Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jalan perubatan

Rumah Atuk @Taman Universiti

Imej
Rumah Atuk @Taman Universiti. 29 Jun lepas kami ke Taman Universiti. Nak setelkan kes rumah Atuk kat Jalan Perubatan 34. Dah setahun lebih tertunggak bayaran sewanya. Atuk bagitau lepas raya itu hari. Penyewanya dah keluar kalau ikut kata jiran sebab dua hari lepas ada lori datang. Aku minta nombor dan dapat call penyewanya. Memang katanya dia dah keluar. Masalah dia. Yang tak serah kunci bebaik kenapa. Nak masuk punya la baik. Nak keluar. Suka gitu aje. Tanya pasal kunci dia kata pecahkan aje ler. Atuk memang baik. Yang tertunggak pun atuk taknak yang penting keluar aje. Haissshhh. Lepas ni memang aku kena tapis sama ni kalau ada penyewa baharu. Rumah ni banyak nostalgia pada kami. Mama dok sini la masa jadi student dulu. sempat borak ngan jiran sebelah yang masih kenal kami. Lama dah tu. Hujung 90an gitu. Apapun. Harap yang terbaeekkk!!!! untuk seterusnya.