Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel T-shirt merangkap Jersi Team Takraw

Hari yang sangat penat!!!

Imej
Hari ni tersangat penat la pulak untuk aku. Kalau ikut hari ni aku ambik cuti rehat, pasal tak tahu lagi nak setel masalah aku kul baper. Pepagi lagi aku dah kuar. Walau pun appointment jam 9 pagi, saja gak kuar awal. Lagipun nak hantar iqa gi sekolah dulu. Pas hantar iqa, aku terus ikut jalan ke perling.. Pergghhh.. dah start jem.. Sampai angsana, terus belok masuk, ikut jalan dalam. Terus sampai danga city mall.. Belok ke hospital terus. Ngam-ngam kul 8 aku sampai. Masuk, terus dapat layanan. Setel. Kul 9 aku dah terpacak dah kat Klinik Gelang Patah. Kat sini yang lama sikit. Dekat sejam aku lepak nunggu semua setel. Pastu, balik; seterika baju, terus gi kerja. Cam rugi lak kalau aku amik cuti. Kelas aku pun lam 11.20.. Sempat ajer.. Sesampai, GB tersenyum jer.. Nak kensel cuti ker.. Ha'ah.. Setel. Terus masuk kelas. Pastu train takraw. Sekolah agama iqa.. Pergghh.. Balik jer lam kul 4 petang.. penat gegiler hari ni.. Waarrggghhh... Penaaattnya.. ps : Hari ni jugak aku kuar

T-shirt merangkap Jersi Team Takraw

Imej
Akhirnya siap gak design baju untuk t-shirt merangkap jersi team takraw aku. Penat gak la aku mendesign bola tu jer. Hahaha.. design bola takraw la pulak. Sesaja jer nak bikin lain sikit dari yang lain. Kurang-kurang bebudak pun rasa best la masa main nanti kan. Tukang buat dia aku kasik kat member lama aku, sapa lagi kalau bukan Che Li bikintshirt . Nak tengok gak hasil kerja tangan memember sendiri kan. Kalau best, banyak lagi aku nak buat. Setakat ni aku nak buat untuk 8 bebudak aku + 4 cikgu jer dulu. Masa dok buat design ni tadi ustaz pun masuk. Waa... best eekk kalau tangan aku cam kau. Alah.. biasa-biasa jer ustaz.. Ye lah. Tu kata kau.. Ni tahap celah kaki orang lain jer ustaz.. ramai lagi yang design cantik.. OK ler tu.. Kelakor jugak. Yang paling tak ingat ayat aku dengan ustaz.. Tak menang game pun, menang baju lawa jadi la.. Hahahaha.. Ingat parti pakaian beragam ka.. Siap boleh menang baju la pulak.. Apa-apa pun aku harap bebudak aku perform dengan lebih baik lagi tahun ni