Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Masalah Rumah Tangga Disyaki Punca Kebakaran Enam Kereta Di Taman Jaya

Masalah Rumah Tangga Disyaki Punca Kebakaran Enam Kereta Di Taman Jaya

Imej
Masalah Rumah Tangga Disyaki Punca Kebakaran Enam Kereta Di Taman Jaya - Polis Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran melibatkan beberapa kenderaan di tempat letak kereta di Taman Jaya di sini hari ini berpunca daripada masalah rumah tangga. Menurut polis, siasatan awal mendapati seorang lelaki bermotosikal telah menghampiri sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu sebelum bertindak membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang kenderaan itu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 20-an, yang berada dalam kereta bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api marak membakar kenderaan itu. "Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenali suspek dan mereka dipercayai mempunyai masalah rumahtangga dan dalam proses perceraian," katanya kepada pemberita mengenai kebakaran kira-kira 1 tengah hari itu. Selain Proton Wira berkenaan, lima kereta lain yan