Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mesyuarat MAP dan Barisan Hadapan

Mesyuarat MAP dan Barisan Hadapan | Sesi 5

Imej
Setel semua. Rumusan, ikut cara melapor cam selangor dan johor. Sistem macam johor akan diintegrate supaya semua bahagian terlibat dapat lihat secara terus. Terbaeekkk!!!!

Sarap dulu yok

Imej
Jom... As always

Melantak kerisauan

Imej
Nasi lemak ayam kampung malam ni. Nice? So so la bagi aku. Makan pun tak lalu. Sesaja ja. Balik hampir jam 1 pagi. Tu pun tokleh tido lagi. Nasib nasib.

Really reaaally worried

Imej
Seriuously, bila pilus called dari kelantan maklumkan pasal tak nampak flyer gm1m, diikuti pulak ngan husmira pasal aktiviti tpm di booth; cukup untuk membuatkan aku tak senang duduk. Ditambah ngan team Johor yang masih lum sampai tu, menyebabkan aku laaaagi risau. Kadang kadang aku rasa marah ngan sikap terlalu tak boleh gagal yang Tuhan dah bagi pada aku ni. Aku tokleh senang duduk dengar cerita cerita gini. Aku nak booth gm1m mesti perfect, waima perancangan atau peralatan. Semoga semua dapat berjalan lancar hari khamis ni..

Mesyuarat MAP dan Barisan Hadapan | Sesi 4

Imej
Malam ni aku ngan zaki kena bentang, pasal amalan terbaik negeri. So, part aku, aku terus tunjukkan berkenaan utiliti semak ralat johor dan sppj. Alhamdulillah, idea diterima baik.

Mesyuarat MAP dan Barisan Hadapan | Sesi 3

Imej
Lebih kepada pembentangan berkaitan perjawatan dari BPSM. Interesting fact #1 : diaorang tak caya aku orang baling. Interesting fact #2 : razak tu orang baling jugak. Dok belakang hotel bayu. Kakaka. Bengong tul aku, tu la pasal, jarang balik kampung sampai sekampung pun tak kenal. Yang best aku cam pernah nampak dia lam fb kampung pokok sena, cuma sebab aku ni short term memory, lupa nak tanya setiap kali berpeluang jumpa..

Lunch at polo cafe

Imej
Kari lagi. Walau aku ni penggemar kari, aku tak tau apasal, makin tak berselera aku ngan kari dia. Tak tau la. Maybe sebab pagi petang siang malam, semua ditibainya kari. Aiiiyyooo, ada kaitan ngan wanggei ka ni..

Mesyuarat MAP dan Barisan Hadapan | Sesi 2

Imej
Sesi diteruskan dengan pelaporan dari bahagian bahagian di KPM.

Jengjalan jap masa minum pagi

Imej
Minum, borak borak, nak gi tandas. A bit tak terurus, dan yang paling best, no water maaa... How come. Better naik bilik, bukannya jauh pun, n orang pun tak ramai. Sambil berjalan, sambil snap, like always.

Mesyuarat MAP dan Barisan Hadapan | sesi 1

Imej
Pagi ni bermula dengan laporan dari negeri terlebih dahulu. Apa yang nak dilapor, ikut templet macam yang diedar awal. Lapor aje la kan.

Mesyuarat MAP dan Barisan Hadapan | Pembukaan

Imej
Bertempat di Bilik Polo, Hotel Heritage, Ipoh, Perak; sesi bermula pada sebelah malamnya. Ketua Sektor Data Pendidikan, Dr.Zaharian memberikan ucaptama pada malam tersebut.