Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Majoriti rakyat Kedah sokong Mukhriz

Majoriti rakyat Kedah sokong Mukhriz

Imej
Majoriti rakyat Kedah sokong Mukhriz ALOR SETAR - Kemelut yang berlaku di Kedah sekarang ini memberi kelebihan kepada Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir apabila mendapat simpati berikutan keadaan yang dilaluinya itu. Ramai yang menyokong dan bersimpati dengannya kerana berpendapat tindakan dan desakan pemimpin tertentu dalam Umno Kedah adalah tidak wajar.   Mereka berpendapat Mukhriz perlu dikekalkan pada kedudukan sekarang kerana berjaya membawa kemajuan di Kedah, disenangi oleh rakyat tanpa mengira parti, mendapat sokongan golongan muda dan berkarisma serta cerdik. Untuk itu, mereka berpendapat adalah tidak wajar mendesak Mukhriz melepaskan jawatan itu dan Pengerusi Umno Kedah kepada pemimpin lain dalam waktu dan ketika ini. Dalam satu kajian dilakukan Jabatan Penerangan Kedah minggu lalu mendapati ramai yang simpati dan beri sokongan kepada Mukhriz kerana berpendapat apa dilakukan terhadapnya adalah tindakan tidak wajar. Pengarah Penerangan Kedah, D