PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM  KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016 akan dibuka mulai 2 MEI 2016 hingga 12 Mei 2016. Sila layari https://sptv.moe.gov.my/mohon_ilks/index.cfm untuk keterangan lanjut dan permohonan.

Permohonan adalah secara dalam talian (online). Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info berkaitan permohonan. Temu bual akan dilaksanakan bagi semua kursus yang ditawarkan. Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pengambilan, sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03 8884 5089 / 5067 / 5086 / 5088.

SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL
(MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)

SYARAT UMUM

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2015 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon mestilah TIDAK RABUN/BUTA WARNA
  • Calon bebas daripada masalah mental ; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon.


SYARAT KHUSUS

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).



KURSUS DAN TEMPAT DITAWARKAN

ILKS
KURSUS
INFO KURSUS
KRU Academy
Cyberjaya, SELANGOR
Kesan Khas Visual
Visual effect (VFX) juga dikenali sebagai ‘Kesan Khas Visual’ adalah satu proses yang bervariasi di mana imej dihasilkan atau dimanipulasikan di luar dari penggambaran filem sebenar. VFX melibatkan integrasi di antara penggambaran filem sebenar dan penjanaan imej bagi mencipta sebuah ruang yang kelihatan realistik, merbahaya, mahal di luar imaginasi atau kelihatan mustahil untuk digambarkan dalam kamera sebenar.

Kesan Khas Visual mampu melangkaui imaginasi penonton. Proses ‘Kesan Khas Visual’ ini menggunakan Computer Generated Imagenery (CGI) yang mana kebelakangan ini menjadi satu trend yang sangat popular dalam pembuatan filem tempatan dan antarabangsa
Animasi 2D
Animasi 2D adalah satu proses paparan berulang sesebuah imej statik bagi menghasilkan ilusi pergerakan, Pembikinan animasi 2D memerlukan penggunaan kamera serta alatan komputer bagi memudahkan imej berulang dipaparkan.

Kursus ini memberi fokus kepada individu yang ingin menampilkan, menghasilkan karya inovasi mereka dalam bidang animasi. Individu tersebut akan dididik dalam bidang INFO KURSUS INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA (ILKS) artistik animasi bagi membolehkan mereka bersaing dalam dunia 2D, dunia Animasi Digital.
Ranaco Marine
Kemaman, TERENGGANU
Pengajian Nautikal
Kursus ini adalah untuk membentuk kemahiran dalam bidang arah pandu kapal. Murid akan didedahkan dengan kemahiran perkapalan dan pelayaran.
Teknologi Marin
Kursus ini untuk membentuk kemahiran dalam bidang kejuruteraan enjin kapal. Murid didedahkan dengan kemahiran sebagai seorang jurutera kapal dagang.
Kejuruteraan Kapal
Kursus ini untuk membentuk kemahiran dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan kapal. Murid akan dilatih dalam merekabentuk kapal dan menyelenggara badan kapal.
Enter Coridor Training Centre
Klang, SELANGOR
Teknologi Mekatronik (Robotik)
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelatih berkaitan ilmu dan kemahiran di dalam bidang robotik serta sistem automasi industri.

Kursus ini menggabungkan kejuruteraan mekanikal, elektrikal, elektronik, pengaturcaraan komputer (programming) dan sistem robotik, Lepasan kursus mempunyai banyak peluang pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.
PPKS Ilmu Sdn. Bhd
Kuching, SARAWAK
Penjanaan Kuasa Elektrik
Kursus ini akan memahirkan pelatih dalam bidang industri elektrikal seperti pemasangan, penyelenggaraan dan baik pulih sumber dan peralatan elektrikal berkuasa tinggi. Pelatih juga akan dibekalkan dengan kemahiran tambahan dalam bidang penjanaan kuasa elektrik khasnya teknologi hidro, kuasa solar dan kuasa angin bagi membolehkan pelatih menceburi sektor perkerjaan di loji penjanaan kuasa dalam dan luar negara.
JT Akademi Sdn. Bhd
Kuching, SARAWAK
Subsea Welding Technology
Kimpalan dalam air menyediakan satu kaedah untuk memasang atau membaiki di dalam air. Teknologi ini amat berguna bagi membaiki kapal-kapal yang rosak semasa bencana alam seperti ribut atau peperangan. Kimpalan dalam air adalah sebuah perindustrian yang amat khusus dan menawarkan pekerjaan di pelantar minyak atau industri perkapalan dan tentera.

Dalam kursus ini, selain daripada didedahkan kepada teori dan amali dalam proses kimpalan seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW) dan Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), pelatih tetap akan diatur untuk mempelajari kemahiran menyelam dan menjalankan tugas kimpalan di bawah air. Pelatih akan mempunyai pengetahuan tentang fisiologi menyelam, keselamatan menyelam, persekitaran dalam air, komunikasi dan lain-lain.

Secara tidak langsung, pelatih turut berpeluang menjadi seorang penyelam yang profesional. Di dalam kursus ini, pelatih akan mempelatihi perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan dan sebagainya juga. Pelatih juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.
Oil & Gas Welding Technology
Pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Wedling (SMAW), Flux Cored Arc Welding (FCAW) dan sebagainya. Di dalam kursus ini, pelatih akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan dan sebagainya. Pelatih juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.

Latihan ini merangkumi kemahiran merancang, menyelia, merekabentuk, mengimpal dan membuat kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

Program ini akan menjadikan pelatih kimpalan lebih kompetitif dengan menyerapkan kemahiran menyelia, mengurus serta daya analisis dan pemikiran kritikal. Jurukimpal yang mahir dan berkelayakan sangat diperlukan oleh pelbagai industri terutama industri minyak dan gas.
Septronic Skills Training Centre
Bukit Beruntung, SELANGOR
Collision Repair Reengineering Technician
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelatih dalam membentuk semula badan kenderaan yang telah rosak sama ada terlibat dalam kemalangan mahupun kerosakan kecil.

Kursus ini dapat membantu pelatih untuk menambah pengetahuan dalam bidang pengetuk panel kenderaan dan pada masa yang sama berkemahiran dalam bidang kimpalan dan pengurusan.
Akademi APFT Maintenance Training
Kota Bharu, KELANTAN
Aviation (Ground Handling-Ramp Services)
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelatih aktiviti-aktiviti yang menyokong keperluan perkhidmatan darat di lapangan terbang untuk mengendalikan penerbangan pesawat.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam