Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tema Sambutan

#sehatisejiwa Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2015

Imej
#sehatisejiwa Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2015 KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini. "Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia. Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada," katanya ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, hari Sabtu. Ahmad Shabery berkata mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahu