Bahasa Melayu : Penanda Wacana
Bahasa Melayu : Penanda Wacana. Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut: Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan Tempat :