mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Januari 2015

BUKU PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH EDISI 2014

BUKU PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH EDISI 2014


Sukacita dimaklumkan, buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014 boleh dimuat turun melalui http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 13 November 2012

Talent bookstore getaway

Keluar jap ke kedai buku. Iqa dan adik inaz dah sibuk merengek nak buku latihan baru. Layankan aje. Tengah semangat kan. Si ziqri pun amik peluang beli jugak. Tak abis abis ngan abc dia. Dengan pad, dengan magnetic.






Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 11 November 2010

Iqa dan Inaz aka the Balqis

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 11 November 2010
Masa : 6.20 petang
Tempat : Bilik den
Mood : Kelakar pun ada

Tengok la dua beradik nih. Dengan botol susu kat mulut, terlendok kat katil. Sorang depan laptop, sahih layan youtube sampai tertido; tak citer buat cupcake mesti citer upik abu dan laura. Sorang lagi depan buku, kebetulan cikgu kakak dia dah bagi buku yang dibeli hari ni. Layan buku sampai tido tuh..

Tadi iqa baru bagitau dia dapat nombor satu kat sekolah agama. Alhamdulillah.. Sekolah harian dia dapat nombor dua ja. Mak dia marah pasal soalan senang dia salah, soalan susah semua betul. Tak tau la nak kata apa lagi. Maybe jangkit dari bapak dia kot.. hahaha

Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 19 Februari 2010

Edisi merayap ke Plaza Angsana, JB

©2010mknaceunlimitedHari ni berjaya jugak aku merayapkan diri aku dengan mama dan bebudak ni ke Angsana. Sebenarnya tempat ni wajib aku pergi dari awal tahun lagi. Tapi cam takde masa nak pergi situ. Ada je aral melintang. Tapi hari ni memang dipermudahkan untuk aku gi situ dengan bebudak ni. Tujuan hanya satu jer, nak pergi Badan. Sapa tak tau badan, tempat jual segala macam buku; dari majalah sampaila ke buku rujukan. Memang tempat yang best la bagi aku. Lagipun tahun ni kena ajar tahun 2, kena la cari rujukan. Pasal aku mana biasa ajar darjah 2 lagi. Kelakar la ingatkan pasal benda ni. Dari SBP, masuk harian biasa; dari menengah atas ke menengah bawah, last-last sampai ke tahap 1 sekolah rendah. So, aku memang kena jaga P&P dan soalan-soalan yang bakal aku buat. Dah selalu kena sound pasal soalan yang terlebih sudah.. Hahahaha..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Sampai jer angsana.. woowww..!! Kosong beb.. Padahal dah jam 1 petang dah ni.. Sekali nengok keter sebelah aku ni, bengong tul.. parking punya la banyak, leh parking terlebih sudah la pulak. Ni la antara beza pemandu kl ngan jb. Sini diaorang tak reti nak betulkan balik tempat parking. Macamana masuk cenggitu la diaorang tinggal. Lantak dia la.. aku parking jer tempat lain. Banyak lagi kosong kan..

©2010mknaceunlimited
Pastu terus gi badan. Memacam buku kitaorang beli. Aku beli, mama beli, iqa beli, adik pun beli!! Jangan tak buat sudah ye dik.. Habis dekat RM60 jugak. Banyak beli buku rujukan jer. Habis jer urusan kat situ terus turun ke bawah untuk makan. Masih kosong lagi. Iqa macam biasa, terus buka buku. Memang turun dari aku ler ni.

©2010mknaceunlimited
Order cam biasa la bang.. Adik ngan Iqa nak mihun soto. Aku order nasi goreng kampung, mama nasi sama telur dan sup cendawan.. Air semua minum panas, aku jer minum limau ais.. OK ler tu kan.. Hidup tak ceria tanpa ais, selagi tak sakit cam yang lain la kan..

©2010mknaceunlimited
Adik nak ais jugak.. Apasal abah boleh.. Tak puas hati tul adik masa tu.

©2010mknaceunlimited
Last last kakak dia yang tukar mintak ais jugak. Ikut suka hati dia jer. Biar dik, kakak tu tak sedar agaknya dia batuk ngan selsema. Pastu batuk jer tak sudah.. Sama suruh..

©2010mknaceunlimited
Mihun Soto sudah mari.. yeayyy.. tunggu mangkuk tambah mari dulu..

©2010mknaceunlimited
Yaaa.. mangkuk tambah sudah mari. Mama bahagi dua dulu yeaa..

©2010mknaceunlimited
Adik makan dulu yea.. sedapnyaaa...

©2010mknaceunlimited
Sekali tak kena selera la pulak.. terus dedua taknak makan.. macamana nih..

©2010mknaceunlimited
Dari kawasan mama. Takde benda lain yang diordernya selain sup cendawan sama telur..

©2010mknaceunlimited
Aku nyer.. Nasi goreng kampung paling sempoi pernah aku order setakat hari ni.

©2010mknaceunlimited
Resepi baru ciptaan aku berjudul.. Nasi goreng campur, tujuan utama; semua yang diorder berehhh...

©2010mknaceunlimited
Last-last semua makan bersuap dengan mama, except me lah.. hahaha

©2010mknaceunlimited
Masa ni baru nampak rupa penghuni-penghuni lain kat angsana nih..

©2010mknaceunlimited
Singgah sini jap beli baulu sama kacang pedas. Yummy.. Memang sedap.

©2010mknaceunlimited
Pasni nak gi mana bah. Gi UO. Pastu? Ntah. Gi Danga Bay nak tak? Hmmmm.. tanya mama..

©2010mknaceunlimited
Membaca lagi sesambil dok menunggu adik ke tandas.. Lepak depan reject shop nih..

©2010mknaceunlimited
Sebelum balik singgah sini dulu. Beli pisang sama betik..

©2010mknaceunlimited
Ni ler muka yang kengkonon nak gi Danga Bay tadi tu. Tak sampai rumah lagi dah melepek..

©2010mknaceunlimited
Semua buku yang dibeli tadi.. Suka tengok buku rampaian ni.

©2010mknaceunlimited
Satu set tu.. Harga dia RM3.50 satu. Leh tahan mahal. Lagi mahal dari buku latihan biasa.. Tapi rupa dia yang cam buku tulis tu menarik..

©2010mknaceunlimited
Tapi tengok la isi dalam dia. Qualiti beb. Tinggal nak siapkan jer. Kira just nice la untuk bebudak tahap satu. Dia pun memang keluarkan untuk bebudak tahap satu jer. Tahap dua dah pandai menyalin kan..


Slideshow penuh