Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cadangan Projek Perintis Guru Bertugas Sembilan Jam Sehari Tidak Diteruskan

Cadangan Projek Perintis Guru Bertugas Sembilan Jam Sehari Tidak Diteruskan

Imej
19 November, 2011 18:28 PM Cadangan Projek Perintis Guru Bertugas Sembilan Jam Sehari Tidak Diteruskan LABUAN, 19 Nov (Bernama) -- Projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor tidak akan diteruskan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka. "Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan disebaliknya. Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru. "Sebab itu, saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Barisan Nasional Labuan di