Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aktiviti Minggu 7

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 7

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 7. Dalam diam kita dah masuk ke minggu ke-7. 49 hari dah kita duduk rumah. Minggu ni bermula perubahan drastik di mana PKP mula dilonggarkan, kita ke arah cara hidup yang lebih baik dalam memastikan rantaian tetap dapat diputuskan. Normal Baharu memang memberikan cabaran pada kita semua terutama dari segi sikap dan disiplin. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula mengambil tempat. Aku antara yang tersenarai untuk mula bekerja pada awal PKPB ni. Cabaran betul. Selama ni aku duduk dalam zon hijau dan kini aku kena bergerak keluar ke zon kuning. Pagi tu dah terkena. Blok penghalang masih belum diangkat menyebabkan aku terpaksa cari jalan alternatif ke opis. Alhamdulillah. Semuanya OK. Masa balik dah clear dah semua penghalang ni. Sebelum PKPB tu mama aku bawa keluar. Bagi dia pengalaman berada diluar setelah sekian lama duduk rumah. Memang kekok sikit la kan. Takpe. Kita akan move on dengan cara baharu ni.