mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label hrmis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hrmis. Papar semua catatan

Selasa, 8 September 2009

Masalah remeh yang dirumitkan



Pagi ni memang aku betul-betul bengang. Ntah apa-apa la masalah yang berlaku pagi ni. Semalam satu hal. Hari ni hal lain pulak. Pepagi lagi aku bukak semua pc untuk kursus HRMIS ni. Satu-satu aku bukak. PC depan memang aku ping jer terus ke server HRMIS. Nak pastikan semuanya OK.

Dah check semua ada 9 jer PC yang betul-betul dapat masuk aplikasi HRMIS. Kebetulan masa aku balun sebijik PC ni. Dia keluar arahan run agent. Aku tak run tapi aku save ke harddisk. Pastu aku run dia secara stand-alone. Ha.. boleh pulak masuk aplikasi HRMIS. So, kesimpulan aku memang 9 PC lagi memang takde agent yang diperlukan. So, aku call sana sini nak konfirm pasal agent ni.

Last-last aku call GITN pasal mender ni pun bawah dia kan. So, dia akan follow-up ngan aku bila personel dia datang. Aku tunggu-punya tunggu dah kul 9 pagi. Aku mintak kat fasi no. helpdesk HRMIS. Aku call kat pejabat. Dapat cakap ngan personel dia. Dia pun akan follow up balik ngan aku kemudiannya.

Tup-tup kul 9.30 ada sorang mamat ni contact aku. Huiih. Nada macap tak makan setahun. Marah bebenar.

Ada masalah HRMIS ke?
Ha'ah
Line OK.
Agak slow la.
Ni awak setting betul tak ni? Awak pakai line apa.
Saya pakai line schoolnet.
Haa.. Schoolnet, kami tak layan kalau awak pakai line schoolnet. Pergi tukar ke line EGnet.
Mana kami ada line EGnet. Kami bukan PTJ
Habis tu macammana awak leh masuk ni.
Saya pakai schoolnet la. Sebelum ni pun kita dah buat kursus ni untuk negeri Johor. Pakai line schoolnet jugak kat sekolah ni. Ni peringkat daerah pula.
Macammana awak buat ni. Pergi tukar setting kat PC pakai IP yang saya bagi ni.
Kalau tukar ni bukan kena tukar setting router sekali ker.
Router tu kan schoolnet punya, awak mana leh tukar. Tukar jer le ke EGnet.
Berapa kali saya nak cakap kami takde line EGnet.
Bla.. bla.. bla..

Ntah sampai bila sampai aku lantak la dia nak cakap apa. Aku dengar tak dengar jer. Mender lak mamat ni. Masalah aku 9 PC tak leh bukak jer. Yang dia dok membebel pasal line ni apa kes lak. Hampeh tul. Pastu aku wat bodo jer. Cakap kat fasi, kita share jer le pc yang ada tu.

Lam kul 11 - 12 tghari mamat ni call balik.
Camne masalah.
Masalah apa? Masalah saya camtu la. 9 pc tak leh masuk HRMIS.
Oh yeker. Tu kena tanya JPA tu.

Hampehhh.. Nada baik la pulak. Ntah apa jadi pun aku tak tau ler. Apa yang penting. Lantak la apa ko nak cakap. Yang penting 9 pc tu tetap tak leh capai HRMIS jugak. Baik tak yah letak nama hekldesk HRMIS tu. Tukau jer jadi helpless cam kita bagi gelaran kat Helpless Bestari satu ketika dulu

Rabu, 29 Julai 2009

Kerja-kerja penaiktarafan pejabat sekolah



Hari ni takde mood betul. Ntah pasal apa ntah. Sekali masa dok sarapan pagi kat kantin. Kak Milah panggil. Nanti naik pejabat, ada faks. Mesti pasal gi KL ni. Apa-apa la. Masa naik tengok pekerja dok pasang mozek dah sampai luar pejabat dah. Boleh tahan gak la, bagi aku la. Tengok surat, sahih kena gak gi KL ler ni. Pening gak pala hotak ni jap. Dengan Sabtu ni APC PPDJB, start Senin JPN dah mula kursus HRMIS kat makmal komputer sekolah aku.

Banyak gak yang belum setel. Suruh Dila call En. Edi (betul ke aku eja) pasal site survey, bila nak turun. Dah lewat dah ni. Lagi berapa hari lak tu. Penin pala nak memikir. Tu lum kira pasal makan minum peserta kursus lagi tu.