mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Akan Terus Dibela. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akan Terus Dibela. Papar semua catatan

Ahad, 29 Disember 2013

Anak-Anak Yatim Akan Terus Dibela, Titah Raja Permaisuri Agong

Anak-Anak Yatim Akan Terus Dibela, Titah Raja Permaisuri Agong. Macam contrast la pulak cerita hari ni dengan cerita yang berlaku pada gambar tu yang heboh lam minggu lepas. Apa cer sebenarnya ni? Emmm...

Anak-Anak Yatim Akan Terus Dibela, Titah Raja Permaisuri Agong
ALOR SETAR, 29 Dis (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah bertitah baginda dan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah akan sentiasa memastikan nasib anak-anak yatim terbela.
Sehubungan itu baginda berpesan agar anak-anak yatim belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
"Ingatlah ketiadaan ibu atau bapa bukanlah penghalang untuk mengecapi kejayaan. Anak-anak sekalian perlu membuktikan mampu memperoleh kejayaan cemerlang seperti anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa," titah baginda.
Tuanku Hajah Haminah bertitah demikian pada majlis penyampaian bantuan dan sumbangan persekolahan oleh Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di TH Hotel di sini, Ahad.
Pada majlis itu baginda menyampaikan wang tunai, baucar pembelian keperluan sekolah dan hamper kepada 400 anak yatim sekolah rendah dan menengah dari daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar serta Kuala Muda.
Tuanku Hajah Haminah melahirkan rasa syukur kerana kemurahan hati penyumbang yang membolehkan yayasan mengumpul dana untuk menjalankan aktiviti dan bantuan kebajikan.
"Beta berbangga kerana hasil sumbangan tersebut membolehkan yayasan tidak lama lagi akan mempunyai pejabat sendiri yang dilengkapai pelbagai infrastruktur bagi menguruskan anak-anak yatim secara lebih tersusun.
"Yayasan ini begitu unik kerana berjaya menuju halatuju ditetapkan iaitu bersama-sama membantu membela kanak-kanak khususnya yang kehilangan ibu bapa dan amat memerlukan bantuan pendidikan serta bimbingan untuk menjadi insan beriman, berilmu dan berguna kepada negeri dan negara," titah baginda.
Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan kepada penderma yang tidak putus-putus membantu yayasan dalam membela nasib insan kurang bernasib baik.
"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha memperjuang dan membela nasib anak-anak yatim dengan mencemar duli ke sambutan ulang tahun yayasan tahun ini," titah baginda.
-- BERNAMA