Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel viera

Aiiiiyyooo

Imej
Abis tv viera lam bilik dihentak boboiboy ziqri. Hubungi... Sib baik retak sikit jer kat bawah ngan satu line dead pixel. Apapun, dah cacat tv aku nih ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway mknace xperia

Verdict

Imej
Beli juga akhirnya. Samsung Led 40 inch + LG home theater 5.1. Dah kena layan modeo sama 32inch viera sambil tido. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Kembara remote Ziqri

Imej
Tarikh : 9 Oktober 2010 Masa : 6.55 petang Tempat : Rumah Mood : Apa ni?? Petang ni saya jumpa benda baru. Bendanya kaler hitam. Ada butang kaler-kaler. Apa agaknya ntah. selalu nengok kakak ngah tekan-tekan. Abah pun selalu jugak tekan-tekan. Tapi bila diaorang tekan, dia tunjuk kat tv. Pastu tv pun ubah. Kalau kakak ngah tekan, lepas tu mesti dengar lagu-lagu. Abah tekan tv jadi bising. Pelik la saya.. Klik untuk cerita penuh Tak jadi apa-apa pun Dah tekan pun takde pape pun Letak cenggini pun tak jadi apa jugak Eisshh.. susah tul la Gigit pun tak jadi apa apa Tengok belakang ada apa Apasal kakak ngah wat senang ja Enjoice...Sharing is power!!!

Panasonic Viera - 1 day review

Imej
Tarikh : 5 September 2010 Masa : 1 petang Tempat : Rumah den Mood : Bak kupu-kupu menari So far so good. Bila bukak dvd, superb.. tu lum pakai hdmi lagi tuh.. Lagipun dvd ni memang aku donload 480p nyer; memang cun gambo.. Yang tak best bila tukar ke tv balik. Ye lah.. Aku pakai ariel biasa, bukan astro beyond tu.. Apa aku nak buat ngan ariel ni yerk.. Enjoice...Sharing is power!!!

Panasonic Viera - Installation

Imej
Tarikh : 4 September 2010 Masa : 3.00 petang Tempat : Rumah eden Mood : Huiyooo.. nak test movie HD So, balik jer terus pasang. Lepas pasang semua siap, onkan dan mula carik channel ma.. ada auto search, so tak payah pening sangat. Lepas setel jer semua terus aku burn movie masuk lam DVD.. Sekali aku tersilap daa.. Aku burn yang blueray punya, mana detact. Pastu cuba semula ngan Toy Story.. Quality.. Pergghhh.. memang superb.. Tapi apa yang pasti.. kalau setakat beli TV full HD, tapi player bukan HD, serupa tak yah beli jugak.. Gambar sikit baik la, tapi masih tak cukup sharp; senang kata wat per beli HD kalau tak pakai sepenuhnya HD tu.. hehehe Klik untuk cerita penuh Dah bukak dah kotak dia.. 32 inch LCD TV Full HD.. Promotion price RM1190.. Masa beli tinggal 10 set jer lagi Kaki ngan remote dia Tapak yang dah dikeluarkan Nak mula sambung tapak ngan kaki dia Pakai skru jer Skru kasi ketat yer ucu Masih menyekru Ni skru tapak ke

Jom Ronda-Ronda : Ekspo Handphone & Electrical, Danga City Mall

Imej
Tarikh : 4 September 2010 Masa : 11.00 pagi Tempat : Danga City Mall Mood : Gitu gitu jer Target sebenar nak pergi metrojaya, kebetulan ada sales dan nak beli baju baru untuk raya nanti. Sekali ada ekspo barang letrik la pulak. Tapi gi beli dulu apa yang patut kat metrojaya, cadar la, baju iqa ngan inaz, talipinggang iqa ngan inaz.. Pastu baru pergi ekspo nih.. Memang banyak betul barang-barang dengan harga yang dibawah par la. Last-last leh terpaku kat booth panasonic nih. Last kali kedua, terambik la pulak tv lcd viera nih.. Kengkonon lepas ni nak gi angsana, sebab dah beli tv; kena la balik terus. Takkan nak tinggal lam keter la pulak kan. Klik untuk cerita penuh Kebetulan ada sales kat Metrojaya nih Aku suka design kat sini sejak nama dia best world lagi Ni amik dari atas Jom gi ekspo la pulak Banyak giler handphone nyer booth Digi nyer booth Panasonic Sempat lagi snap gambo kat belakang Danga City Mall nih Keter-keter