Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kedah e-Tutor

Portal Pembelajaran Maya Kedah e-Tutor satu bentuk pembelajaran alaf baru

Imej
Portal Pembelajaran Maya Kedah e-Tutor satu bentuk pembelajaran alaf baru Layari Kedah e-Tutor(KeT) yang menawarkan kelas tuisyen dalam talian menerusi url berikut  http://kedah-etutor.com/bm/ Kerajaan negeri hari ini melancarkan aplikasi Kedah e-Tutor (KeT) yang menawarkan kelas tuisyen dalam talian secara percuma kepada lebih 280,000 pelajar di negeri ini. Dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, aplikasi tersebut membolehkan para pelajar yang berusia antara 10 hingga 17 tahun mengulangkaji pelajaran dan menjalani latihan dengan dipantau oleh guru serta ibu bapa masing-masing. Katanya, inisiatif diambil kerajaan negeri itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi memastikan Kedah tersenarai sebagai lima negeri teratas dalam bidang akademik di negara ini. “Sudah lama saya katakan bahawa segala perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan Kedah akan sia-sia jika kita tidak memberi perhatian terhadap pembangunan modal insan. “Justeru, ker