mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 000. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 000. Papar semua catatan

Isnin, 13 Oktober 2014

Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini

Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini


KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebanyak 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga Khamis (16 Okt).

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.

Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.

"Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah.

"Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon," menurut kenyataan itu.

Pelaporan pencapaian murid bagi PT3 diberikan dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F, jelas kenyataan itu.

PT3 dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 6 hingga 29 Ogos dan ujian bertulis dari 13 hingga 16 Okt.

Sementara itu, di SEREMBAN, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Kalsom Khalid berkata sebanyak 18,437 orang calon menduduki Ujian Bertulis PT3 di 120 pusat peperiksaan di negeri ini. Katanya PT3 diuruskan 100 peratus dan dilaksanakan dengan penuh integriti oleh pihak sekolah daripada peringkat pemilihan soalan, mengeluarkan soalan, menyediakan petugas sehingga ke penandaan. "Prosedur operasi standard (SOP) disediakan dengan ketat, semua pegawai dan guru yang terlibat telah menandatangani Akta Rahsia Rasmi. Hanya pihak tertentu yang dipilih oleh pihak sekolah sahaja akan melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, di sini. Di MELAKA, sebanyak 14,520 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 82 sekolah di tiga daerah negeri ini, kata Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin.

Md Yunos berkata daripada jumlah itu sebanyak 8,102 orang merupakan calon daripada sekolah di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (3,757) dan Jasin (2,661).

"Sebanyak 34 pelajar merupakan calon berkeperluan khas manakala seorang adalah calon persendirian yang menumpang di sebuah sekolah menduduki PT3," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek di sini.

Beliau berkata PT3 di negeri ini melibatkan pelajar daripada 73 sekolah menengah kerajaan, enam sekolah swasta, dua Maktab Rendah Sains Mara dan satu sekolah integriti.

Di PULAU PINANG, sebanyak 22,781 calon Ujian Bertulis PT3 di 130 pusat peperiksaan, kata Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nur Azri Kamarudin.

Beliau berkata sebanyak 155 calon persendirian turut menduduki peperiksaan sama yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini.

"Peperiksaan PT3 ini berlainan dengan PMR dari segi pengurusan peperiksaan iaitu tiada calon hospital. Sekiranya ada calon masuk hospital, pihak sekolah akan buat permohonan yang lengkap dan sahih untuk membenarkan calon itu menduduki PT3 pada hari lain.

"Calon boleh jawab kemudian dengan set soalan yang berlainan. Selain daripada tiada calon hospital perjalanan peperiksaan PT3 sama seperti PMR," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata calon yang sakit diberikan tempoh sehingga 31 Okt ini untuk menduduki peperiksaan itu dan sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana sekolah berhubung perkara itu.

Di KOTA BAHARU, sebanyak 32,777 calon tingkatan tiga di negeri ini menduduki peperiksaan PT3 di 240 buah pusat peperiksaan, kata Pengarah Pendidikan Kelantan Hussain Awang.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 26,833 merupakan calon sekolah kerajaan, 92 calon sekolah swasta/persendirian dan 5,351 calon sekolah Yayasan Islam Kelantan.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free