mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label DOKUMEN AWAL PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOKUMEN AWAL PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN. Papar semua catatan

Selasa, 31 Januari 2017

DOKUMEN AWAL PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN


DOKUMEN AWAL PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN. Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) yang dibangunkan merupakan dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan. PIPPK bersifat fleksibel untuk memenuhi keperluan kompetensi individu, keperluan organisasi dan standard semasa yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu.

PIPPK dapat memberi panduan bagi memotivasikan PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Pelan ini merupakan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan PPP terus kekal berkualiti sepanjang perkhidmatan. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan pilihan utama.

PIPPK ialah dokumen rujukan utama dalam pelaksanaan pembangunan profesionalisme keguruan. Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan [PPPB (Guru dan Pemimpin Sekolah)] yang diterbitkan oleh KPM pada tahun 2014 merupakan dokumen pengoperasian pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) yang mengandungi transformasi amalan dan strategi pelaksanaan PPB bagi guru dan pemimpin sekolah.

Buku PIPPK mengandungi lima bab iaitu:

Bab 1: Profesionalisme Keguruan
membincangkan kerjaya guru sebagai kerjaya profesional yang menitikberatkan penguasaan PPP daripada aspek pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesionalisme. Dalam proses pembangunan kerjaya, PPP diberi sokongan untuk pembangunan diri dan berpeluang memilih laluan kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi. Bab ini juga membentangkan Laluan Kerjaya Baharu untuk PPP yang merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Kepimpinan dan Kepakaran Pendidikan.

Bab 2 : Peta Laluan Latihan
memaparkan Peta Laluan Latihan (Training Road Map) yang perlu diikuti oleh PPP pada setiap laluan dan gred yang disandang. Peta ini dibangunkan berasaskan laluan kerjaya PPP dan menetapkan cadangan aktiviti PPB yang dikategorikan kepada lima iaitu PPB Asas, Pembangunan Kompetensi, Keperluan Dasar/Khusus, Pelengkap dan Elektif.

Bab 3 : Pembangunan Kompetensi
menjelaskan PPP hendaklah kompeten dalam bidang tugas mereka yang disenaraikan dalam deskripsi tugas dan memastikan standard prestasi dipenuhi. PPP diwajibkan mengikuti aktiviti PPB bagi meningkatkan kompetensi agar tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkesan. Prestasi PPP diukur melalui Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Hasil penilaian ini menjadi asas dalam mengenal pasti keperluan mengikuti PPB bagi pembangunan kerjaya dan kompetensi PPP.

Bab 4 : Pembangunan Profesionalisme Berterusan
memperincikan pelaksanaan PPB. Model PPB merupakan kerangka rujukan dalam pelaksanaan PPB. Secara umum, aktiviti PPB dilaksanakan atas inisiatif kendiri, organisasi dan Kementerian. Inisiatif berasaskan kendiri akan dititikberatkan dan diutamakan menjelang Gelombang 3 pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Bab 5 : Tadbir Urus Pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme
menjelaskan pengurusan pembangunan profesionalisme pada peringkat KPM. Bab ini memperincikan peranan penting Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) KPM dalam pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memastikan implementasi dasar-dasar latihan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya.

Dokumen awal PIPPK boleh dimuat turun melalui pautan berikut : http://www.moe.gov.my/images/pemberitahuan/2016/PIPPK-2016.pdf

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,