Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KPPM

Buku Melangkah Ke Hadapan : Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2018

Imej
Buku Melangkah Ke Hadapan : Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2018 telah siap dicetak. Di bawah ini pautan untuk muat turun buku tersebut dalam bentuk ebook. Sila layari : https://drive.google.com/file/d/1RI3oxvI43K5THt7ybCH8QvdIekWFJLZc/view Selamat membaca! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

UPSR 2015: 38,344 Calon Dapat Semua A

Imej
UPSR 2015: 38,344 Calon Dapat Semua A Pencapaian keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata sejumlah 443,407 murid menduduki UPSR pada tahun ini dan murid yang mendapat semua Gred A meningkat 0.76 peratus, iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus pada tahun ini. Tahun lepas, 36,304 pelajar daripada 460,407 calon mendapat semua Gred A. "Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) UPSR meningkat sebanyak 0.02 mata, iaitu daripada GPN 2.29 pada 2014 kepada 2.27 tahun ini. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2015 di Kementerian Pendidikan di sini hari ini. -- BERNAMA Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Karnival Sukan GM1M di SK Seri Neting, Tumpat, Kelantan

Imej
Karnival Sukan GM1M di SK Seri Neting, Tumpat, Kelantan. Karnival Sukan GM1M telah dijalankan pada hari ini bertempat di SK Seri Neting, Tumpat, Kelantan. Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Karnival ini berlangsung bermula jam 8 pagi dengan Senamrobik Perdana. Banyak aktiviti menarik dijalankan sepanjang karnival. Karnival ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Tahniah dan syabas pada semua yang hadir dan terlibat dengan karnival ini. Jumpa lagi! Foto-foto dikongsi bersama oleh GM1M Kelantan.

Pelantikan baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Imej
  Pelantikan baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sekalung tahniah diucapkan kepada: YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia yang baharu. Sent from Samsung Mobile

Mesyuarat Penyelarasan GM1M Kebangsaan : Sesi Pengenalan Ketua Penggerak Negeri

Imej
Berikut merupakan foto foto semasa sesi perkenalan dengan semua ketua dan penolong ketua penggerak GM1M bagi setiap negeri. Sebelum balik semua ketua bersama pegawai bergambar kenangan terlebih dahulu... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Mesyuarat Penyelarasan GM1M Kebangsaan : Sesi Pembentangan

Imej
Ni dah lama. Cuma aku tak berkesempatan. So, sekarang dah ada masa, dapatla aku share balik yang berapa banyak aku tak sempat nak haplod dulu tu. Ni merupakan sesi pembentangan hasil daripada sesi bengkel petang sebelumnya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Mesyuarat Penyelarasan GM1M Kebangsaan : Sesi Perbincangan bersama KPPM

Imej
Sesi 4 : Sesi bersama KPPM Berikut adalah beberapa perkara yang dibincangkan oleh Y.Bhg. Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Guru perlu bekerja seperti golongan profesional. 1. Peka pada persekitaran. Peka dengan perubahan generasi. Perlu pelbagaikan kaedah ikut persekitaran/generasi. 2. Sentiasa tidak puas dengan keberhasilan kerjanya. Melatih murid menjadi cemerlang perlu gurunya juga cemerlang. Cemerlang - go beyond. 3. Pereka paradigma - meneroka penyelesaian / perkara yang belum diterokai. Jangan cari alasan, bina impian. - perlu ada impian - bolehkah kita membina impian - untuk siapa? bermula dengan Individu, organisasi, kementerian barulah negara. - apa yang dapat dibuat  Guru sebagai barisan hadapan dalam memastikan visi dan misi KPM tercapai. Guru adalah wajah KPM. Kumpulan GM1M akan menjadi support group, kumpulan yang saling menyokong antara satu sama lain. Via Blogger P