mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Jalur Gemilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalur Gemilang. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2015

Kibarkan Jalur Gemilang Dengan Rasa Megah Dan Cinta Pada Negara - Khaled Nordin

Kibarkan Jalur Gemilang Dengan Rasa Megah Dan Cinta Pada Negara - Khaled Nordin


Jalur Gemilang, bendera rasmi Malaysia, bukanlah sekadar dikibar dengan perasaan kosong, tetapi ia harus dikibarkan dengan rasa bangga dan cinta pada negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin.

Malahan, beliau berkata, nilai patriotisme yang dicapai ketika mengibarnya, juga sebagai tanda simbolik mengenang ribuan perwira negara yang terkorban dalam usaha memastikan Malaysia merdeka daripada penjajah, serta kekal dihormati dengan kedaulatan yang dimiliki.

"Kerana Jalur Gemilang itu bukan hanya satu kain yang dikibar-kibar kosong. Ia adalah simbol paling penting negara kita. Ia adalah 'jiwa nurani' Malaysia. Tanpanya, apalah makna kehidupan bernegara.

"Tiada simbol lain yang sepenting, seutama dan sehebat Jalur Gemilang ... (kerana) disebut sahaja nama negara Malaysia, yang pasti terlintas di fikiran semua ialah bendera negara kita Jalur Gemilang," katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Johor 2015 di Stadium Mersing, Johor baru-baru ini.

Justeru, kata Khaled, mengibar bendera keramat itu, bukanlah sekadar ketika meraikan pesta kemerdekaan, tetapi juga sebagai tanda rakyat Malaysia sentiasa mengenang tanah air tempat kelahiran mereka.

Berucap lanjut, Khaled berkata, Jalur Gemilang mempunyai peranan tersendiri dalam hal-hal pentadbiran dan urusan rasmi negara.

"Bila negara meraikan kejayaan besar, menawan puncak tertinggi dunia, meneroka ruang angkasa, mencipta sejarah dalam bidang pendidikan atau sains dan teknologi, maka Jalur Gemilanglah yang kita usung dan kibarkan dengan megah.

"Bila pemimpin kita melawat sebuah negara lain, Jalur Gemilanglah yang akan dikibarkan di seluruh bandar raya yang dilawati. Sebagai gambaran rasa hormat negara tersebut menyambut pemimpin kita.

"Bila negara ditimpa musibah bencana dan kedukaan, Jalur Gemilanglah yang kita kibarkan separuh tiang, sebagai tanda bangsa dan negara berdukacita," katanya.

Malahan, kata Khaled lagi, di kala gugur dan kembalinya pahlawan, satria, negarawan, dan 'bapa' bangsa, Jalur Gemilanglah yang membaluti kerandanya, seterusnya dihadiahkan kepada keluarga sebagai tanda penghargaan kepada jasa bakti yang dicurahkan.

Khaled berkata, jika ada yang masih bertanya mengapa kerajaan selalu menekankan kepentingan bendera rasmi, beliau berkata jawapannya mudah, iaitu Jalur Gemilang itulah lambang patriotisme kepada bangsa, agama dan negara.

"Kerana patriotisme ini lah negara Malaysia merdeka. Kerana patriotisme inilah ratusan ribu perajurit kita setia dan bersedia mengorban nyawa.

"Demi semata-mata memagar negara ini. Baik di sempadan, baik di lautan, baik di ruang udara .. hanya ingin memastikan negara ini tidak diceroboh serta tidak diancam musuh," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata tugas mengibar Jalur Gemilang adalah satu amanah dan tanggungjawab bagi rakyat yang tidak perlu bersabung nyawa di perbatasan, bagi sama-sama memastikan patriotisme itu disemarakkan.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 16 Ogos 2013

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2013


Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2013 akan dijalankan mengikut tentatif seperti berikut :

Tarikh: 16 Ogos 2013 (Jumaat)
 Masa: 8.00 malam
Tempat: Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah

Anda juga dapat menonton secara live streaming di url berikut http://stream.kedahlive.tv/live/en/

Jamuan Rakyat Merdeka Raya turut diadakan di lokasi yang sama bermula jam 3.30 petang hingga 7.00 malam. Moh ke sana!!!