Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel celebration

My Photobook Malaysia Large Format Prints

Imej
My Photobook Malaysia Large Format Prints. First time aku buat large format prints ni. Biasanya aku buat custom album ja. Hari tu mama sibuk dok suruh print beso. Check photobook. Ada. 2 x 3 kaki maks. Belasah aje ler. Dalam tu dok terpikir camne la dia ngantor. Semalam. Terjawab sudah. Dalam tiub tu. Aku nyer part dah selesai. Mama punya part pulak nak frame gambo ni. Chaiyok! Lupa pulak. Jangan sampai aku lupa lagi udah la. Masih ada hutang 4 A3 print dan 1 custom album. Bukan hutang apa. Dah siap bayo tapi lum submit lagi. Senang cerita. Apa pun aku tak buat lagi. Huhuhu. Lam kepala tengah mikir nak print gambo raya ke gambo 4 baby aku tu. Kekeke.

Raya raya @ Tun Aminah

Imej
Raya raya @ Tun Aminah. Selesai di Lima Kedai, lajak terus ke Tun Aminah. Rumah Cik Wi pulak. Sakan kat sini. Adik Inaz dengan kucen. Siap ada kucen depan, kucen belakang, kucen belah tengah. Sambung sesi makan makan. Sambung sesi photoshoot. Layannnzzz... Call ucu. Takde. Dah sampai Batu Pahat. Mak Yang call. Nak sampai rumah. So. Stop dulu sesi raya raya ni.

Raya raya @ Lima Kedai

Imej
Raya raya @ Lima Kedai. Ya. Sesi pertama kami di rumah pak lang di Lima Kedai. Nenek Yang Melaka pun ada. Ramai lagi yang ada. Pak Ngah Man ada. Cik Uji ada. Cik Wi pun ada. Meriah wa cakap lu. Ziqri pun tensen ja kat sini terganggu dengan Iman. Kekeke.

Photoshoot Aidilfitri 2016

Imej
Photoshoot Aidilfitri 2016. Makanya, lepas sesi bersalaman kita terus buat sesi photoshoot ni. Memang cabaran besar, cam biasala. Bagi yang ada anak anak kecik la kan. Dua tiga kali itu biasa. Tu pun belum tentu la dapat apa yang dihajati. Hehehehe. Bertabah la.

Solat Sunat Aidilfitri @Surau Nur Taufik

Imej
Solat Sunat Aidilfitri @Surau Nur Taufik. Pagi tadi berjalan kaki aje ke surau nur taufik. Berdepan rumah sahaja. Boleh tahan ramai orang. Semasa khutbah hujan rahmat mencurah turun. Alhamdulillah. Sejuk kita pagi ni.

Bunga Api malam 5 Julai

Imej
Bunga Api malam 5 Julai. Kali ni lebih sikit. Dah ramai kebudaks kan. Gasak la. Sampai dah tak tau nak main macam mana lagi. Iqa sibuk ngan posing pelbagai gaya dia. Yang kebudaks lain sibuk ngan main tiup pelita pasang balik pakai bunga api. Sampai last last tak tau nak main apa, pakat bako plastik. Ish ish ish. Sikit sangat tak kena. Banyak sangat pun tak kena. Gasak la labu.

Persiapan lauk pauk raya bermula

Imej
Persiapan lauk pauk raya bermula. Tengahari tadi bermula la acara kat dapur. Bawang, halia dan segala yang diperlukan dipersiapkan, Target akhir, sup tulang, ayam masak kicap, rendang daging untuk petang ni. Alhamdulillah. Semua setel. Pak Ngah dan Mak Ngah pun ada. Meriah.

Carian saat akhir bahan kuih

Imej
Carian saat akhir bahan kuih. Orang kata biar fresh sikit. Dah dekat dekat buat baru fresh sikit kan. Hehehe. Boleh tahan ramai jugak orang mencari benda yang sama. Awalnya nak gi Mydin. Leh aku usyar bunga api sekali. Tapi mama nak cepat. So. Pilih yang dekat aje. Setel bahan kuih. Singgah sebelah je untuk beli buah. Nenas dia jual sebijik RM1.50. Amik aje la.Pastu tak lupa segala bekas, pinggan mangkuk pakai buang kat kedai sebelah warung JDT sinun. Baru la aku tau kewujudan dua pintu stor barang dia aje sebelah menyebelah tu. Hehehe.

Bunga Api Malam 3 Julai

Imej
Bunga Api Malam 3 Julai. Sambung lagi dengan lebih ramai orang. Ucu pun ada. Wani pun join pada awalnya. Sekali dah keluar api terus dia takut. Lari masuk dalam. Iqa langsung tak join malam ni. Sibuk dok buat kad raya nak kasi mentor dia. Last last tinggal iqi ngan inaz ja. Layan jer ler.

Langsir 3 jajahan

Imej
Langsir 3 jajahan. Sampai 3 jajahan. Jangan tak percaya. 1 layer 1 jajahan. Layer paling depan belinya di Kamdar, Angsana mari. Paling latest. Takde yang ni tak siap la langsir 3 layer ni. Layer tengah asalnya dari Nilai 3. Nun jauh di Negeri Sembilan. Yang pertama dibeli. Dah tak ingat bila. Dan layer yang terakhir datangnya dari Jakel Uda. Sampai 3 tempat. Waktu yang berbeza. Memang hebat tul pemikiran mama ni. Walau masanya tak sama. Masih dapat rancang tu. Penat menjahit dari semalam.

Kad Raya Khas untuk bos

Imej
Kad Raya Khas untuk bos. Khamis lepas saja bantu bos. Cuma masa sangat tak mengizinkan. Dari pagi sampai ke petang ada program. Balik ada a bit problem dengan PC. Dah masuk ICU. Alomak. Bukak laptop. Manja pulak. Dah aku wat kerja ngan pintu ternganga. Kasi angin masuk la katakan. Setel 3 design. Mana yang bos kata dia nak yang tu aku terus emel ke pencetak. Alhamdulillah. Selesai. Adjust jugak untuk just send thru media sosial. Done. Sori bos. Banyak pulak masalah kali ni. Habis semua yang dirancang awal terbang. Tensen punya hal. Hehehe.

Bunga Api Malam 2 Julai

Imej
Bunga Api Malam 2 Julai. Dah mula dah sesi bermain. Fiqri pun join. Tapi jap je. Yang banyaknya si iqi ngan si inaz. Iqa sibuk berselfie ja. Hehehehe. Dah nampak menurun dari sapa la pulops. Bukan part selfie tu. Part amik gambo tu.

4 Julai tarikh lihat anak bulan Syawal

Imej
4 Julai tarikh lihat anak bulan Syawal. Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ditetapkan pada petang Isnin, 4 Julai bersamaan 29 Ramadan 1437 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini. Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen,"

Pelita 7 Likur Ziqri

Imej
Pelita 7 Likur Ziqri. Bukan nak masuk bertanding pun. Sekadar suka suka. Meriah sikit. Jalan pun terang. Suka iqi nengok. Si montel lum nengok lagi ni. Mesti dia pun suka.

Happy Diwali

Imej
Image credited to indialine.com Happy Diwali to all my Hindu's friend where ever you are. p/s : And what am I doing right now? Not at the glorious 5 couple reception wedding ceremony, but laying down on my bed; browsing facebook, reading on-line comic books; with my head spinning heavily and tissue on my running nose. Whatever...

Hari Anugerah Q PPD Johor Bahru 2008

Imej
Bertempat di Dewan Jabatan Laut Wilayah Selatan Hari Anugerah Q PPD Johor Bahru 2008 telah dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang Pendaftaran Test picture / place Sarapan pagi disediakan di luar dewan Briefing on presentation penerimaan anugerah Rehersal sambutan luar dewan Pemeriksaan Perbarisan Aturcara sambutan luar dewan Tetamu disambut dengan persembahan tarian zapin Juruacara Majlis Nyanyian lagu oleh koir Bacaan doa Ucapan PPD Johor Bahru Ucapan dan perasmian oleh Pengarah JPN Johor Persempahan pelajar Penyampaian Anugerah Q Cenderahati Group photo Jelajah perairan Johor Slideshow