Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel movie review

Movie Review - Kick (2014)

Imej
Movie Review - Kick (2014). Boleh tahan. Walau memula rasa a bit boring. Tiga watak. Tiga flashback. Sampai ke Salman Khan punya flashback baru faham segala. Kisah pasal Dr. Shaina yang boring aje, lepas berpisah ngan Devi Lal Singh. Bila bapak dia soh ambik Himanshu, Inspektor dari India dan bakal dijodohkan dengannya, baru dia cerita pasal bekas kekasihnya tu. Kebetulan si Himanshu pun datang ke sana untuk menjejak penjenayah terhebat, Devil. So, done dengan dua flashback. Sampai la diaorang jumpa balik ngan Devi dan mula ditunjukkan yang Devi ni la Devil yang dicari oleh Himanshu. So, one more flashback from Devi menunjukkan kenapa dia jadi Devil. Next.. korang layan la sendiri. Filem ni adalah remake semula filem dengan tajuk yang sama. Memang best. Aku bagi empat bintang setengah. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Seediq Bale : Part 1 Flag of the sun & Part 2 Bridge of Rainbow

Imej
Picas shared from wikipedia Why oh why. Movie ni memang so cool. Aku rasa dia punya kehangatan.. Sama cam debaran masa aku nengok tom cruise berperang lam The Last Samurai, atau pun cam masa nengok Mel Gibson lam Braveheart. Tak citer lagi pasal The Last Mohicans lagi tu. Tapi, apa yang pasti citer ni memang ada kelas dia yang tersendiri. Movie ni ada dua part. Setiap satu 2 jam setengah lebih. Part satu bertajuk Flag of the sun, part dua pulak Bridge of rainbow. Citer dia pasal Mona Rudao. Sorang ketua kaum asli Seediq Bale yang menentang penjajah Jepun di Taiwan. Memang cerita betul. Dengan 300 orang pahlawan kaumnya, dia berjaya melawan beribu askar Jepun yang lengkap bersenjata. Memang terbaeekkk!!!! Tapi memang last dia tewas jugak. Membohong benar la kalau kata dia menang kan. Apa yang aku nampak, terer mana pun orang tu, biasanya yang akan sabotaj tetap kaum dia sendiri. Aku rasa kalau musuh ketat dia dari kecik, Temu Walis tak bantu jepun, sahih lagi ramai jepun yang tewas

Movie Review - A tales of Mari and Three Puppies [2007]

Imej
Tengah lepak lepak tengahari ni, terlayan lak movie ni kat tibitige. Kisah pasal kesetiaan sekor anjing yang bernama Mari pada tuannya. Kisah benar yang berkisar pada gempa bumi yang berlangsung tahun 2004 ni memang best. Cuma, bagi aku, kisah selepas gempa tu cam sikit kureng. Sebelum dan semasa gempa memang terbaeekkk!!!! Iqa siap tangkap leleh tu beb. Cuma lepas tu, masa tuan dia dah mula cari dia semula tu aku rasa filem ni dah kureng. Apa pun 3 bintang setengah la aku kasi. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway Galaxy Tab

Movie Review - Papa I Love You [2011]

Imej
Memang terbaeekkk!!!! Cerita ni ada kelainan berbanding cerita cerita melayu lain. Memang best. Jalan cerita simple. Kisah pengorbanan dan kasih sayang dua bapa sebenarnya. Baha, mulanya memang pemalas dan tak bertanggungjawab, mula berubah lepas kematian isteri dia. Dia buat apa saja untuk anaknya mya. Datuk tak ingat nama pulak ada krisis dengan anak dia lisa, dan sentiasa cuba nak mendekatkan diri semula ngan lisa. Pertemuan baha ngan lisa yang kemudiannya bertambah erat menyebabkan datuk tadi menggunakan baha dalam usaha dia nak berbaik semula dengan lisa, tapi tindakannya membeli baha tidak disenangi both baha dan lisa. Tindakan baha seterusnya menyedarkan datuk tadi dan akhirnya dia insaf dan kesemuanya live happily ever after. Kekeke. Apapun memang cerita ni lain dari yang lain. Aku kasi 4 bintang. Terbaeekkk!!!! ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway Galaxy Tab

Movie Review : Real Steel (2011)

Imej
Semalam baru sempat layan real steel bersi bluray. Perrgghhh.. Tak sempat review lagi aku dah kasi citer ni five star beb. Memang terbaeekkk!!!! Citer pasal carlie kenton, ex boxer yang join pertandingan robot boxing. Robot dia sentiasa kalah. Satu ketika dia diminta untuk jaga balik anak dia dengan ganjaran 50k. Dia terus ambik keputusan jaga sebab dia nak duit tu. Pastu beli robot baru untuk fight lagi. Cam biasa dia kalah teruk dan malam tu dia bawak anak dia ke tempat sampah (?!?) untuk cari spare part untuk buat robot baru balik. Anak dia jatuh dari cerun tinggi dan tersandung pada satu robot. Anak dia amik keputusan nak amik robot sparring tu dan jadikan robot rasmi dia. Robot yang diberi nama Atom ni kemudian di train oleh charlie sendiri atas desakan anaknya. Dengan ciri shadow pada robot tu dan digabung ngan ciri ciri hebat dari robot charlie yang dah hancur, Atom terus meniti kejayaan demi kejayaan. Ending dia memang terbaeekkk dimana Atom diketemukan dengan robot terhebat ia

Movie review : Tron Legacy [2010]

Imej
Petang ni cam banyak masa la pulak. Walau aku sampai rumah lam 6 pm. Tapi pasal the gang tengah karaoke kat luar, aku malas nak dengar, tu yang jadi panjang masa aku untuk layan movie super duper ni. Kisah yang berdurasi 2jam ++ ni digarap dari video games glamer dedulu, tron. Aku tak main games ni dulu pasal masa tu harga dia memang mahal. Zaman atari ler katakan. Melalut ler pulak aku ni. Key. Apasal aku baru review citer tahun 2010 ni. Pasal aku hanya layan bluray or paling bodo 720p yer. Kisah pasal flynn yang bapak dia pencipta game tersohor. Satu malam bapa dia hilang lepas janji nak bawa dia tengok the grid. Grid tu nama kawasan lam game tron ciptaan dia ler. Cerita terus bawak ke watak flynn dah besar. Lepas dia bikin havoc kat syarikat milik bapak dia, kawan baik bapak dia kasi kunci ke arcade kesayangan bapa dia, atas arahan bapak dia melalui pager. So, lepas dia masuk ke satu ruang rahsia lam arcade tu, tetiba dia sampai ke dunia tron ni. Kat sini efek memang marbeles. Rupan

Movie Review - I Am Number Four (2011)

Imej
Entah la ekk.. tapi aku rasa sangat bosan.. 3 bintang Kisah pasal John Smith, sorang budak(??!) yang asyik berpindah randah setiap kali dia dapat scar atau dia alami kejadian pelik. Ye lah.. dia alien yang apa kebender ntah misi dia kat dunia ni. Sebelum dia dah tiga orang alien yang sekaum dengan dia yang dah dibunuh oleh sekumpulan alien yang lain yang giler nyer brutal.. Bila dia sampai satu bandar kecil yang baru, dia memberontak nak bersosial pasal dah bosan asyik terperuk ja kata dia. Ada power pun tak leh guna. Kat sini dia bercinta ngan Sarah dan dia mula discover kehebatan diri dia. So, bila dia punya rahsia dah mula terbongkar, Henri penjaga dia mula ajak dia lari gi tempat lain lagi. Tapi geng alien brutal dah sampai dan mula la pergaduhan giler terhebat pun jadi.. Kat sini mula la tereveal segala penjaga dia dan number 6 pun mula la menonjolkan diri dia di samping chimera, anjing alien penjaga dia.. Last kali dia pun menang la, dah nama pun hero kan. Dan dia pun ting

Movie Review - Kembar Siang (2011)

Imej
A bit lame and straight forward.. 2 bintang setengah Cerita yang boleh dilayan cenggitu gitu.. Bukan saja straight forward, tapi mmang straight abis.. Nak kata ada climaks, haramm.. Cerita pasal awal ngan awi, kembar yang sorang tak berapa normal, awi la tu. Si awal ni bercinta ngan ani, tapi tak nak kawin lagi pasal ingat pesan bapak dia hj sabran supaya jaga adik dia. Dia offer awek dia kahwin ngan adik dia sendiri, tapi kalau awek gila ja kot yang nak buat cenggitu kalau tak bersebab ye tak. Masa krisis gaduh tu tetiba dia jumpa ani versi bertudung la pulak. Sekali check rupanya si ani ni pun kisahnya ada kembar jugak, ana yang terpisah sejak kecik. N lastly.. kawin la dedua kembar ni. Abishh.. kan straight forward abis tu.. Setakat anak aku nengok ok ler.. Aku kasik 2 bintang setengah.. Tengok la kalau dah tak dak cerita dah yang nak dilayan.. huhuhu Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review - Sini Ada Hantu (2011)

Imej
Ada kelainan, 4 bintang Cerita pasal Ah Meng dan Bakri yang kena hantar mayat datuk bos diaorang untuk dikebumikan keesokan paginya. Sepanjang perjalanan, diaorang dok cerita pasal hantu hantu yang pernah diaorang tau. Memula si Bakri cerita pasal Hantu pokok pisang yang terjadi dekat sedara dia, sepupu ke apa tak ingat dah aku. Dan last sekali sepupu dia tadi mati kering dek penangan hantu tadi tu. Pastu Ah Meng pulak bukak cerita pasal Hantu nombor ekor.. Haaa.. yang ni ngeri sikit berbanding tadi tu. Kisah 4 orang sahabat yang dah terdesak gi menurun. Last sekali semua pakat mati, walau sempat dapat nombor, tapi tak sempat jugak dibeli nombor tu. And lastly si bakri agaknya, cerita pasal hantu asrama, hantu jepun. Pastu van rosak jap and sibuk sibuk si bakri tak percaya kat ah meng, and what so ever.. tetiba mayat datuk bos dia bangun dan bawak lari van tu. Tang ni ja pun yang kelakar.. Yang lain serius ngeri and bukan 'U' punya cerita la.. Apa pun aku kasik 4 bint

Movie Review - Khurafat (2011)

Imej
Aku kasi 4 bintang untuk ini filem Serita pasal Johan dan Aisyah yang baru berkahwin yang sering diganggu benda halus selepas diaorang pulang semula dari kampung si Johan ni. Malam sebelum kejadian tu si Johan ni ikut pak imam gi tolong Pak Aziz yang kena rasuk. Pak Imam tunjukkan sesuatu yang ditanam kat bawah rumah pak aziz ni pada si johan. Malam tu jugak mula la adegan diaorang kena kacau aje. Bila balik ke bandar si johan ni masih diburu oleh anna, bekas awek dia yang memang dah desperate lepas johan kahwin ngan aisyah. Pelik jugak kan. Makin lama makin teruk. Pastu ngan timbulnya makcik rosnah ke apa nama dia tu, makin misteri jadinya filem nih.. Sapa yang dok kacau si johan ni sebenarnya. Sampai la si anna mati bunuh diri. Johan hantar jenazah anna pulang ke kampung dan diaorang eksiden. Lebih banyak gangguan yang johan terima dan masa ni la baru tahu, rupanya yang jahat ni memang si johan sebenarnya. Dia dah pakai minyak dagu untuk dapat si anna tu. Pastu dia dah langgar

Movie review - Haq (2011)

Imej
Emmm.. susah jugak nak kasi.. overall 3 setengah ja kot Filem Haq ni memang ada kelainan. Kisah si Haq yang ada power luar biasa sama macam bapak dia. Dari kecik dia rapat dengan sedara dia Bad, walau selalu kena buli; sampai la bapak si bad mati. Masa tu si bad ni dah berubah jadi jahat. Pas kena lempang ngan mak dia, si bad ni lari dari rumah dan terus tak balik lagi. Si bad ni jadi taiko abis la. Jahat tahap setan tu. Dan setiap hari keinginan dia untuk bunuh ha ni makin menjadi-jadi. Dia tau si haq ni lagi terer dari dia, so dia bunuh orang yang rapat ngan haq dulu iaitu bapak si haq. Sorang demi sorang dia kejar sampai la dia yakin dia dah leh bunuh haq. Tapi nak buat camner, haq kan hero. Last kali dia bunuh si bad walau bapak dia suruh dia selamatkan si bad ni. OK. Bagi aku cerita ni memang agak ok, ada pembaharuan untuk filem-filem melayu. Cuma faktor x tu semacam tarak. Jalan cerita just ok. Rasa cam.. kalau la ada filem pendekar laut kan.. tapi jauh lagi la nak sampai

Movie Review - The Mechanic (2011)

Imej
Jalan cerita just nice, 4 bintang ja Cerita pasal Arthur, sorang Mechanic; bukan pomen keter, tapi pembunuh upahan yang kena pandai manipulasi keadaan supaya nampak macam kematian orang yang dibunuh nampak macam kemalangan biasa. So, kisah bermula bila dia kena bunuh salah sorang bos dia sendiri, McKenna. Lepas bunuh, anak McKenna ni; Henry pun balik dan tak puas hati. Dia mula mengamuk cari pencuri kereta, pasal si Arthur ni buat macam pencuri kereta yang bunuh si McKenna nih. Last last dia train si henry ni menjadi mechanic cam diri dia jugak. So, diaorang pun mula la menjalankan kerja kerja ganas diaorang nih, nampak si henry ni memang ganas dan banyak mereveal diri dia; beza ngan arthur. So, pengurusan dan mula kejar dua orang ni pulak. Diaorang berdua jadi sasaran kali ni. So, diaorang fight back and lepas semua selesai dan masa diaorang berkemas nak mengasingkan diri; si henry jumpa bukti yang paling kukuh siapa pembunuh bapak dia. So, dia rancang nak bunuh si arthur nih.

Movie Review - Magika (2010)

Imej
4 bintang setengah aku kasik Memang satu kelainan filem muzikal arahan edry nih. Memang best. Dia berjaya bawak kita ke satu dimensi baru berkaitan ngan watak watak dongeng orang melayu kita. Memang cool. Cerita pasal Ayu dan adiknya Malik yang tersesat ke alam bunian lepas si malik ni jatuh ke perigi masa dia sembunyi ketika maghrib. So, bila sampai ke sana malik kena culik ngan nenek kebayan. Maka bermula la kisah ayu yang mengembara dengan di bantu oleh badang dalam mencari adiknya dan keluar dari alam tersebut. Apa pun memang best sengsangat cerita ni. Lain dari yang lain. Memang aku kasi 4 bintang setengah. Balqis berdua pun dah ulang kali keempat dah sehingga entri ni ditulis. Marbeles. Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review - Estet (2010)

Imej
Cakap banyak pun tak guna. Dua bintang setengah aku kasi Sangat sangat sangat membosankan. Time cgi bola tu terhibur la sikit. Yang lain.. sangat membosankan. Apasal terpaksa aku membebel ja pasal cerita nih. Sangat menyedihkan bila nak dibanding ngan citer kak limah tu. Kisah pasal team bola estet cinta manis nak menentang team bola red cobra. Juga pasal si farid yang bercinta dengan gheta. Juga pasal si mandur jahat tak hingat nama. Juga pasal anak tokei estet.. kublai khan yang datang ngan gaya Rajnikan.. Sangat ewwwww.. Tak tau la nak cakap cemana. Yang pelik apasal si rosyam sanggup berlakon cenggitu. Aduiissshhh.. Dua bintang.. tambah setengah atas effort cgi masa main bola dan masa nak elak bom meletup. Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review : Shaolin (2011)

Imej
Just nice. 4 bintang. Cerita pasal sorang general yang hebat dan berkuasa, si Andy Lau la sapa lagi. Punya la terer sampai semua kena tunduk ngan dia. Satu hari dia masa dia kejar general lawan; dia dah ceroboh Shaolin dan memang berjaya tunjuk kekuasaan dia di situ. Nak jadi cerita, punya la nak kuasa sangat sampai dia plan nak bunuh abang dia sendiri, yang jugak sorang general. Nak jadi cerita orang kanan dia sendiri, Nicholas Tse; dah buat satu plan lain. Dia dah dapat take over batalian si general ni tadi lepas diaorang saling berbunuhan dan plus campur tangan orang dia la kan. So, si Andy Lau ni dah patah hati lepas anak dia mati; terus bertobat jadi sami kat kuil shaolin yang memula dia buat honar tadi. Cerita bermula bila si Tse ni tadi menunjukkan belang dia. Bunuh habis-habisan, malah lagi ganas dari si lau ni tadi. So, si lau ni kata hanya dia yang dapat betulkan balik si tse ni; pasal semua ni berpunca dari dia. Cerita ni ending ngan semua watak-watak utama shaolin te

Movie Review - Red Cliff Part 1 (2008) & Part 2 (2009)

Imej
Wahlaoweiii.. Walau banyak kali nengok pun aku still bagi 5 bintang Maybe aku memang suka dengan cerita Romance of three kingdoms sejak aku di bangku sekolah lagi. Liu Bei, Cao Cao, Zhuge Liang memang tak asing lagi. Watak watak utama dari novel yang memang best bangat nih.. Sekali channel 8 singapore leh pulak tayang ini filem malam makan besar nih. Apa lagi.. terpacak aku depan tv. Cuma bila part to be continued tu yang tak puas hati tu.. Tu yang terpaksa sambung sendiri part 2 tuh. Cerita dia memang tak lari dari novel asal. Cinematografi memang tak leh disangkal lagi. Cun habiss.. Pembinaan watak memang best. Filem ni ditumpukan ke Zhou Yu dan Zhuge Liang. Cao Cao dah mula menyerang ke negeri Wu. So, Zhuge Liang dah mula persuade Kerajaan Wu under Sun Quan yang memang dipandang rendah oleh Cao Cao untuk bergabung ngan team Liu Bei menahan serangan Cao Cao. Perghh.. memang betul betul diasimilasi dengan baik ke dalam filem. Mula ngan peperangan Changban, pengunduran tentera,

Movie Review - Megamind (2010)

Imej
Aku kasi 4 setengah bintang Semalam layan citer nih ngan balqis berdua. Tak tahan tu nengok. Memang best. Citer pasal dua alien yang jatuh ke bumi. Satu jatuh ke rumah orang kaya, ni la metroman. Lagi satu jatuh ke penjara, ni ler hero citer nih, megamind. Dari kecik diaorang bersaing. Dan biasanya megamind selalu tercorot. Sehingga la dia amik keputusan untuk jadi jahat. Maka bermula la kisah pertembungan kuasa baik ngan kuasa jahat. Nak jadi cerita, masa pembukaan muzium khas untuk metroman; terjadilah satu peristiwa yang menukar persepsi megamind. Dia dah dapat semua, tapi hidup dia bosan lepas dia berjaya bunuh metroman. Dia dah takde hala tuju lagi dah. Mana taknya. Dari kecik kerja dia bersaing ngan metroman ja. Last last dia dapat idea nak buat superhero baru untuk bersaing ngan dia semula. Tapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia pulak yang jadi hero pasal Titan, hero yang dicipta tu dah bertukar jadi jahat. Super jahat. Dan dia telah berjaya mengalahkan titan dan mula disa

Movie Review - Jonah Hex (2010)

Imej
Jom layan movie adaptasi komik nih Aku dulu first layan komik ni tahun 1987 tak silap aku. Biasa la. Turun penang, cari komik komik lama ni dah jadi biasa bagi aku. Masa tu memang tengah top citer citer koboi nih. Apa lagi layann.. Masa tu pelik jugak pasal apa hero ni mulut bersambung. Sanggup cari balik isu yang lagi lama pasal nak tau kan. Last last baru tau apa kes sebenarnya. Movie ni pun dia rungkai dari awal. Macamana si Hex ni kena dera, keluarga dibunuh depan mata, muka dicop ngan besi penanda lembu tu. Tu yang pastu mulut dia jadi cenggitu. Pastu mula la kisah dia memburu balik si Turnbull nih. Si Turnbull ni pulak memang dia ada plan baik nak bunuh presiden masa sambutan 4th of July ngan senjata yang dirampas dari tentera. Gila canggih meriam tuh. Tu lum masuk senjata si Hex lagi. Memang giler la citer nih. Tak tahan nengok senjata tu la. Dengan senjata si hexnya, senjata si turnbullnya. Pergghhh.. Kira mantap habis la. Cuma yang tak best macam si hex ni lemau sangat

Movie Review : Tangled (2010)

Imej
Two thumbs up Malam semalam aku layan Tangled ngan bebudak Balqis tuh. Senang ekk.. zaman sekarang ni. Main order jer nak tengok cerita apa, kebetulan; aku pun baru setel donlod ini filim kelmarin, tapi tak sempat nak nengok pasal dah malam sangat untuk bebudak nih. So, hari ni; aku sampai ja rumah terus ajak nengok Tangled nih. Memang best citer dia. Serious.. Cerita tangled ni berkisar pasal cerita Rapunzel, ala yang rambut panjang kat menara tak bertangga tu. Cuma Disney buat versi dia yang tersendiri. Memang hebat sebab, semua dikupas. Kenapa ahli sihir tu nakkan Rapunzel, kenapa tak ambik ja rambut dia masa baby. Very detail cara pengupasan Disney. Dan antara yang terbaik bagi aku. So, berbalik pada cerita ni. Cerita bermula pasal sorang ahli sihir nih. Dia kekalkan keremajaan dengan menyanyi (puja la tu) satu bunga magik. Nak jadi cerita, ratu negeri tu yang sedang mengandung sakit dan raja arahkan cari bunga magik nih. So, diaorang berjaya cari bunga tu dan kasi ratu tu m

Movie Review : The Wushu Warrior (2010)

Imej
Baik jangan nengok, kecuali tok leh tido alamek. Memang hampeh tul cerita wushu warrior nih. Hanya sesuai ditonton sekiranya kita memang tok leh tido langsung. InsyaAllah, tak sampai separuh dah tido. Sangat membosankan. Memang dah masuk movie kategori D dah ni. Cerita pasal sorang anak mat saleh yang termasuk lam komuniti kaum cina yang menentang peniagaan candu, bapak dia mati pun pasal nak tegur bos candu ni la. Pastu dia belajar cara hidup lam kaum ni dan jadi sebahagian dari mereka. Namun target nak bunuh pembunuh bapa dia tetap dia bawak. Sampai tok guru dia mati pasal tak kasi dia bertindak melulu, baru dia sedar dendam tu tak ke mana. Last siap kuar aura naga la ntah ke apa ntah. Boring gila. Hero pun lebih kemetot dari pelakon pelakon cina yang lain, cam tak sesuai langsung. Overall aku kasi 1 bintang setengah ja untuk movie nih. Jangan tengok, kecuali tok leh tido dan dah tak tau nak buat apa. Enjoice...Sharing is power!!!