Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Solat Sunat Tahiyatul Masjid Sebelum Duduk

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Sunat Tahiyatul Masjid Sebelum Duduk

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Sunat Tahiyatul Masjid Sebelum Duduk عَنْ أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ Dari Abu Qatadah As Salami, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk." (HR Bukhari No: 425) Status: Hadis Sahih Pengajaran 1.  Masjid adalah rumah Allah yang perlu dipelihara adab dan tatalaku ketika memasukinya. 2.  Pastikan kita memelihara hak masjid apabila kita memasuki masjid iaitu melakukan solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat sebelum duduk. 3.  Rasulullah SAW pernah ketika sedang berkhutbah, mengarahkan seorang sahabat yang masih belum solat sunat tahayatul masjid untuk melakukannya. Peliharalah hak masjid dengan menunaikan solat sunat tahiyatul masjid setiap kali mengunjunginya. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubaha