Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Majlis Pelancaran

Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam

Imej
Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam (Tabung) untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam. Tabung yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia ini menerima wang sumbangan daripada syarikat swasta, badan berkanun, orang awam, persatuan, pertubuhan tempatan atau antarabangsa dan agensi-agensi yang tidak dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk bersama-sama Kerajaan dalam menjaga dan menyelenggara bangunan dan infrastruktur Sekolah Kerajaan dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam. Sumbangan kepada Tabung layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967. Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pe

Majlis Pelancaran Gerakan Massa : Terima Kasih Cikgu! peringkat negeri Johor 2019

Imej
Majlis Pelancaran Gerakan Massa : Terima Kasih Cikgu! peringkat negeri Johor 2019. Kluang Mall. Alhamdulillah. Kami tiba on time. Sempat nengokkan dan snap kebudaks yang ready untuk sambut VIP nanti. Masuk ke ruang utama. Nampak azam dah siap duduk. Tak lama kemudian VVIP tiba. Majlis berlangsung dengan smooth. Tiba masa untuk flag off bagi acara Ziarah Cakna ke sekolah yang telah ditetapkan. Kami gerak ke SMK Jalan Mengkibol. Pergghhh. Part menapak ke atas tu yang tokleh lupa tu. Terasa gile kaki. Selesai majlis. Gerak pulang ke JPN. Singgah solat dulu di Kulai. Layan.

TEKS UCAPAN YB MENTERI PENDIDIKAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN GERAKAN MASSA: ‘TERIMA KASIH CIKGU’ PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-48 TAHUN 2019

Imej
TEKS UCAPAN YB MENTERI PENDIDIKAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN GERAKAN MASSA: ‘TERIMA KASIH CIKGU’ PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-48 TAHUN 2019 boleh dimuat turun di url :  https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/03_Mac/V2_TEKS_UCAPAN_MENTERI_PENDIDIKAN_-_MAJLIS_PELANCARAN_GMTKC_HARI_GURU_2019_18.3.2019.pdf MAJLIS PELANCARAN GERAKAN MASSA: ‘TERIMA KASIH CIKGU’ PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-48 TAHUN 2019 BERTEMPAT DI THE TOP KOMTAR, PULAU PINANG PADA 21 MAC 2019 (KHAMIS), JAM 8.00 MALAM Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berbahagia Tan Sri, Datuk Seri, Dato', Puan Sri, Datin Seri, Datin, Tuan-tuan, Puan-puan dan para tetamu yang saya hormati sekalian. Pendahuluan Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada hari ini sempena Majlis Pelancaran Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan 201

EKSA JPN Johor : Majlis Pelancaran Gotong Royong Perdana

Imej
EKSA JPN Johor : Majlis Pelancaran Gotong Royong Perdana. Pagi tadi bertempat di Surau Al-Ghazali majlis dijalankan bersekali dengan Budaya Al-Quran. Alhamdulillah. Kehadiran not so bad. Semua segak bergaya dengan kemeja-t rasmi EKSA JPN Johor. Ustaz Najib mengetuai majlis tahlil dan doa selamat. Selesai sahaja budaya al-Quran, En. Khairul selaku ketua Biro Perhubungan mula mengambil tempat memulakan acara. En. Maslizam Mohd selaku wakil rasmi Pengarah memulakan ucapan dan merasmikan majlis gotong royong perdana ini. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat ringkas daripada En. Sulaiman Basir selaku Ketua Penyelaras JK Latihan EKSA JPN Johor sebelum semua warga bergerak selepas upacara simbolik pelepasan oleh Tn Hj. Yasman Jamsir. All the best to all. Kami Komited! Bangkit Bersama!

Majlis Pelancaran Arena Larkin dan Stadium Olahraga Mount Austin oleh Perdana Menteri

Imej
Majlis Pelancaran Arena Larkin dan Stadium Olahraga Mount Austin oleh Perdana Menteri. 5 Disember yang lepas aku bersama dengan cik Biha ke Stadium Larkin. Ada majlis pelancaran Arena Larkin dan Stadium Mount Austin. Boleh tahan perancangannya. Sekali naik 4 stadium tu. 2 naiktaraf dan 2 yang baharu. Siap ada sistem pengangkutan yang baik tu. Perghhh... Mantap.

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2015

Imej
BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2015 Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 11 Oktober 2015 9.00 pagi Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Kedah Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MAJLIS PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN 2014 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Imej
TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN  MALAYSIA BAGI MAJLIS PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN 2014 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 ISNIN, 27 JULAI 2015 DEWAN KOMPLEKS SERI BINTANG CHERAS, KUALA LUMPUR SMK SERI BINTANG UTARA SK SERI BINTANG UTARA SMK SERI BINTANG SELATAN SMK SERI BINTANG SELATAN Bismillahhirramanirrahim Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Salutasi PENDAHULUAN Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2014, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.  Dalam majlis ini izinkan saya terlebih dahulu mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.  Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha gigih warga pendidik d

Majlis Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SMKA & SABK peringkat negeri Johor 2015

Imej
Majlis Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SMKA & SABK peringkat negeri Johor 2015. Majlis berlangsung pagi tadi bertempat di SMKA Bandar Penawar. Dimulakan dengan perkongsian ilmu daripada 3 penceramah dari SMKA di negeri Johor. Yok terus kita layan.