Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MH370

Tragedi MH370

Imej
Tragedi MH370 Kronologi Tragedi MH370 KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Berikut kronologi operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, hampir 17 bulan selepas ia terputus hubungan pada 2.40 pagi, 8 Mac tahun lepas. Pesawat tersebut terputus hubungan di kedudukan, 120 batu nautika ke timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan, dan tiada tiada-tiada mengenai isyarat kecemasan daripada pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang. Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Penumpangnya terdiri daripada rakyat Malaysia (38), China (153), Indonesia (tujuh), Australia (tujuh), Perancis (tiga), Amerika (tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (satu), Itali (satu), Taiwan (satu), Belanda (satu) dan Austria (satu). Berikutan kejadian itu, Malaysia melancarkan operasi SAR melibatkan pelbagai negara d

PM umum Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370

Imej
PM umum Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370 KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada penerbangan MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada Khamis pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370. "Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi," Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada pukul 1.45 pagi Khamis. Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa