mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 1435h. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1435h. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Oktober 2014

Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia

Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd

1. Alhamdulillah, segala pujian dan penuh kesyukuran hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, jua buat sekalian keluarga serta sahabat baginda.

2. Bertepatan dengan nama Aidil Adha itu, perayaan agung ini diikoni oleh dua ibadah besar iaitu ibadah haji dan ibadah sembelihan korban. Intisari kedua-dua ibadah ini ialah sifat dan semangat pengorbanan demi mencari redha Allah dan meninggikan syiar serta syariat agama Allah. Pengorbanan ini, melangkaui dimensi material dan jasadi, malahan ia merangkumi sama aspek jiwa-rohani kita sebagai hamba.

3. Demikianlah kita mengiktibari semangat pengorbanan silam, untuk kita garap dalam perjuangan kita memakmurkan negara yang tercinta ini dengan berteraskan keadilan dan keharmonian. Tiga rencah utama wasatiyyah iaitu keadilan, seimbang dan cemerlang tetap kekal menjadi nilai dalam membangunkan negara Malaysia ini. Kita akan terus beriltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif, maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 nanti.

4. Sebagaimana yang saya ikrarkan di dalam debat umum pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-69 di New York baru-baru ini, Malaysia akan terus berpegang erat dengan pendekatan kesederhanaan sebagaimana yang digariskan oleh agama Islam. Kita bertekad untuk meneruskan agenda transformasi negara, yang mana ini tentunya memerlukan komitmen dan kesediaan untuk melakukan pengorbanan yang tinggi daripada kita semua.

5. Dalam masa yang sama, kita sedia untuk berkorban masa dan jiwa bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran yang kita kecapi akan terus dipertahankan. Perlembagaan negara serta kedaulatan raja-raja akan kekal menjadi jatidiri bangsa Malaysia. Pengkhianatan mahupun pencerobohan daripada sesiapapun ke atas kedaulatan ini akan kita tentang dengan tegas dan tuntas.

6. Pada kesempatan ini, saya dan keluarga mendoakan, buat mereka yang berada di Tanah Suci, selamat mengerjakan ibadah haji dan semoga mendapat Haji Akbar yang mabrur. Manakala kepada yang berada di tanah air, marilah kita hiasi hari raya ini dengan takbir dan tahmid, sama-sama melaksanakan solat Aidil Adha serta melakukan ibadah korban. Semoga sembelihan korban kita ini benar-benar diterima oleh Allah SWT serta meneguhkan lagi takwa kita.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


PERUTUSAN IDUL ADHA 1435H YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI

PERUTUSAN IDUL ADHA 1435H
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulilah, Allah SWT masih memberikan kesempatan kepada kita untuk sama-sama merayakan Idul Adha atau Hari Raya Korban yang penuh barakah pada tahun ini. Idul Adha merupakan hari yang Allah SWT syariatkan untuk kita bersama-sama mengenang harga sebuah pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Ibadah korban yang dilaksanakan sempena Idul Adha merupakan lambang semangat pengorbanan yang perlu ada pada setiap umat Islam, yang akan memperoleh keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Ibadah korban juga merupakan tanda kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Ia juga memperingatkan kita tentang rezeki yang dikurniakan oleh Nya, agar umat Islam lain yang kurang berkemampuan dapat sama-sama berkongsi kenikmatan yang diperolehi.

Pengajaran penting yang mesti dihayati oleh seluruh umat Islam sempena Idul Adha ialah kita mestilah sentiasa patuh dan taat kepada segala titah perintah Allah s.w.t. sepertimana patuh dan taatnya Nabi Ibrahim a.s dalam peristiwa pengorbanan Nabi Ismail a.s. Ketaatan kita kepada perintah Allah s.w.t hendaklah dizahirkan dengan cara menjunjung syariat Islam yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan Al-Sunnah dan menadikan ajaran Islam yang syumul sebagai cara hidup kita.

Semoga kita semua akan dapat mencontohi sifat kehambaan dan ketakwaan kepada Allah SWT seperti yang telah ditunjukkan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.

Alhamdulilah pada tahun ini saya, isteri dan seisi keluarga amat bertuah kerana berpeluang menjadi tetamu Allah SWT di tanah suci Mekah. Sementara saya di sini, saya berdoa kepada Allah SWT agar Malaysia sentiasa dilimpahi dengan nikmat kemakmuran dan keamanan, dimurahkan rezeki ke atas seluruh rakyatnya dan dijauhi daripada segala musibah dan bala bencana.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan taulan, sahabat handai, ahli keluarga dan rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan saya sekeluarga selama berada di tanah suci. Semoga anda semua sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah s.w.t.
Selamat Hari Raya Idul Adha daripada saya sekeluarga buat seluruh umat Islam di Malaysia.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ YASSIN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 3 Oktober 2014

Salam Aidiladha 1435h 2014



Salam Aidiladha 1435h 2014 pada semua saudara, adik beradik, rakan taulan, dan tak dilupa pengunjung blog ini. Selamat hari raya!

Selasa, 29 Julai 2014

Raya kedua yang hampir non-stop


Raya kedua yang hampir non-stop. Perghhh... Hampir non-stop tetamu hadir hari ni. Yang bestnya ngam ngam dan tak bertembung. Satu demi satu hadir. Baru pulang. Datang yang next. Terus kensel nak jalan raya hari ni. Malam ni tak tahu lagi ler. Meriah tul ini tahun.

Sabtu, 26 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H 2014M


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H 2014M. Setiap tahun dah jadi satu kemestian. Walaupun ramai yang kata aku ni olskool. Tak kisah la kan. Aku suka mender mender cenggini. Kad dah pun dihantar pada si penerima. Pada yang lain, yang mengenali diri ini, secara lahiriah atau maya, rakan-rakan maya, pembaca blog, rakan-rakan, saudara mara, minta maaf zahir dan batin pada semua; Selamat Hari Raya Aidilfitri. Muahhhsss..

ps : yang balik beraya, tersangkut jam, banyakkan bersabar. ingat orang yang tersayang. Biar lambat asalkan selamat.




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free