mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label ahmad maslan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ahmad maslan. Papar semua catatan

Selasa, 13 Januari 2015

Bayaran BR1M Mulai Khamis Ini - Ahmad Maslan

Bayaran BR1M Mulai Khamis Ini - Ahmad Maslan

PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 hanya akan dibuat mulai Khamis ini dan bukan Ahad lepas seperti yang disebarkan melalui laman sosial dan aplikasi telefon pintar, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata mesej BR1M yang tersebar mendakwa orang ramai boleh mengeluarkan BR1M mulai 11 Jan di CIMB Bank dan Bank Rakyat, Bank Muamalat dan Bank Islam (12 Jan) manakala bank-bank lain pada 13 dan 14 Jan.


"Ini jahat. Ada pihak yang membuat rakyat marah kerana mereka terpaksa pergi ke bank beratur untuk keluarkan BR1M.

"Esok baru selesai dihantar kesemua 18 bank terpilih dan pada Khamis ini barulah penerima boleh mengeluarkan bantuan BR1M," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahmad berkata bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pengagihan baucar BR1M akan dibuat mulai 17 Jan dan dijangka berakhir pada 31 Mac.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan memutuskan pembayaran BR1M yang dijadual pada akhir Jan dipercepatkan mulai 15 Jan dan ia akan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberi kepada penerima dari negeri-negeri yang dilanda banjir.

Ahmad berkata 7.1 juta penerima layak menerima BR1M membabitkan bayaran RM5.3 bilion pada tahun ini berbanding 7 juta penerima dengan bayaran RM3.64 bilion pada tahun lepas.

Pada tahun ini, 4.4 juta penerima daripada kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan menerima RM950 yang dibayar tiga kali setahun iaitu RM300 pada Januari dan Mei manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September ini, katanya.

Selain itu, 400,000 penerima daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 yang layak menerima RM750 akan menerima RM200 pada Januari dan Mei manakala bakinya RM350 akan dibayar pada September.

Bagi 2.3 juta penerima individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, beliau berkata bayaran sekali gus sebanyak RM350 akan dibuat pada bulan ini.

"Kita akan membayar BR1M dalam dua peringkat. Bagi 4.9 juta penerima yang telah mengemas kini maklumat pada 31 Dis, mereka akan menerima BR1M pada Khamis ini.

"Namun, bagi mereka yang belum mengemas kini maklumat peribadi atau mahu membuat permohonan baharu, pembayaran akan dibuat pada 12 Feb nanti," katanya.

Beliau menambah proses pendaftaran dan mengemas kini maklumat peribadi yang sepatutnya berakhir pada 31 Dis dilanjutkan kepada 31 Jan ini berikutan bencana banjir.

Sementara itu, Ahmad berkata pada tahun lepas, sebanyak 87,228 penerima yang layak mendapat BR1M tidak membuat tuntutan membabitkan peruntukan RM40 juta.

"Ini melibatkan semua kategori penerima BR1M dan kita tidak pasti sebabnya. Tuntutan ini dikira hangus dan ia akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Disatukan," katanya, sambil menambah bahawa mereka masih boleh membuat tuntutan BR1M tahun ini.

Sementara itu, Ahmad berkata BR1M yang merupakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan diteruskan dalam tempoh lima tahun dari 2013.

"BR1M bukan hanya membantu kos sara hidup penerima tetapi ia juga mengembangkan ekonomi setempat dan juga memberi kesan berganda kepada ekonomi," katanya.

-- BERNAMA

Sabtu, 4 Januari 2014

10 Pakej Bantu Rakyat Tangani Kenaikan Kos - Ahmad Maslan

10 Pakej Bantu Rakyat Tangani Kenaikan Kos - Ahmad Maslan. Berikut merupakan 10 perkara yang dinyatakan :


  1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
  2. Subsidi enam jenis bahan asasi
  3. Bantuan kepada pesawah, nelayan, pesawit dan penoreh getah
  4. Pengurangan pemotongan cukai pendapatan
  5. Subsidi kesihatan
  6. Bantuan pendidikan
  7. Projek perumahan mampu milik
  8. Bantuan kepada penduduk miskin
  9. Dana untuk pembangunan usahawan 
  10. Kenaikan gaji dan bonus kepada penjawat awam.


Terdapat 10 Pakej Bantu Rakyat Tangani Kenaikan Kos - Ahmad Maslan
CYBERJAYA, 3 Jan (Bernama) -- Terdapat 10 pakej bantuan untuk rakyat yang disediakan kerajaan dalam membantu mereka menangani kenaikan kos pada masa kini dan akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata 10 pakej bantuan itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); subsidi enam jenis bahan asasi; bantuan kepada pesawah, nelayan, pesawit dan penoreh getah; pengurangan pemotongan cukai pendapatan; subsidi kesihatan; bantuan pendidikan; projek perumahan mampu milik; bantuan kepada penduduk miskin; dana untuk pembangunan usahawan serta kenaikan gaji dan bonus kepada penjawat awam.
Ahmad turut tidak menafikan susulan rasionalisasi bajet yang dibuat oleh kerajaan dalam mengurangkan kadar defisit negara baru-baru ini telah menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat iaitu minyak, gula dan tarif elektrik.
"Pada ketika kita melihat tiga perkara naik, kita jangan lupa semua perkara yang kita bantu itu, jadi saya harap kepada rakyat dan terutamanya pembangkang agar berlaku adil," katanya kepada pemberita selepas melawat kaunter Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini, hari ini.
Namun ujar beliau pakej bantuan ini telah dibuat bagi menolong rakyat untuk mencapai tahap pendapatan tinggi agar tidak terbeban dengan kenaikan kos pada masa depan.
"Jadi apa yang dibuat adalah demi jaringan keselamatan sosial dan apa yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat agar dapat menyerap kos yang meningkat di sana sini," katanya.
Ahmad berkata:"Saya tak nafi terdapat kenaikan ada tiga jenis item tersebut tapi saya difahamkan oleh Tenaga Nasional Berhad bahawa 70 peratus penggunanya tidak akan terlibat dengan kenaikan tarif tesebut,".
Jelasnya lagi RM400 juta penjimatan yang dibuat kerajaan melalui rasionalisasi subsidi gula telah dapat diguna untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat melalui tambahan jururawat, klinik baharu 1Malaysia dan klinik desa serta hospital baharu.
Tambahnya pengurangan subsidi bahan api juga telah menjimatkan sebanyak RM4.4 bilion yang kini dapat digunakan untuk BR1M, satu bentuk bantuan kerajaan yang lebih adil dan terarah kepada golongan yang memerlukan.
-- BERNAMA

Sabtu, 16 Mac 2013

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor. Pepagi lagi aku dah kuar. Sampai awal. Singgah makan dulu kat Tenggayun. Makan nasi lemak sotong ngan air milo. Baru tiga hinggit. Seronoknya makan sini.

Dah sampai, setelkan dulu ngan team pontian. Selaraskan ngan geng pencatat. Pastikan flow lancar. Alhamdulillah. Selesai semuanya dengan baik. For my part la. And, actually my part cuma buku program, banner dan backdrop jer pun. Kesian la pulak ngan pontian. En. Kamarudin pun minta bantu. Bantu la apa yang patut. Yang dapat nama, kita jugak kan...

For more ...
Sesi 1 : Ceramah | Sesi 2 : Forum | Sesi 3 : Mesyuarat Agong | Sesi 4 : Perasmian

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor

Persidangan Pendidikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Negeri Johor