Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel daftar pemilih

Pilihanraya Umum Ke-14 : Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan Luar Negara

Imej
Pilihanraya Umum Ke-14 : Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan Luar Negara KATEGORI PENGUNDI POS DALAM NEGARA TENTERA Anggota tentera & pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos. POLIS Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM & pasangan PGA dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos. PETUGAS MEDIA Anggota media yang bertugas membuat liputan penjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing. PETUGAS PILIHAN RAYA Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, petugas-p

Pilihanraya Umum Ke-14 : 9 Mei diisytihar hari kelepasan am tambahan

Imej
Pilihanraya Umum Ke-14 : 9 Mei diisytihar hari kelepasan am tambahan. Kerajaan mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Menurut Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU14 itu merupakan hari bekerja. “Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurut kenyataan itu. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme

Pilihanraya Umum Ke-14 : Semakan daftar pemilih bermula 16 April

Imej
Pilihanraya Umum Ke-14 : Semakan daftar pemilih bermula 16 April. Semakan maklumat daftar pemilih untuk mengetahui pusat dan saluran mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) boleh dibuat menerusi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), www.spr.gov.my bermula 16 April ini. Pemilih berdaftar juga boleh menyemak dengan menggunakan aplikasi MYSPR SEMAK atau menghubungi talian 03-88927018 atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) 15888. Daftar pemilih pilihan raya juga akan mula dijual pada tarikh tersebut. Tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara bagi kategori Borang 1A ialah pada 28 April, Borang 1C pula pada 23 April. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExpe