mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadan. Papar semua catatan

Rabu, 23 Julai 2014

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Jabatan Pendidikan Negeri Johor


Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis ini disempurnakan semalam bertempat di Pusat Kokurikulum Johor. Lambat sikit haplod. Masalah line yang agak slow sikit semalam, disamping... gambo pun agak banyak. Tetamu kami semalam adalah mufti Johor sendiri. Dimulakan dengan majlis khatam al-quran, seterusnya penyampaian hadiah pemenang sudut Ramadan, sedikit tazkirah oleh dato' mufti sendiri dan diteruskan dengan majlis iftar. So... let's the picas do the talking. Enjoice!

Rabu, 18 Jun 2014

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 11 TAHUN 2014 : WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADAN TAHUN 2014


SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 11 TAHUN 2014 : WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADAN TAHUN 2014

Sekolah sesi petang yang mempunyai guru dan murid beragama Islam dibenarkan menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang bagi sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia manakala seawal 5.00 petang bagi sekolah-sekolah di Sabah, Sarawak dan Labuan

Muaturun surat siaran di url berikut : http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001149.pdf


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 17 Ogos 2013

Minggu akhir Ramadan di Johor Bahru


Minggu akhir Ramadan di Johor Bahru. Banyak aktiviti luar berlangsung mingu minggu akhir nih. Aku dah tak rasa cam puasa dah pun. Kerja datang tak putus putus. Dari awal Ramadan lagi. Masa berlalu macm air terjun. Yang paling best lagi, masa ni la Ziqri kena Chicken Pox. Sudah. Aku ja yang berjaya buatkan dia makan ubat. Orang lain, jangan harap la. So, kena amik cuti selang selang just nak jaga dan pastikan dia makan ubat on time. Read on...

Ahad, 28 Julai 2013

Pasar Ramadan Taman Universiti


Hari Sabtu 13 Julai lepas, tiba giliran servis keter savvy aku lak. setelkan urusan pada sebelah pagi. Sebelah petang just sesaja nak tukar selera; cuci mata jauh sikit. Sampai ke param yang sumer ada bak kata pak abas, param taman u. orang punya la ramai. pergghhhh... dia buat 4 lorong gerai menyebabkan jem yang sangat teruk. memang ni kot the first and last aku gi sini, walau berjenis juadah ada kat sini. parking? toksah cerita. sib baik tak parking kat mesjid taman u ja.

Ramadan tiba, param menjelma


Ramadan tiba, param menjelma. Ramadan tahun ini, 2013; jatuh pada 10 Julai 2013. Hari Rabu. Bagi kami kat Johor, dapatlah bercuti satu hari; cuti awal Ramadan. Kat Malaysia ni, bila Ramadan tiba, satu fenomena juga akan berlaku. Sesak, jem; bermula jam 5.00 petang. Semua pakat bertumpu ke PARAM. Param ni short form for Pasar Ramadan. Dulu pun aku tak familiar ngan istilah ni. Iqa pun sebut paso mamadan ja. Ahahaha..

Apa yang sepesel sangat ngan param ni. Kalau ikut, aku pun tetiap hari menyinggah. Tapi aku menyinggah cuci mata ngan amik bau aje. Beli ala kadar. Bukan makan semua pun. Walau hampir semua jenis makanan ada kat sini. Tak caya gi ler memantau. Sedia duit, semua dapat. Agaknya la kot. Tapi macam dah lari sikit kan bila kita memborong sakan ja bila gi param nih. Kan ramadan tu mengajar kita untuk menahan nafsu, rasa bagaimana yang dirasa oleh orang yang kurang mampu. Macam terbalik pun ada.

Berbalik pada aku dan param. Biasanya aku beli sejenis lauk ja. Pasal kat rumah pun memang makan sesikit ja. Minggu first beli ayam goreng aje. Minggu kedua beli separuh ayam golek aje. Minggu ni.. tomyam 2 orang makan ajer la pulak. Tambah, kuih karipap lam dua hinggit. Kira OK ler tu... Air?... buat sendiri aje..

Jumaat, 17 Ogos 2012

Bazar Ramadan Nusa Perintis

mknace unlimited™ | Bazar Ramadan Nusa Perintis
Ramai orang petang nih
Ramai tul orang petang khamis nih.. Maybe pasal ramai yang dah mula cuti kan. Ngan gerai pun dah ada yang cuti. Soo, a bit blank petang nih tentang juadah. Try beli ayam golek. Buka petang semalam... memang marvelous. Mama kata sib baik beli dah last last, kalau tak, ada yang setiap hari melantak ayam golek ajer.. kuikuikui



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


mknace unlimited™ | Bazar Ramadan Nusa Perintis
selalu lalu ja, hari ni singgah
mknace unlimited™ | Bazar Ramadan Nusa Perintis
Hmmm... cambest kan

mknace unlimited™ | Bazar Ramadan Nusa Perintis
jom kelik jom

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadan 1433h

mknace unlimited™ | Salam Ramadan 1433h
Picas shared from http://www.randomthoughtz.com
Salam Ramadan 1433H kepada semua pengunjung blog.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 29 Ogos 2009

Iqa's First Day Puasa Penuh



Hari ni akhirnya Iqa dapat jugak berpuasa penuh. Tu pun macam-macam cerita gak la keluar. Rasa nak mati la, Iqa nak susu la. Last-last berjaya gak dihabiskan puasa dia tu. Alhamdulillah.

Paling best dialog dia masa tengahari tadi la.
Abah, Iqa kena makan jugak la; Iqa rasa macam nak mati ni.
Kalau Iqa boleh mati, rasanya abah pun dah lama mati masa kecik-kecik dulu.
Pastu terus dia diam.
Petang tu masa keluar macam-macam dia nak. Kuih tu, kuih ni. Belikan ajer tapi sebijik jer. Pasal dah tahu kan. Tu semua nafsu jer tu. Pastu masa balik nak mainan la pulak. Si adik pun tumpang sekaki. Apa yang di beli. Haaa.. tu yang kat tangan dia tu.



BTW, mama punya langsir pun dah siap batch 1. Sebenarnya ni baru siap dia punya depan. Yang belakang in the proses. Biasala langsir dua tingkat. Dan kaler ungu pun akan menyusul lepas ni.