mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Boleh Membuat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Boleh Membuat. Papar semua catatan

Ahad, 29 Disember 2013

Penjawat Awam Yang Menjadi Mangsa Banjir Boleh Membuat Tuntutan Insurans - Najib

Penjawat Awam Yang Menjadi Mangsa Banjir Boleh Membuat Tuntutan Insurans - Najib. 2 hari lepas PM yang juga Menteri Kewangan dah cakap pasal tuntutan oleh mangsa banjir. Hari ini, PM sekali lagi mengingatkan lagi tentang perkara ni. 

Penjawat Awam Yang Menjadi Mangsa Banjir Boleh Membuat Tuntutan Insurans - Najib
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan dan merupakan mangsa banjir baru-baru ini, boleh membuat tuntutan insurans, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans," kata perdana menteri.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam akaun Twitternya hari ini bagi mengulas pautan twitter Bernama bertajuk 'Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam'.
Bernama memetik makluman Kementerian Kewangan iaitu penjawat awam yang merupakan mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihati mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.
Tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir.
Tuntutan boleh dibuat dengan menghubungi syarikat insurans/takaful yang sedia memberikan perkhidmatan.
Maklumat lanjut boleh dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau menghubungi meja bantuan banjir di talian 03-8880 2121.
-- BERNAMA