Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pindaan

Surat Makluman Kerajaan Negeri Johor Bil.(15)dlm.SUKJ.99/7: Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia

Imej
Surat Makluman Kerajaan Negeri Johor Bil.(15)dlm.SUKJ.99/7: Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah bertitah pada 23 November 2013 di Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014. Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermesyuarat pada 18 Disember 2013 telah bersetuju supaya Pemakaian Baju Batik ditukar daripada hari Khamis kepada Hari Ahad . Surat Makluman boleh dimuat turun di pautan bawah: http://www.johordt.gov.my/images/uploads/pekeliling/Surat_Makluman_Bil_15_dlm_SUKJ_997.pdf

Pindaan cuti berganti sekolah sempena Tahun Baru Cina

Imej
Foto shared from http://scaniaz.blogspot.com Berikut merupakan surat siaran berkaitan tarikh pindaan cuti berganti sekolah sempena Tahun Baru Cina. Nampaknya cuti tahun baru cina tahun ni berjumlah 9 hari dengan menggantikan 2 Sabtu. Pindaan telah dibuat menjadikan 9 Mac 2013 sebagai hari sekolah ganti baru menggantikan 26 Januari sebelum ini. Cuti Berganti sempena Deepavali pula berjumlah 4 hari dengan menggantikan 1 Sabtu iaitu pada 20 Julai 2013. Surat Siaran Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!