Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YBhg. Tan Sri KPPM

Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YBhg. Tan Sri KPPM

Imej
Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YBhg. Tan Sri KPPM boleh dimuaturun melalui pautan berikut :  http://moe.gov.my/images/KPM/UKK/2017/05_May/TEKS_PERUTUSAN_KPPM_HARI_GURU_2017.pdf TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA TEMA: “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia. Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, Pendahuluan 1. Saya bersyukur kerana 16 Mei muncul lagi sebagai satu hari yang amat istimewa bagi semua warga pendidik. Pada hari ini, saya mengucapkan “Selamat Hari Guru” dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan perjuangan para guru menyampaikan ilmu kepada anak-anak kita. Untuk kali yang ke-46 ini, kita bersama-sama meraikan hari guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan tertinggi masyarakat terhadap sumbangan besar dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru