Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perubahan

A whole new week

Imej
A whole new week. Minggu ni agak mencabar. Perubahan fungsi yang dah bermula kemeriahannya. Dah mula ke Kota Iskandar. Menarik. Dan terjawab sudah definisi yang selama ini aku cari. Minggu ni juga tugas pemangkuan selesai. Pengganti yang ditunggu telah tiba. Nota serah tugas dan sesi taklimat berkaitan bidang tugas selesai. Cap baharu pun dah sampai. Banding balik dengan cap lama aku yang aku pakai sesekali aje. Hahaha. Cari yang lebih mudah dibawa. Nak buat camne. Nama aje dah lagi panjang dari nama sektor yang sedia maklum antara yang terpanjang. Camner gamaknya kebudaks tu nanti yang rata-rata nama deme kurang 2 huruf je dari aku ni. Last day berkesempatan duduk dalam mesyuarat yang bakal beralih keurusetiaan. Jumpa pulak rakan-rakan baharu dengan fungsi baharu. Fuhhh... Mencabar ni.

Mesyuarat Penyelarasan GM1M Kebangsaan : Taklimat Mengurus Perubahan

Imej
Sesi 2 : Konsep dan Pelaksanaan GM1M Sesi ini disampaikan oleh Encik Shamsuri bin Jamil, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia; pegawai khas Menteri Pelajaran Malaysia. Antara yang dibentangkan berkaitan jenis perubahan, sebab tidak mahu berubah, halangan. Aku share satu bab yang dibincangkan iaitu cara tindakbalas terhadap tuntutan persekitaran. Tindakan berdasarkan i. Perasaan - Fikiran dipengaruhi perasaan - tindakan berdasarkan tingkahlaku mengikut emosi ii. Fikiran - Perasaan dipengaruhi fikiran - tindakan berdasarkan kepercayaan, sikap dan nilai Seterusnya majlis diteruskan dengan taklimat dari Encik Mohammad Yong bin Salleh, Ketua Unit, Unit Pengoperasian Dasar, Sektor Pengoperasian Dasar Dan Keurusetiaan BPSH Antara yang menarik untuk dishare, Penentu kejayaan/kualiti adalah berdasarkan 5M i. Man (Manusia) ii. Machine (Peralatan) iii. Material (Bahan) iv. Method (Kaedah) v. Money (Duit) Via Blogger PC Edisen Enjoice.