mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Kembara Mahkota Johor 2014 - Laluan dan aturcara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara Mahkota Johor 2014 - Laluan dan aturcara. Papar semua catatan

Rabu, 18 Jun 2014

Kembara Mahkota Johor 2014 - Laluan dan aturcara


Kembara Mahkota Johor 2014 - Laluan dan aturcara. Kembara Mahkota Johor (KMJ) adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda. KMJ kali ini akan berlangsung dari 21 sehingga 24 Jun 2014, dengan jumlah keseluruhan perjalanan Kembara Mahkota Johor 2014 edisi yg ke-17 adalah sejauh 858 kilometer.

Bagi KMJ edisi yg ke-17 ini, Tuanku membuat kelainan dengan menaiki bas untuk menjelajah ke seluruh pelusuk Negeri Johor. Terdapat 11 cenderamata menarik yang akan diberikan sepanjang program KMJ antaranya bendera tangan Johor / bendera card board / paddle sign / button badges / coller pin / wrist band / pong–pong stick / thumbler / air freshner / mafla dan topi. Aturcara menarik sepanjang KMJ kali ini.

  • Sukan-sukan rakyat
  • Terdapat juga klinik bola sepak jdt di Muar dan Batu Pahat pada hari ke-3
  • Klinik bola sepak JDT di Stadium Mini Pontian pada hari ke-4
  • dan berbagai-bagai lagi acara yang telah di aturkan oleh daerah

DYMM Tuanku berkenan bersemayam di dalam bas sepanjang program KMJ. Jangkaan 4 buah bas , 6 caravan beberapa buah kenderaan unit sokongan dan yang istimewa DYMM Tuanku menyediakan sebuah caravan yang dikenali sebagai soft aiskrim yang akan diagihkan kepada orang ramai di tapak- tapak majlis KMJ. Turut disertai oleh unit-unit sokongan terdiri daripada PDRM, bomba, JPJ, PBSM, SAJ, Kementerian Kesihatan.

Pada tahun ini juga KMJ memperkenalkan konsep ”pit stop” yg merupakan kaedah mempromosi KMJ dan memberi peluang kepada rakyat yang berada jauh dari lokasi majlis mendapatkan cenderahati KMJ dengan menghadirkan diri di lokasi-lokasi ”pit stop”. Seramai 26 orang ketua jabatan dari jabatan negeri dan persekutuan akan turut serta dalam rombongan kali ini. Terdapat 10 pit stop yg telah di kenal pasti.

Pit Stop Hari pertama

  • Pit Stop 1 – Dataran Bandaraya Johor Bahru
  • Pit Stop 2 – Gerai makan Pekan Bukit Batu, Kulaijaya
  • Pit Stop 3 – Pintu gerbang steel (depan kedai Seng Heng ) bertentangan Kip Mart Kota Tinggi
  • Pit Stop 4 – Taman Wawasan, Mersing (Pasaraya Tunas Manja)

Pit Stop Hari kedua

  • Pit Stop 5 – Kawasan putu bambu, Pekan Air Hitam, Batu Pahat
  • Pit Stop 6 – Terminal bas & teksi Pekan Chaah, Segamat

Pit Stop Hari ketiga

  • Pit Stop 7 – Tapak Pasar Tani, Serom 3, Muar
  • Pit Stop 8 – Parit Jawa (berhampiran Majlis Perbandaran)

Pit Stop Hari keempat

  • Pit Stop 9 – hadapan KFC, Pekan Rengit, Batu Pahat
  • Pit Stop 10 – replika nenas, Pekan Nenas, Pontian


Lokasi-lokasi yang dilawati Tuanku :

Hari pertama [Sabtu, 21 Jun 2014]
  • Dataran Bandaraya Johor Bahru
  • Maktab Sains Mara Seri Alam, Pasir Gudang
  • Dewan Felda Bukit Permai, Kulaijaya
  • Taman Komuniti Bandar Tenggara
  • Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi
  • Dataran Mersing / Dewan Jubli Intan
  • Istana Sri Mersing (bermalam)
(jumlah = 303 kilometer)

Hari kedua [Ahad, 22 Jun 2014]
  • Dataran Pantai Sri Mersing (pelepasan)
  • Dataran Kahang, Kluang
  • Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang
  • Majlis Daerah Yong Peng, Batu Pahat
  • Taman reakrasi, Bandar Segamat
  • Felda Medoi, Segamat
  • Padang sekolah kebangsaan LKTP Felda Medoi, Segamat (bermalam)
(jumlah = 235 kilometer)

Hari ketiga [Isnin, 23 Jun 2014]
  • Padang LKTP, Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi Segamat
  • Dewan Felda Sri Jaya, Ledang
  • Tapak perhentian bas Bukit Gambir, Ledang
  • Dataran Tanjung Emas, Muar
  • Dewan Semarah, Batu Pahat
  • Stadium Batu Pahat, Jalan Ampuan
  • Jeti Minyak Beku, Batu Pahat
(jumlah = 163 kilometer)

Hari keempat [Selasa, 24 Jun 2014]
  • Jeti Minyak Beku, Batu Pahat
  • Kampung Nelayan, Benut Pontian
  • Stadium Mini, Pontian
  • Kampung Ulu Pulai, Pontian
  • Dataran Mahkota, Kota Iskandar Nusajaya. (penutup)
(jumlah = 157 kilometer)




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free