Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Polis tembak mati seorang anggota Geng Mamak

Polis tembak mati seorang anggota Geng Mamak

Imej
Polis tembak mati seorang anggota Geng Mamak. TAIPING 22 Jan. – Polis menembak mati seorang anggota dipercayai Geng Mamak manakala dua lagi ditahan ketika cuba melarikan diri daripada ditahan polis di persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Changkat Jering di sini hari ini.             Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta jenis Volkswagen Passat yang dinaiki tiga penjenayah tersebut kerana merempuh kereta polis. “Polis menembak seorang daripada penjenayah terlibat yang berusia 38 tahun dan meninggal dunia di tempat kejadian. “Dua lagi suspek masing-masing berusia 31 dan 35 tahun berjaya diberkas dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini. Menurut Osman, polis berjaya menumpaskan kumpulan tersebut selepas menerima laporan mengenai satu kes samun di Rasah, Negeri Sembilan pada pukul 11 pagi ini. K