik tak parking kat mesjid taman u ja.

Ramadan tiba, param menjelma

Imej
Ramadan tiba, param menjelma. Ramadan tahun ini, 2013; jatuh pada 10 Julai 2013. Hari Rabu. Bagi kami kat Johor, dapatlah bercuti satu hari; cuti awal Ramadan. Kat Malaysia ni, bila Ramadan tiba, satu fenomena juga akan berlaku. Sesak, jem; bermula jam 5.00 petang. Semua pakat bertumpu ke PARAM. Param ni short form for Pasar Ramadan. Dulu pun aku tak familiar ngan istilah ni. Iqa pun sebut paso mamadan ja. Ahahaha.. Apa yang sepesel sangat ngan param ni. Kalau ikut, aku pun tetiap hari menyinggah. Tapi aku menyinggah cuci mata ngan amik bau aje. Beli ala kadar. Bukan makan semua pun. Walau hampir semua jenis makanan ada kat sini. Tak caya gi ler memantau. Sedia duit, semua dapat. Agaknya la kot. Tapi macam dah lari sikit kan bila kita memborong sakan ja bila gi param nih. Kan ramadan tu mengajar kita untuk menahan nafsu, rasa bagaimana yang dirasa oleh orang yang kurang mampu. Macam terbalik pun ada. Berbalik pada aku dan param. Biasanya aku beli sejenis lauk ja. Pasal kat ruma