mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label masyarakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masyarakat. Papar semua catatan

Khamis, 1 Januari 2015

2015: Najib Berharap Untuk Membina Sebuah Masyarakat Yang Lebih Selamat, Makmur Dan Saksama

2015: Najib Berharap Untuk Membina Sebuah Masyarakat Yang Lebih Selamat, Makmur Dan Saksama


KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan harapan untuk membina sebuah masyarakat yang lebih selamat, makmur dan saksama tahun depan dengan memberi tumpuan terhadap kehidupan dan keperluan rakyat.

Perdana menteri, dalam mesej akhir tahun dalam blog beliau, www.najibrazak.com, hari ini berkata dalam bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang, fokus beliau adalah mengenai rakyat.

"Walaupun prestasi ekonomi Malaysia adalah luar biasa, saya sedar bahawa rakyat sentiasa tidak merasakan mereka mendapat bahagian mereka daripada kejayaan negara kita.

"Oleh itu, di samping usaha-usaha kita untuk memperkukuhkan ekonomi kita dengan meningkatkan pendapatan, mengurangkan perbelanjaan, dan meningkatkan produktiviti, kita juga akan berusaha mengurangkan ketidaksamaan dengan mengurangkan jurang di antara yang kaya dan miskin," katanya.

Najib berkata beliau yakin ekonomi Malaysia akan terus berkembang dan membawa lebih banyak peluang pekerjaan dan mutu kehidupan yang lebih baik kerana asas-asas yang kukuh dan dasar-dasar kerajaan yang jelas dan konsisten.

"Ekonomi kita berada di landasan yang betul untuk tumbuh sebanyak 5.7 peratus tahun ini, dan 4.7 peratus pada 2015. Defisit kita menurun, simpanan kita kukuh; kita mempunyai institusi kewangan yang boleh dipercayai, kadar pengangguran yang rendah dan kadar pelaburan asing yang memberangsangkan.

"Ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang baik bagi menghadapi sebarang cabaran," katanya.

Najib berkata Malaysia perlu lebih proaktif bagi membina sebuah ekonomi yang berdaya tahan yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Dengan perkembangan global yang membawa masalah kepada banyak negara, saya gembira bahawa kita telahpun mengambil pelbagai langkah untuk melindungi ekonomi kita. Baru minggu lepas, Bank Dunia mengesahkan bahawa Malaysia kekal dalam kedudukan yang kukuh sebenarnya kerana tindakan kita merasionalisasi subsidi," katanya.

Beliau berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan diperkenalkan April tahun depan, akan membantu memperkukuhkan kewangan kerajaan supaya Malaysia dapat meneruskan perbelanjaan yang produktif atas perkara-perkara seperti membina jalan raya, sekolah-sekolah dan hospital-hospital untuk manfaat rakyat.

"Dan di samping CBP, kita akan meneruskan pembaharuan untuk menjadikan ekonomi kita lebih kompetitif, yang akan membawa lebih banyak peluang untuk perniagaan kita, dan pendapatan tinggi untuk rakyat," kata beliau.

Bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia berikutan meningkatnya ancaman kumpulan pengganas, Najib berkata kerajaan telah memperkenalkan Kertas Putih Keganasan yang baharu dan juga memperkukuhkan kerjasama negara dengan agensi-agensi perisikan asing.

"Tanggungjawab saya yang paling besar sebagai perdana menteri adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia. Kedudukan kita cukup jelas, kita menolak apa yang dipanggil Islamic State. Kita menolak negara ini yang ditakrif oleh pelampau. dan kita mengutuk keganasan yang sedang dilakukan di atas nama Islam," katanya.

Mengenai bencana banjir di beberapa buah negeri, Najib berkata keutamaan kerajaan adalah untuk membantu rakyat yang memerlukannya sekarang, dengan bekalan dan bantuan bagi mereka yang terkandas atau dipindahkan, dan sokongan kewangan, supaya rakyat mendapat kembali kehidupan mereka seperti sebelum ini.

Tahun depan, keutamaan kerajaan adalah untuk membina semula infrastruktur, perniagaan dan kediaman yang rosak secara mesra alam, supaya bencana banjir pada masa depan tidak serupa kali ini ataupun lebih buruk.

Najib berkata Malaysia akan memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ehwal di rantau ini dan di dunia dalam tahun-tahun akan datang.

"Tahun depan kita akan menjadi pengerusi ASEAN, dengan kita bersedia untuk melancarkan Komuniti ASEAN. Pada 2015, di bawah kepengerusian Malaysia, kita akan meletakkan asas untuk integrasi serantau yang lebih kukuh. Bagi penduduk ASEAN, ini bermakna lebih banyak peluang dan lebih banyak pekerjaan dan cara yang lebih mudah untuk menjalankan perniagaan.

"Pada 2015, kita akan menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC). Jauh daripada hanya lencana kebanggaan diplomatik, ini adalah peluang Malaysia untuk menyatakan sokongan kita terhadap objektif utama, termasuk menjamin masa depan yang lebih bermaruah untuk rakyat Palestin dan memberikan sumbangan yang sebenar kepada masalah keselamatan global," kata Najib.

Najib menyifatkan 2014 sebagai tahun paling mencabar dalam karier beliau dan satu daripada tahun-tahun paling sukar dalam sejarah Malaysia dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, dan kemusnahan Penerbangan MH17.

"2014 ada membawa kemakmuran kepada Malaysia, namun ia juga tahun di mana kita bersatu dalam kesedihan. Saya percaya kita akan dapat keluar dengan lebih kuat dan lebih berazam, daripada tragedi kembar ini.

"Di masjid-masjid, gereja dan kuil, di pasar raya dan online, respons rakyat Malaysia terhadap tragedi-tragedi ini sebagai satu. Kita telah diuji dengan bencana namun semangat rakyat negara ini kekal kukuh," katanya.

Penerbangan MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac manakala Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Mengenai tragedi pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501, Perdana Menteri berkata: "Ingatan kita adalah bersama-sama dengan saudara-saudara kita di Indonesia."

Di tengah-tengah tragedi itu, terdapat kemuncak pada 2014, termasuk ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik negara dengan China dan lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 21 Jun 2014

Kembara Mahkota Johor 2014 - Day 1


Kembara Mahkota Johor 2014 - Day 1
21 Jun 2014 (Sabtu)

0800 – 0900 pagi :
DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Rabu, 11 Jun 2014

JAKIM sahkan Bihun Masjid tidak mempunyai sijil halal

JAKIM sahkan Bihun Masjid tidak mempunyai sijil halal. Satu-satu terbongkar. Apa nak jadi sekarang ni?


Petikan dari Berita Harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2014061106430320140611064303/Article

‘Bihun masjid’ tiada sijil halal JAKIM
Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Syed Azwan Syed Ali
Kilang didakwa kotor menjijikkan
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk ‘Bihun Istimewa’ yang menggunakan lambang masjid tidak mempunyai sijil halal.
Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, berkata pemeriksaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam mengenai isu kilang bihun kotor dan jijik guna logo halal yang tersebar di laman sosial.
“Produk ini didapati menggunakan logo halal sendiri pada pembungkusan yang bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
“Syarikat terbabit bukanlah pemegang sijil pengesahan halal Malaysia dan tidak pernah mempunyai sijil halal,” katanya dalam kenyataan disiarkan di laman sosial Facebook milik JAKIM, semalam.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayuddin, berkata syarikat yang menggunakan logo halal palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan kerana mengelirukan pengguna Islam.
Denda maksimum RM5j
Ini termasuk denda maksimum RM5 juta ke atas syarikat terbabit, atau denda maksimum RM1 juta atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu jika terbukti menggunakan logo halal tanpa kelulusan JAKIM.
Katanya, siasatan dilakukan sebaik pihaknya menerima maklumat mengenai penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun itu kotor di laman sosial semalam.
Katanya, siasatan KPDNKK tertumpu kepada aspek memberi kenyataan palsu mengenai status halal dan penggunaan logo halal yang tidak dikeluarkan oleh JAKIM.
“Undang-undang tidak membenarkan mana-mana pihak mengeluarkan kelulusan halal kecuali JAKIM. Kita juga lihat dari aspek syarikat terbabit beri gambaran palsu bahawa produknya adalah halal.
“Saya masih tunggu laporan penuh pegawai penyiasat yang dihantar ke kilang itu petang tadi (semalam), jika ada kesalahan tindakan tegas akan diambil,” katanya.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Kerajaan sedia RM3000 tanpa faedah melalui Skim Pinjaman Bazar Ramadan 2014

Kerajaan sedia RM3000 tanpa faedah melalui Skim Pinjaman Bazar Ramadan 2014.

Sempena tibanya bulan Ramadan, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Permohonan Skim Pinjaman Bazar Ramadan (Mikro-i) 2014 dengan tujuan membantu kalangan penjaja dan peniaga di seluruh Malaysia.

Kaedah Permohonan Pinjaman Mikro-i Bazar Ramadan 2014

  1. Daftar di mana-mana cawangan Bank Rakyat.
  2. Daftar melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.

Pinjaman tanpa faedah sehingga 3,000
Tempoh bayaran balik dalam masa 2 bulan
Bayaran balik iaitu 50 peratus perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50 peratus lagi sebulan selepas bulan Syawal.





Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free