Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Hari Kebangsaan Ke-63 2020 - aktiviti ici -

Imej
Hari Kebangsaan Ke-63 2020 - aktiviti ici -. Hari ni dihabiskan dengan aktiviti khas mengaler poster dan membuat dokumentasi sebelum dihaplod ke group tadika. Setel mengaler dah mula beraksi depan kamera la pulak. Malu malu si ici macam biasa. Layan aje la. Hehehe.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2020

Imej
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2020 kepada semua pengunjung blog. Malaysia Prihatin. Bersama kita hidup berbilang bangsa dalam keadaan harmoni, seia sekata, bersatu dan kasih pada negara. Biasanya sebulan aku penuh dengan promosi kemerdekaan. Tapi kali ni betul betul aku dimerdekakan dari semua gajet. Bulan terbaring nama dia. Makan ubat. Tido. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Recovering @ home

Imej
Recovering @ home. Masanya tiba untuk recovering mode kat rumah. Guna 3 ice pack. Satu kat bawah lutut, satu kat betis, satu kat paha. Leman balik meronda terus lepak kat kaki aku. Suka la tu. sejuk sejuk salji gitu. Kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur kesan daripada ubat. Aku akan bangun around satu ke dua jam sebelum masa makan ubat seterusnya. Cuma yang tak best cara bangun tu. Biasanya bangun terkejut. Entah kenapa. Tapi aku tak ingat pulak apa yang aku ngigau. Malam tu adik call. Nak singgah katanya. Dah sampai Johor dah pun. Lama tak jumpa walau dia duduk kat Bangi ja pun. Borak panjang malam tu. Sempat video call dengan keluarga kat kedah sekali. Masing-masing dah lama tak bersua secara fizikal. InsyaAllah. Moga ada rezeki lepas ni.

Gleneagles Hospital Medini Johor - warded for treatment

Imej
Gleneagles Hospital Medini Johor - warded for treatment. At last aku ke hospital jua. Memang dari awal klinik dah maklum, kalau masih sakit diaorang akan buat refer letter ke hospital. Kebetulan petang selasa tu aku masih rasa sakit. Dah dekat dua minggu aku pakai knee support. Dr Yap yang check aku pun suruh baring. Ini memang kena ke pakar dah ni katanya. Ada sindrom apa ntah, aku dah lupa. Dia suruh jumpa sifoo dia kat gleneagles. Terus dia call dan buat appointment jam 8.30 pagi untuk aku dengan Dr suhaeb. So. awal pagi aku gerak ke gleneagles. Pening. First time sampai sini. Park kat belakang. Masak la nak menapak. Mana nak tau kan. Lif pun lum buka. Guard bawak aku masuk ikut lif staf terus ke lobi. Sampai lobi, staf yang sambut aku terus sorongkan whellchair. Teruk sangat ni cik. Memang hospitality staf kat sini sangat sangat bagus. Selesai pendaftaran tunggu jap sementara pejabat doktor dibuka. Ada staf yang bantu aku ke pejabat doktor di tingkat 5. Jumpa doktor dan terus buat

Digi Store Danga Bay

Imej
Digi Store Danga Bay. Singgah di sini untuk tutup dua akaun berikutan rumah aku dah setel pemasangan Unifi. So line Digi Infinite untuk tenet dan line Digi28 sebagai ganti line tepon rumah aku tamatkan. Terima kasih atas perkhidmatan selama ini. Kalau dah boleh dapat perkhidmatan yang lebih laju dan stabil dengan harga yang sama, memang rugilah kalau tak bertukar kan. Ramai orang juga petang ni. Duduk aje la kat kaki lima sementara nunggu giliran masuk. Staf memang terbaeekkk!!!! kat sini. Laju beb buat kerja. TQVM pada semua.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Isi semula on 17 Ogos 2020. Petronas Nusa Perintis. RM66.24, 39.430 liter bawak ke 466.0 km

A week before

Imej
A week before. Sebelumnya pun aku dah MC 4 hari. Doc suruh banyakkan berehat dan kalau masih tak OK memang nak refer ke Orthopedic. Hari Khamis aku mula bekerja semula dan dah mula ready untuk lawatan menteri ke Johor. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan baik. Memang terbaeekkk!!!! Seterusnya disambung dengan PLC Data analitik pada semua pegawai perancangan yang mengurus data sehenti di Batu Pahat. Sempat aku meronda sekali sekolah; dalam keadaan kaki dibalut knee support. Seterusnya banyak masa dihabiskan untuk pengurusan data dan tak lupa satu projek multimedia bersama timbalan. Esoknya... Hehehe. Rasanya semua tau apa yang jadi kan.

Salam Maal Hijrah 1442H

Imej
Salam Maal Hijrah 1442H pada semua rakan, keluarga dan pengunjung blog sekalian. Semoga tahun ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya serta dapat menjalankan ibadah & tangunggjawab kita terhadap Allah, sesama insan dan makhluk-makhluk lain dengan baik. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Takwim Persekolahan 2021

Imej
Takwim Persekolahan 2021. Surat Siaran dan Takwim Persekolahan boleh dimuat turun melalui pautan berikut : Surat Siaran -  https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/surat-siaran/3631-surat-siaran-bilangan-8-tahun-2020-takwim-penggal-dan-cuti-persekolahan-tahun-2021 Takwim Persekolahan -  https://www.moe.gov.my/muat-turun/takwim/takwim-persekolahan/3630-takwim-persekolahan-tahun-2021   ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

KuntumLIVE Webinar - Ibu Bapa Mahir Digital

Imej
KuntumLIVE Webinar - Ibu Bapa Mahir Digital. Just nice. Memang first time dibuat ni. Aku dapat maklumat melalui emel, kebetulan memang aku ni pelanggan Kuntum. Terus mendaftar untuk sesi hari Sabtu. Dapat confirmation dan link selepas tu. Pagi ni teruja juga nak masuk. Firstly, sebab aku nak nengok camne rasanya guna line stabil Unifi ni. Keduanya, memang aku nak tahu apa yang patut aku tahu. selama ni dok share ngan orang aje kan. So. Memang terbaeekkk!!!! Banyak membincangkan berkaitan nilai-nilai kemanusiaan yang perlu diterapkan. Satu perkara yang sangat penting terutama nak menghadapi dunia yang serba baharu. Pelukan 10 saat 3 kali sehari tu menarik dan boleh diapply selalu tu. Sambung bula pembentang kedua iaitu Nor Ziha dari GSpark yang membentangkan berkenaan sustainable technology. Penekanan perubahan kepada tenaga solar. Layan juga tu. 2025 dah bersedia berubah ke tenaga solar. Tenaga free cuma kena ready dengan pemasangan. Menarik pulak dengar pasal net energy metering - bol

Coway Villaem II

Imej
Coway Villaem II. Hmmm. At last ada jugak rezeki bertukar ke Coway. Bukan isu tak nak, tapi rezeki. Dari awal aku pindah ke Johor, masa memula nak tukar water filter; jenuh mencari. At last aku amik jenama apa ntah aku dah tak ingat. search lagi pun dah takde. Next penukaran bila water filter tu juga rosak. Call Coway, call cuckoo. Tak berangkat. So bukan rezeki deme juga la kan. At last aku amik IDE. Last year masa nak tukar next filter macam nak beralih ke Hijrah kalau tak silap; tapi takde rezeki juga. At last aku teruskan IDE. Minggu lepas, aku nyer IDE rosak juga akhirnya. Tempat tekan air panas patah. Hmmm.. Cuba cari siapa yang boleh. At last dapat Coway. After beberapa perbincangan akhirnya model Villaem II ni aku ambik. Welcome to the family. Setakat ni aku berpuas hati dengan benda alah ni. Suhu panas pun boleh adjust. Ngam.

Garis panduan pemakaian baju korporat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020

Imej
Garis panduan pemakaian baju korporat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020. Selaras dengan perubahan logo KPM nampaknya rekabentuk baju korporat KPM juga perlu kepada penambahbaikan. Satu surat makluman telah dikeluarkan pada 13 Ogos 2020 berkaitan garis panduan dan rekabentuk baharu ini melalui pautan  https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/3626-garis-panduan-pemakaian-baju-korporat-kpm-2020/file . Perbezaan agak ketara di bahagian logo di mana perkataan "Kementerian Pendidikan Malaysia" disulam dalam dua baris. So. Dah boleh mula rancang untuk buat yang baharu juga ni.

Balas dendam

Imej
Balas dendam. Amik kau. Sampai 4 hari tidur atas katil tu aje. Dia punya balas dendam bukan sikit-sikit. Masa pembukaan sekolah itu hari lupa semua, sibuk ke sana; sibuk ke sini. Macam kau takde masalah apa-apa. Sedangkan, realiti sedar betapa dah hampir 5 tahun rilek-rilek ja jalan jaga kaki tu. Sekali malam sabtu tu terus terasa lain macam. Sudah. Kalau dulu memang dah terus ke klinik cari ubat. Tapi PKP ni mengajar bahawa klinik jam 8 pagi baru buka; sabar menanti dalam kesakitan aje la semalaman tu. Jam 8 pagi. Cuba bangun. Sahih. Kaki dah sakit sangat dah ni. Tapi masih boleh lurus walau tak la lurus sangat. Jumpa doc. Banyakkan berehat. Ulangi balik apa yang aku belajar semasa dengan sesi fisioterapi dulu. Dapat MC dua hari. Balik. Makan ubat. Memang super mengantuk. Dua hari aku dihabiskan dengan tidur aje. Lalok habis ubat kali ni. Petang Isnin. Makin tak boleh gerak aku rasa ni. Kalau nak banding dengan gaya duduk, kali ni dah tinggal 90 degree je bukaan kaki aku ni. Tok leh j

Unifi @ Wawasan

Imej
Unifi @ Wawasan. At last, penantian aku yang dah lama ni dah terjawab. Punya la lama nak nunggu unifi sampai ke sini. Bila aku bertukar ke Digi Infinite pada 2018 selepas tech TM kata memang kawasan ni hanya boleh cover sampai 2Mb je. Sekali itu hari termasuk maxis, sekali dia semak ada dua port kosong katanya. Tapi takde jodoh. Masuk ke TM n termetri perjanjian baharu ni. Tu pun dah tinggal satu port ja. Huhuhuhu. Terbaeekkk!!! 7 Ogos, siap pemasangan unifi kat rumah aku. Terus ngetest. Best! Dan. Masa ni terus berubah semua fasiliti lam rumah. PS4 pun dah berubah tempat ke dalam. Lepas ni pun dah malas nak save game lagi. semua main live broadcast je. Cuma. Lokasi PS4 tu dah tak berapa sesuai sangat tapi bagus juga sebab kurang la sikit nak main kan. Unifi TV Box ke ruang tamu. HDMI switcher kembali ke bilik aku bersama Apple TV. Router TPLink dah jadi repeater pertama lam rumah ni. Sekali godak terjumpa repeater kedua aku, dan terus pasang kat ruang tengah. Siap beli terus set bahar

TCEAS Skudai : Almera Routine Service

Imej
TCEAS Skudai : Almera Routine Service. Tiba giliran adik almera pulak. Booking slot pertama jam 7.30 pagi macam biasa. Setel segala urusan pendaftaran terus amik grab ke ofis. Setelkan precouncil Dialog Prestasi bersama team petugas DTP. Abis opis hour terus book grab untuk amik semula almera dan balik. Suruh tengok sekali masalah pam wiper yang tak function. Sumbat katanya. Setel dah.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Isi semula on 6 Ogos 2020. Petronas Jalan Indah. RM54.15, 32.233 liter bawak ke 302.3 km

Sitam Kontot : sang tetamu pagi

Imej
Sitam Kontot : sang tetamu pagi. Tengah layan panas enjin tetiba terasa kaki kena gesel. Eh. Ko sapa pulak ni. Manja melewe. Nak tumpang rezeki. Si Phatah pun gi nengok jugak. Layan aje.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Isi semula on 27 Julai 2020. Petronas Jalan Tun Razak. RM65.19, 38.805 liter bawak ke 528.5 km

Kad Akses JPN Johor Baharu

Imej
Kad Akses JPN Johor Baharu. Ni bukan entry baharu walaupun tajuk dia ada perkataan baharu. Kisah bermula pun dah agak lama. Bila nengok rakan-rakan baharu penstrukturan dah mula memakai kad akses dengan warna cemerlang, terpandang kad akses sendiri yang dah berusia tu. Gambo pun rambut masih lebat, nama pun masih pelajaran. Terus masuk list juga nak tukar kad baharu. Tapi dah masuk list list terkendian la. Orang lain semua dah dapat pun kita masih baharu nak masuk senarai. Sekali PKP terus tertangguh. Hujung bulan Julai lepas dapat juga akhirnya kad akses baharu ni. Wow. Suka tul. Kad lama dah boleh masuk arkib kad aku. Nama ofcoz la antara yang terpanjang kan. Selak depan belakang. Terus semat di dada. Hehehe. Bertukar juga kad akses aku ni. At last! 

Leman Miko : sang super tido noti

Imej
Leman Miko : sang super tido noti. Dah boleh la diberi anugerah dan gelaran ni pada dia. Rantai leher pun dah tuko jadi biru. Manatau leh baik sikit kot kan. Merayau sekampung, balik cari makan dan tido. Hampes ko ye leman. Nak tido berekon je tau. Dah beso panjang tapi perangai cam kebudaks. Main lam kotak kecik ngan si ici. Tempat paling dia suka opcoz la kerusi kerja aku. Port pertama dia sampai bila balik untuk asah kuku sebelum makan. Asah sekali lagi sebelum tido juga.. haishhhh!!!

TCEAS Skudai : Livina Routine Service

Imej
TCEAS Skudai : Livina Routine Service. Lama juga tertangguh. Dengan PKP lagi, dengan kesibukan lagi; akhirnya dapat juga aku tinggalkan kat servis center pada hari Khamis macam biasa. Ambil tempahan slot paling awal, 7.30 pagi. Sampai aje kena tunggu dalam kereta untuk diambil bacaan suhu semua. Suhu lepas baharu gerak untuk check-in dan menunggu giliran. Sementara itu, semua rutin wajib semakan kereta terus dibuat. Selesai pendaftaran semua aku gerak ke ofis. Tunggu habis waktu kerja baharu aku gi amik semula. Kenapa Khamis? Sebab waktu kerja hari Khamis sampai jam 3 petang aje. So. Kalau aku sampai ofis waktu berperingkat terakhir 8.30 pagi pun, aku cuma perlu tunggu sekurang-kurangnya sampai jam 4 pm untuk gerak semula. Apapun. memang senang aku berurusan di sini. Terbaeekkk!!!!

Retro Video Games

Imej
Retro Video Games. Masa gatal lelepak kat port baharu kedai gajet sekali aku terjumpa benda ni. Wow. Kembalinya kenangan silam weh. Aku dulu beli Platform Micro Genius je pun dah dekat-dekat RM200. Tu pun masa dah sekolah menengah beb. La ni, benda ni ja aku dapat dalam RM40. Dengan 500 games pulak tu. Gilos ahhh teknologi kan. First game Macross. jenuh mikir nak yang mana sebab cartridge dia aje pun leh tahan harganya. Pastu aku beli Double Dragon 2 dan 3, yang mana harga memasing pun dah dekat-dekat RM50 seketoi. Hahaha. La ni benda ni ada kat si ici je. Untung la. Sesambil nengok dia main game retro circus carlie tu, teringat jaman dedulu. Masak weh nak main satu game pun. Lo ni benda tu terasa kat PS4 pulak. Satu game over RM50, malah... lebih pada tu.

Mika, Miki dan Miko

Imej
Mika, Miki dan Miko. Lahir subuh masa kami semua nak gi sekolah. Masa tu baru mika sekor yang lahir. Balik kerja baru dapat nengok 3 ekor kucen ni. Layan.

Our PS4 e-Sport Challenge

Imej
Our PS4 e-Sport Challenge. Actually. Bila e-Sport mula mendapat tempat di persada sukan, aku dah mula rancang untuk gerakkan dedua anak jantan ni ke arah tu. Dalam kepala dah nampak Fifa. Sebelum PKP mula itu hari dapat rezeki untuk laksana niat aku. Dapat semua yang aku nak. Cumanya. Iqi nak minecraft. Yang tu lambat sikit terutama bila beberapa hari lepas aku dapat PS4, terus kita kena PKP. Internet pun toksah cerita la. Memang ke laut. Sampai beberapa kali aku down terutama bila kena bab kerja yang pada masa tu semua nak pakai video conference aje. Dan. Iqi pun tak berapa suka ngan Fifa. Maybe sebab aku gasak dan tak bagi peluang langsung kot kat dia masa lawan. Beberapa kali juga kami try masuk tournament. Fifa. Soul Calibur. Kat situ baru dia nampak camna main dengan dunia luar. Memang kow kow kena tibai. Apapun. Kami lebih teruk kena pasal tenet tak stabil. Tau tau terus kalah je. Alhamdulillah. Semalam dah setel pemasangan unifi. Clear. Sedap dan lancar ja. Tak sabo nak tunggu t

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Isi semula on 11 Julai 2020. Petronas Taman Nusa Perintis. RM55.39, 32.205 liter bawak ke 312.2 km

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Isi semula on 7 Julai 2020. Petronas Taman Nusa Perintis. RM47.28, 28.655 liter bawak ke 526.1 km

All in

Imej
All in. Semua dah kena masuk dalam. Kena diperbetulkan sikit cara hidup diaorang ni. Membuang merata. Biar sekolah sikit. Biasa ni tiga tiga ekor ni.

The three kitten - Mika, Miki dan Miko

Imej
The three kitten - Mika, Miki dan Miko. Wahhh. Ensem ensem memasing pepagi ni. Apa lagi. Amik aje kamera terus wat photoshoot. Layannn tiga beradik ni jap. kasi can kat mama untuk bagi nama deme ni kali ni. So. Mika - si kucen oren remos ke depan. Miki - si oren idung putih sampai ke dahi dan Miko si siam idung cekelat. 

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Isi semula on 24 Jun 2020. BHP Ulu Choh. RM64.54, 40.59 liter bawak ke 488.5 km. 

Pendidikan Holistik

Imej
Pendidikan Holistik. Logo pendidikan holistik yang dah dimuktamadkan ini dipilih melalui penyertaan warga pendidikan seluruh negeri Johor.dan dilancarkan oleh mantan pengarah pendidikan negeri Johor dan diserahkan kepada pemangku sebelum beliau bergerak ke Putrajaya sebagai pengarah bahagian. KETERANGAN LOGO Simbol GEAR melambangkan kepada softskill  yang perlu dikuasai mengikut fokus masing-masing. Lima gigi gear melambangkan lima (5) prinsip kerja DRONE      D – Data Driven   R – Resilient    O – Outcome Oriented      N – Navigate    E – Efficiency dan lima (5) entiti yang menjadi fokus       Pemimpin     Guru     Anggota Kumpulan Pelaksana      Murid      Komuniti GARIS PUTUS-PUTUS melambangkan simbol input  dan  output  digital yang menjadi keperluan kepada kemahiran kini dan akan datang.  Sebelas  (11) garis melambangkan sebelas (11) daerah sebagai      pemangkin yang menjadi sistem  sokongan  dalam  memastikan  11  anjakan   Pelan  Pembangunan   Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  dapa

Back to school 23 Jun

Imej
Back to school 23 Jun. So. At last. 23 Jun jadi hari yang paling penuh buat kami. Aku ambil cuti. Mama pun ambil cuti. Mama akan bawa nenek ke Columbia Asia untuk appointment doktor manakala aku bawak iqa balik ke asrama. Pagi ni hujan turun dengan lebat. Perghhhh. Memang cabaran besar. Dedua sampai ke destinasi dalam hujan. Untuk iqa, dia kena pindah blok untuk penjarakan sosial. So. Kami ke blok baharu dulu. Pindahkan semua barang yang dia bawa dulu. Dalam hujan. Tak boleh buat apa. Selesai kat sini gerak balik ke blok lama. Kena kemas dan kosongkan. Selesai semua kat sini, gerak semula ke blok baharu untuk pindahkan semua barang yang dikemas dari blok lama tadi. Memang cabaran betul hari ni. Alhamdulillah. Dapat juga selesaikan sebelum lunch. Yok pulang. 

Si kembang Naqiu

Imej
Si kembang Naqiu. Layan jap si tupai kembang ni. Suara dia kelako sikit. Tak suka kena pegang. Cara berdiri sebijik mama dia si Phatah.

Anak gebu gebas si Phatah

Imej
Anak gebu gebas si Phatah. 12 Julai lepas si Phatah dapat anak seawal subuh. Baru nak gi start enjin kereta, sekali dengo bunyi anak kucen. 3 ekor semua sekali. Dua oren dan satu siam. Hari ni merayap jap nengok kebudaks gemuk ni. Pergghhhh... Comei gebu gebas memasing. Layan picas lah. Nama belum taruk lagi ni. Kekekeke.

Malaysia Prihatin

Imej
Malaysia Prihatin dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum. TEMA & RASIONAL TEMA  Pemilihan adalah selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi Pandemik Covid-19. MALAYSIA : Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia  turut sama memerangi Covid-19. PRIHATIN : Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek  ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.  LOGO & RASIONAL LOGO LOGO BERBENTUK HATI Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.  WARNA BIRU TUA Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.  BULAN SABIT Islam adalah agama bagi persekutuan.  BINTANG PECAH 14 Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.  7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhla