mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label sibuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sibuk. Papar semua catatan

Ahad, 22 Julai 2012

Bulan Julai yang over sibuk

mknace unlimited™ | Big Apple Jusco Bukit Indah
Mari pilih donut kat big apple
Awal bulan Julai ni tetiba menjadi sibuk. Sedari awal bulan sampai ke sebelum bulan puasa, jadual aku jadi sangat packed. Over packed! Bayangkan mula 2-3 aje dah sibuk mesyuarat di Putrajaya untuk Barisan hadapan. Baru ja balik dah mula sibuk dengan Dialog Nasional. Kena pulak jaga bahagian Publisiti dan Siaraya. Dari sebelum sehingga semasa. Jadi sangat sibuk. Habis ja Dialog sambung ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat MAP pulak. Adohai. Nak pulak drebar buat hal pagi tu. Dah kena drive sendiri. Balik Jemaat lepas ingatkan nak amik cuti, sekali ada awareness programme la pulak. Layan semua. Hari senin ni aku cuti. Tu pun tak tau sekiranya tetiba kena panggil. Harap harap dapat aku cuti hari senin tu. Dah over stress dah ni rasanya.

ps : Blog pun dah tak sempat nak dimaintain lagi. Tu kira OK lagi, yang sampai tak sempat call bini sendiri sapa nak jawab! Haaa... kau jawab la sendiri. Kui kui kui.

pss : hari ni banyak la entry entry terlepas akan aku masukkan. Watch out!!!



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 5 November 2011

Dapur dah mula sibuk

Biasalah, esok kan raya haji. Selamat hari raya haji... Terbaeekkk!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Rabu, 2 Februari 2011

Pabila masa mula memecut

Klik untuk gambar yang lebih besar
Foto dikopi dari deviantart
Alhamdulillah. Akhirnya petang semalam boleh dikatakan kebanyakan pusat pemindahan banjir di Johor Bahru mula ditutup. Untuk sekolah yang dijadikan pusat, semua sudah ditutup; terakhir pukul 1 petang semalam. Baru dapat tarik nafas lega sikit.

Bermula malam Ahad tu lagi, Bukit Mutiara, Kampung Laut dah mula naik air. Kawasan jajahan aku pulak air dah mula naik, tapi alhamdulillah; tengahari senin lagi air dah mula surut semula. Risau jugak kan. Tu pun bilik gerakan kitaorang dah mula sibuk sejak senin. 2 pusat dibuka membabitkan lebih 650 mangsa. Petang senin tu jugak aku setelkan sistem online untuk hapdet kedudukan terkini pusat pemindahan.

Pagi semalam memang turn aku untuk bertugas memantau keadaan banjir. Dedua pusat bawah jajahan aku jelajah. Alhamdulillah. Dedua pun dah boleh ditutup. Air pun dah mula surut, matahari pun dah keluar. Macam ustaz kat gelang patah cakap aku semalam, masa aku tinjau keadaan kat kampung pulai; dah mula surut dah ni. Apapun, masih kena standby jugak. Takut takut air naik semula di Johor Bahru.

ps : Aku amik cuti hari ni dengan plan awal nak gi mandi-mandi kat waterpark, macam tak kena la pulak. Adohaii!!

Enjoice...Sharing is power!!!

Selasa, 31 Ogos 2010

Hari yang paling sibuk

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 30 Ogos 2010
Masa : Sepanjang hari
Tempat : Pejabat aku
Mood : Waaaargghhh!!! Aku nak masa lagi!!!

Hari ni memang sibuk giler. Ni baru betul-betul tak cukup masa. Memacam aku nak kena setel hari ni jugak. So aku plan bebetul, supaya semua dapat siap on time. Sebab apa leh jadi lagu ni, sebab esok cuti merdeka, pastu aku akan ke Batu Pahat sampai jemaat, isnin kerja, selasa dah cuti raya.. haha.. dua hari jer aku ada kat pejabat. Yang senin depan tu tak kisah la.. Ni yang nak kena setel semua sebelum senin tu tiba lagu mana??

1. Surat cuti
Kalau aku tak setel hari ni macamana aku nak cuti minggu depan.. Kelakar giler.. Cuti dapat 4 hari saja. Maknanya aku amik selasa, rabu, khamis dan isnin minggu depannya. Isi borang, hantar kat cik hanafi mintak sokongan..

2. EMiS
Dengan site tengah pindah memindah, banyak la pulak nak kena maklum kat guru data suruh buat pembetulan. Lam kul 10, cik amizan bagi url baru EMiS. Terus maklum kat guru data. Lam masa yang sama masih check ralat yang ada. JB ni memang kurang guru, so; ralat biasa pasal subjek ajar tu dah jadi perkara biasa. Mana taknya.. asyik ubah jadual waktu jer kerjanya..

3. Data staf
EO bagi aku satu list.. Ada la dekat 80++ staf/guru yang maklumat dia tak berapa lengkap. So aku kena check sesatu. Pergghhh.. Ni la yang paling makan masa aku hari ni. Desperate beb.. Pasal aku minggu depan baru ada.. So nak tak nak aku kena cari maklumat 80 orang ni hari ni jugak.. Haiyooo.. Sib baik lam kul 4 dah setel..

4. Laman web
Ni yang last. Dah la hari tu aku cakap Isnin akan up, lupa la pulak banyak negeri cuti jemaat lepas. So, MyNic pun baru jer release aku nyer permohonan edu.my. Lam kul 4.30pm baru dapat emel kata semua dah lepas. So, petang tu tungkus lumus setelkan segala kerja belakang tabir.. Lam kul 10 malam ppdjb.edu.my dah on air.. Alhamdulillah.. Isnin jugak kan, walaupun malam.. hehehe..

Walaupun nampak 4 benda jer, tapi proses dia.. pergghhh.. memang tuhan jer yang tahu betapa azabnya aku nakkan ruang masa lam menyetelkan bender-bender nih.. Sib baik esok cuti.. dan dengan setelnya bender-bender ni, dapat la aku lepak sikit sampai isnin depan.. dah kata pun outstation kan..

Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 1 Mei 2010

Sibuk dan semakin sibuk

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarTerasa cam masa aku dok kat MRSM dulu la pulak. Setiap hari penuh ngan kerja jer. Hari cuti jer baru dapat bernafas. Tapi kalau dulu pantang sabtu ngan ahad; kalau takde pape.. aku leh tido satu hari penuh. Tapi tu citer masa jaman dedulu la.

Sekarang, benda yang sama cam berulang sekali lagi. Aku ada dua hari jer, yang bebetul aku dapat enjoy bersama family. Ye ker.. Ke dok lebih layan blogging? Maybe.. Layan buat bideo? Maybe.. Lum masuk layan camera, layan photoshop, layan manga?, layan muvi.. Adoiii.. Makna nya bukan dua hari ni aku perabiskan penuh untuk famili jer.. aku dah kena pandai untuk bahagikan untuk personal life aku jugak.. Camner nih.. Huhuhuhu..

Apa pun hari ni mama dah ajak ronda2 satu JB.. Jommm.. sebab aku leh combine semua lam satu.. Yihaaa...

ps : Photo pun amik dari blog adilkurnia.. boleh bro?..
Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 10 Februari 2010

Seharian tanpa kamera

©2010mknaceunlimitedHari ni, seharian; aku berjaya hidup tanpa memegang kamera. Benda yang paling tak suka adalah bila aku tak dapat ambik gambo. Kira hari ni memang menyedihkan. Banyak sangat benda nak buat sampai terlupa nak amik gambo..

Memula, seawal pagi lagi aku dah ada kelas. Pastu ada relief class. So, straight aku tak leh nak amik kamera. Lagipun dari pagi aku dok settle tiket untuk daftar zoom-a budak aku. Settle jer kelas ganti aku terus agih-agihkan tiket-tiket pendaftaran zoom-a. Pastu terus makan pasal masa rehat nanti aku nak uruskan pendaftaran zoom-a bebudak ni.

Settle jer pendaftaran semua, baru aku dapat tarik napas sikit. Masa ni la baru aku dapat haplodkan semua gambo-gambo sukan ke internet. Settle. Pastu usop lak mintak tolong pasal bola zon skudai ni. OK.. terus tolong dia. Print balik semua buku tahun lepas. Pastu pasal pendaftaran aku buat download online jer. Pastu pengurus emel jer balik ke emel sekolah aku. Senang sikit pengurusan semua tu.

Pastu anto iqa gi sekolah agama. Sambung balik hapdet laman web. Sedo-sedo dah jam 3.15. Pi la ambik iqa balik. Pastu sempat singgah kedai beli nasi lemak. Pas makan baring-baring jap. Sedo-sedo dah nak maghrib dah.. Hari ni rekod la buat aku pasal zip bawah beg lowepro aku langsung tak disentuh..

ps : gambo kamera yang digunakan adalah gambo kamera hazim.. tumpang tayang haaa...