Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Projek lampu raya

Imej
Tarikh : 31 Ogos 2010 Masa : 7.50 malam Tempat : Depan rumah Mood : Nak melawa Malam ni, projek lampu raya pun bermula. Kejap jer pasang bender alah ni. Dah cun sikit depan rumah den. Yihaaa.. alamak.. Beg lum kemas lagi. Sib baik baju 3 hari punya stok dah siap seterika. Tinggal campak-campak jer la baju masuk beg.. Klik untuk cerita penuh Jom mula projek kita nih Pindahkan wayar lama ke depan jer Alih sikit yang belakang bendera nih Dah sampai hujung Kenapa inaz ni.. sukanya hatinya Posisi lama ni nak pindah ke depan porch keter livina tuh Berserabut gak nak bukak nih Haaa.. kita pindah ke depan ni la pulak Dulu mana ada porch ni lagi Berselirat.. yang penting noise tak hingat tuh Kena bukak sikit, dah berpintal la pulak Tak setel lagi ka, kata terer Sambung sikit ngan wayar baru nih.. kasi lagi panjang Senjata semua dah kuar Dah siap satu Tambah yang selai-selai la pulak Jeng jeng j

Ziqri - edisi jom mandi

Imej
Tarikh : 31 Ogos 2010 Masa : 6.20 petang Tempat : Rumah den Mood : Sukahati Ni, cam biasa; masa mandi petang Ziqri. Bukan main girang kalau dah dibukak baju dia.. Ucu dia buat bengong lak tu, baju di letak ajer kat atas kepala. Tapi Ziqri tak kisah, dia sukahati jer.. Yang penting pasni leh lompat-lompat masa mandi. Klik untuk cerita penuh Jom kita mandi Sukanya saya.. Bila nak mandi daa... Enjoice...Sharing is power!!!

Hari mengemas rumah

Imej
Tarikh : 31 Ogos 2010 Masa : 9.00 pagi Tempat : Rumah ese Mood : Gumbira tahap gaban Hari ni memang kena gerak dah. Dah tak lama lagi nak raya. Hari cuti tinggal Sabtu, Ahad depan jer.. Tu mesti sibuk nyer.. Dengan nak berkemas balik kampung lagi la, dengan kuih raya la.. So yang berat-berat ni kena setel dulu la. Sabtu lepas mama dah beli tikar getah baru, sekayu tu. Harga lebih 200.. Boleh maa.. Taiwan mali lo.. Rerasa cukup sampai ke tempat komputer. Lagi latu, nak rearrange balik markas iqa, katil dan lemari dia. So, bermula ler kerja-kerja khas kami di pagi merdeka nih.. Merdeeekaaa!!! Habis semua kita rearrange balik. Markas iqa sudah bertukar tempat. Ruang tamu dah jadi memanjang terus. Kira OK sikit la. Nampak lebih luas.. Klik untuk cerita penuh So sofa ni digerak ke hujung, ke tempat lam markas iqa.. Nampak lebih lapang kan.. Ni pandangan ke pintu depan la pulak.. so, markas iqa dah jadi macam bilik. almari baju dia lepas ni mama akan letak lang

Hari yang paling sibuk

Imej
Tarikh : 30 Ogos 2010 Masa : Sepanjang hari Tempat : Pejabat aku Mood : Waaaargghhh!!! Aku nak masa lagi!!! Hari ni memang sibuk giler. Ni baru betul-betul tak cukup masa. Memacam aku nak kena setel hari ni jugak. So aku plan bebetul, supaya semua dapat siap on time. Sebab apa leh jadi lagu ni, sebab esok cuti merdeka, pastu aku akan ke Batu Pahat sampai jemaat, isnin kerja, selasa dah cuti raya.. haha.. dua hari jer aku ada kat pejabat. Yang senin depan tu tak kisah la.. Ni yang nak kena setel semua sebelum senin tu tiba lagu mana?? 1. Surat cuti Kalau aku tak setel hari ni macamana aku nak cuti minggu depan.. Kelakar giler.. Cuti dapat 4 hari saja. Maknanya aku amik selasa, rabu, khamis dan isnin minggu depannya. Isi borang, hantar kat cik hanafi mintak sokongan.. 2. EMiS Dengan site tengah pindah memindah, banyak la pulak nak kena maklum kat guru data suruh buat pembetulan. Lam kul 10, cik amizan bagi url baru EMiS. Terus maklum kat guru data. Lam masa yang sama masih

It's making kuih raya time!!!

Imej
Tarikh : 29 Ogos 2010 Masa : 11.30 pagi Tempat : Kat rumah la Mood : Laaa.. dah nak raya eekks.. Pagi ni aje la tinggal masa yang free lagi. So, takleh buang masa sangat dah. Raya pun dah nak dekat, kuih apa pun tak bikin lagi. Sejak kerja pejabat ni, aku lagi teruk dari dulu. Lagi tak ingat cuti bila. Kalau masa kat sekolah pun dah tak ambik pot, kat pejabat ni lagi la buat tak kisah. So, hari ni kita akan habiskan masa menggentel kuih siput.. Rupa memang la kiut, yang siksanya nak menggentel dia tu. Naik merah ibu jari. Iqa ngan inaz sama naik. Siap berapron tu. Lama-lama diaorang dah tensen. Penat. Makin lama makin buruk. Masa ni baru hero turun. Dah setel. Yang dapat 3 balang beso kuih siput, dan ibu jari memasing yang merah. hehehe... Klik untuk cerita penuh Rajin dedua balqis nih.. yang tak tahan siap berapron tuh. sip baik topi chef tarak Bila dah jadi memang la cun, tapi nak membuatnya.. pergghhh Yang iqa berjaya siapkan Adik pun sama naik

Jom Ronda-Ronda Ramadhan : Pasar Ramadhan Taman Perling

Imej
Tarikh : 28 Ogos 2010 Masa : 5.30 petang Tempat : Pasar Ramadhan Taman Perling Mood : Waaaaa.. kagum tuuhh Sebenarnya aku kuar berbelanja kat Tesco Bukit Indah sebenarnya. Kebetulan harga susu 4,5,6 murah hari ni. Selain tu nak beli air Mirinda yang jatuh RM1.80 sebotol. Dah beli dua karton. Masa nak balik dok pikir gak nak beli juadah kat mana. Ingat hari tu abah cakap Pasar Ramadhan Taman Perling leh tahan gak kalau nak dibanding dengan Taman U. Terus gerak ke Taman Perling. Memang betul. Besar habis. Leh kata banyak gak bender yang dijual kat sini. Mana taknya, hampir 6 row deretan gerai. Habis separuh tempat parking depan Perling Mall tu dibinanya gerai. Perghhh.. Mantopp.. Tapi masa nak kuar sikit jem. Yelah.. pengunjung dah start datang meramaikan majlis. Rela ada, polis pun ada; khusus nak kawal trafik tuh.. Klik untuk cerita penuh Nak amik duit pun senang, amik jer dalam perling mall nih. Pastu baru turun membeli belah kat pasar ramadhan kat bawah dia..

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke53

Imej
Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!! Lam tak sedar dah 53 tahun negara kita merdeka. Tahun ni kita sambut merdeka dalam bulan puasa. Maybe sebab itu nampak macam kurangnya penghayatan nilai-nilai kemerdekaan macam tahun-tahun lepas. Atau mungkin kita mengharap benda percuma macam tahun-tahun sebelumnya. Ingat lagi masa aku buat banner nih. Ni memang khusus untuk sambutan merdeka dulu, dulu-dulu; masa aku masih kat kuala selangor lagi. Dan banner yang sama ni la juga aku letak sebagai signature di mana-mana forum dan blog aku. Walau macam mana pun cara kita, yang penting terletak pada hati.. Enjoice...Sharing is power!!!

Emel tentang rasicm

Imej
Baru-baru ni, memang panas tul ngan isu racism nih. Sana rasis, sini rasis. Ada aje yang nak naik angin. Sikit-sikit mula nak mengutuk. Semalam aku ada dapat satu emel. Racism lagi. Tapi aku baca la jugak. Hmmm.. boleh baca dan nilaikan. Only in Malaysia.. Klik untuk cerita penuh How Come Asking Someone To Go Home Is A Racist Remark? By Angelia Sinyang The non-Malays went berserk when they heard how the Principal in Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor insulted their children, by asking the Chinese to go back to China and the Indians of wearing dog-chains. I am not a racist, though I admit that I started to doubt that now. I personally don’t agree with racist remarks from anybody especially coming from a teacher. But with the racist sentiment filling up the air uncontrollably, lately, I understand fully, how this teacher has come to this point. A teacher wouldn’t be uttering such words without a good reason. Something must have tri

Aku betul-betul tak paham

Imej
Tarikh : 28 Ogos 2010 Masa : 1 petang Tempat : Petronas Nusa Perintis Mood : Blank tahap dewa Kerajaan dah kata, stesen minyak tak dibenar jual minyak Ron95 pada orang luar. Seingat aku stesen minyak gelang patah ni memang takde minyak Ron97, pasal orang luar memang boleh beli sebanyak mana minyak asalkan ianya Ron97. Seingat aku jugak takde plet motor atau keter malaysia ngan nombor starting F. Jadi macamana brader nih boleh isi minyak Ron95 kat stesen minyak nih.. Adakah kerana dia bayar pakai Singaporean dollar?? Atau pasal kredit card dia lagi hebat dari kredit card malaysia.. Aku betul-betul tak paham.. Apa yang pasti, dia dah pakai stock minyak aku.. Enjoice...Sharing is power!!!

Sumbangan Anak Yatim PPD Johor Bahru - Majlis Berbuka Puasa

Imej
Tarikh : 26 Ogos 2010 Masa : 7.15 malam Tempat : PPD Johor Bahru Mood : Penat dalam girang Dah tiba waktu berbuka. Semua yang hadir disajikan dengan 3 jenis kuih, kurma dan air kotak; sebagai syarat. Lepas tu semua sembahyang berjemaah dahulu sebelum majlis berbuka puasa bermula. Banyak betul lauk pauk disediakan. Air pun ada dua jenis, sirap sejuk dan air teh panas. Alhamdulillah. Majlis sumbangan aku dah tak ambik gambo lagi. Aku dah penat. Habis jer majlis berbuka aku dah bertolak balik ke rumah.. Bawak keter pun cam ada melelong sikit.. Pergghhh.. Sampai rumah terus zzzzz.... Klik untuk cerita penuh Semua menunggu waktu berbuka dengan tenang Akak katerer sibuk menyiapkan hidangan kuih untuk berbuka Semua boleh berehat seketika sementara menunggu waktu berbuka Ustaz norzaidi menerangkan perjalanan majlis malam ini Dah boleh keluar untuk mengambil juadah Huih.. sampai dua air kotak diambiknya Air mineral tak laku ker dik Jangan