Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kempas

Jenjalan Cari Makan : Lemang Pok Rahim, Kempas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Lemang Pok Rahim, Kempas. 9 Julai. Merayap jap ngan mus masa lunch. Nak cari lemang yang best sikit untuk jamu ahli mesyuarat esoknya dalam mesyuarat JPMN. At last kami gi Kempas. Leh tahan Pok Rahim ni. Siap jamu kami tu. Selamba aje dia belah sebatang siap bagi rendang gitu masa kami cakap nak ngetest tu. Terbaeekkk!!!! Memang marbeles la. Lepas bincang. Esoknya pepagi mus akan amik. Fresh sikit kan. Dia bukak 24 jam sepanjang syawal. Perghhh... Balik. Singgah makan dulu. Sambil sambil tu, habih aku snap landmark sepanjang jalan. Hahaha.

Majlis Persandingan Arffarica dan Shahezy, Kempas

Imej
Majlis Persandingan Arffarica dan Shahezy, Kempas. Tu dia. Tengok peta kat kad jemputan cam senang ja. Sib baik bagi GPS sekali. Memang mencabar la nak gi sini. Ala ala Camel Trophy gitu. Ekekeke. Berkat kesabaran mengikuti GPS, akhirnya... kami tiba ke sana. bergambar ramai ramai walau bapak pengantin dah panggil sebab nak buat makan berdamai. Layan aje la.

Kembara Mahkota Johor 2012

Imej
Picas shared from http://www.mppg.gov.my Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan mengetuai jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula pada 13 Mei ini dalam ekspedisi yang disertai oleh motosikal berkuasa tinggi. Dalam siri jelajah meliputi jarak 1,012 kilometer itu, Sultan Ibrahim akan menunggang motosikal Harley Davidson Street Glide. Pelancaran ekspedisi itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di perkarangan pasar raya TJ Mart, Kulaijaya dan akan berakhir di Plaza Angsana, Johor Bahru. Picas shared from http://www.medkom.my Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Obet Tawil, berkata Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 952 penerima terpilih yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negeri ini. Antara barang sumbangan berkenaan ialah mesin rumput, mesin pengadun tepung, mesin jahit dan ketuhar yang kesemuanya bernilai RM786,780. Selain itu,