mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label JAKIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JAKIM. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2015

Kod E di label makanan, halal?

Kod E di label makanan, halal?


Apa itu Kod E pada label makanan? Ramuan/aditif makanan dengan kod E adalah haram? Banyak persoalan bermain dan diviralkan di media sosial sejak kebelakangan ini. Sebenarnya, melabelkan semua aditif makanan berkod E sebagai haram adalah TIDAK TEPAT. Sempat layari sumber dari JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Yok kita layan jap.

Apakah Makanan Halal?
Sebagai pengguna Muslim, sudah tentu kita ingin mendapatkan makanan yang halal sebagai sumber tenaga harian kita. Perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam soal ramuan sesuatu makanan itu adalah mengenal pasti sumbernya sama ada ia halal atau tidak.
Sesuatu makanan yang halal diperoleh daripada sumber yang halal iaitu yang berlandaskan hukum syarak :
  1. Daripada haiwan yang halal dimakan
  2. Daripada haiwan halal yang telah disembelih mengikut syarak
  3. Tidak dihasilkan daripada proses pembuatan arak
  4. Bukan daripada najis, darah dan bangkai
  5. Bukan daripada mana-mana bahagian manusia atau hasil daripadanya (contoh : rambut)
  6. Selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.

Bagaimana Untuk Mengetahui Makanan Yang Dimakan Adalah HALAL, SELAMAT DAN SUCI?
Di Malaysia, kita boleh mendapatkan makanan halal dengan cara mengenal pasti logo HALAL Malaysia atau badan Islam yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada label makanan tersebut.
  • Melalui pengesahan logo tersebut, kita sebagai pengguna telah diberi jaminan bahawa setiap produk tersebut telah menjalani pemeriksaan ketat dan terperinci bermula daripada penerimaan bahan mentah sehingga ke peringkat pengedaran produk.
  • Kita juga tidak perlu bimbang mengenai sumber bahan ramuan bagi produk tersebut kerana pihak berkuasa telah memastikan ia diperoleh daripada sumber yang halal.
Namun begitu, tidak semua produk di pasaran mempunyai sijil halal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai status halal sesuatu produk, anda perlu menyemak senarai ramuan pada label pembungkusan produk tersebut dan kenal pasti sumbernya.
Jika dilihat pada label pembungkusan makanan anda, banyak terma yang kedengaran asing pada pengguna awam apatah lagi untuk mengenal pasti adakah ia bersumberkan haiwan atau tidak.
Selain daripada komponen utama produk, terdapat bahan yang ditambah dalam makanan untuk tujuan tertentu dan ia dikenali sebagai ADITIF MAKANAN.

Rabu, 11 Jun 2014

JAKIM sahkan Bihun Masjid tidak mempunyai sijil halal

JAKIM sahkan Bihun Masjid tidak mempunyai sijil halal. Satu-satu terbongkar. Apa nak jadi sekarang ni?


Petikan dari Berita Harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2014061106430320140611064303/Article

‘Bihun masjid’ tiada sijil halal JAKIM
Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Syed Azwan Syed Ali
Kilang didakwa kotor menjijikkan
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk ‘Bihun Istimewa’ yang menggunakan lambang masjid tidak mempunyai sijil halal.
Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, berkata pemeriksaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam mengenai isu kilang bihun kotor dan jijik guna logo halal yang tersebar di laman sosial.
“Produk ini didapati menggunakan logo halal sendiri pada pembungkusan yang bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
“Syarikat terbabit bukanlah pemegang sijil pengesahan halal Malaysia dan tidak pernah mempunyai sijil halal,” katanya dalam kenyataan disiarkan di laman sosial Facebook milik JAKIM, semalam.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayuddin, berkata syarikat yang menggunakan logo halal palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan kerana mengelirukan pengguna Islam.
Denda maksimum RM5j
Ini termasuk denda maksimum RM5 juta ke atas syarikat terbabit, atau denda maksimum RM1 juta atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu jika terbukti menggunakan logo halal tanpa kelulusan JAKIM.
Katanya, siasatan dilakukan sebaik pihaknya menerima maklumat mengenai penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun itu kotor di laman sosial semalam.
Katanya, siasatan KPDNKK tertumpu kepada aspek memberi kenyataan palsu mengenai status halal dan penggunaan logo halal yang tidak dikeluarkan oleh JAKIM.
“Undang-undang tidak membenarkan mana-mana pihak mengeluarkan kelulusan halal kecuali JAKIM. Kita juga lihat dari aspek syarikat terbabit beri gambaran palsu bahawa produknya adalah halal.
“Saya masih tunggu laporan penuh pegawai penyiasat yang dihantar ke kilang itu petang tadi (semalam), jika ada kesalahan tindakan tegas akan diambil,” katanya.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free