mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label boleh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label boleh. Papar semua catatan

Selasa, 11 Ogos 2015

Status Permohonan Kemasukan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Hari Ini

Status Permohonan Kemasukan Ke IPTA Boleh Disemak Mulai Hari Ini


Status keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh disemak mulai hari ini, 11 Ogos 2015.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail berkata keputusan itu boleh disemak melalui lima laman web iaitu http://upu.mohe.gov.my, https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my mulai 12 tengah hari.

"Calon juga boleh menghubungi hotline 03-88706767, helpline di talian 03-88706777 atau talian am 03-88706755/6766 serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888," katanya dalam kenyataan di sini hari Isnin.

Beliau berkata pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon berjaya mulai Rabu ini, dan mereka dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Ogos.

Bagi calon yang gagal, rayuan boleh dibuat melalui aplikasi e-Rayuan yang boleh dibuka untuk capaian laman web kemasukan di http://upu.mohe.gov.my.

"Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu dan tawaran adalah muktamad," katanya.

Kepada calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari IPTA sehingga 20 Sept depan, rayuan tersebut dianggap gagal, katanya.

Beliau berkata sebanyak 49,841 calon lepasan STPM, matrikulasi, asasi (Ijazah Pertama) sesi akademik 2015/2016 telah berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di 20 IPTA seluruh negara.

Jumlah berkenaan adalah daripada sejumlah 63,942 calon yang mengemukakan permohonan dan calon berkenaan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian.

"Berdasarkan jumlah calon yang berjaya, 23,883 (59.06 peratus) adalah aliran Sains dan 16,555 (40.94 peratus) daripada aliran Sastera. Sejumlah 12,391 (30.64 peratus) adalah lelaki manakala 28,047 (69.36 peratus) perempuan," katanya.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 16 Jun 2012

PC boleh bengong la pulak

 mknace unlimited™ | takde la sampai terbarai cenggini

Apakes ntah??? Lepas adik inaz chuk guna pagi tadi terus bergelap jer. Adoyaiii!!!!???!!!
Yang aku nyer app pun masih bingai. Last last kena buat cenggini. Pelik tul. Post tak boleh, update boleh pulak. Huhhh..???

Via mel updated by Blogger