mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Dua Lagi Kertas Peperiksaan UPSR Didakwa Bocor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dua Lagi Kertas Peperiksaan UPSR Didakwa Bocor. Papar semua catatan

Ahad, 21 September 2014

Kebocoran UPSR 2014 : Updated 21 September - Dua Lagi Kertas Peperiksaan UPSR Didakwa Bocor

Kebocoran UPSR 2014 : Updated 21 September - Dua Lagi Kertas Peperiksaan UPSR Didakwa Bocor


Terkini setakat 21 September.
Dua Lagi Kertas Peperiksaan UPSR Didakwa Bocor - Bahasa Tamil dan Matematik.

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Polis hari ini menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata dua laporan polis berhubung kebocoran dua kertas ini telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pukul 11 pagi tadi.
"Polis telah menerima laporan itu hari ini dan akan menyiasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata kes kebocoran terbaharu itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan bocor sebelum ini.
Menurut jadual peperiksaan UPSR 2014, kesemua calon telah menduduki kertas Bahasa Tamil dan Matematik pada 10 Sept lepas.
Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 didakwa telah bocor.
Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
-- BERNAMA


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free