mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Klinik Veterinar Daerah Johor Bahru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Klinik Veterinar Daerah Johor Bahru. Papar semua catatan

Ahad, 13 November 2016

Vaksin Gebooz @ Klinik Veterinar Daerah Johor Bahru


Vaksin Gebooz @ Klinik Veterinar Daerah Johor Bahru. Dah lama nak bawak si Gebooz vaksin. Sampai dah pat bulan aku tak reti reti nak ada masa. Sekali hari ni sebab bos suruh cuti. Dan aku ada sikit masa terluang. Terus aje aku gerak ke klinik veterinar yang letaknya kat BBU. Macam jauh bebona tempatnya. Jalan ke SKBBU2 lajak sikit sampai ke MPC tu ler tempatnya. Berdepan dengan MPC yer.

Masuk aje terus ke kaunter pendaftaran. Sebab aku tak pernah lagi bawak kucen so kena buat pendaftaran sekali la kan. Cam baby la pulak kan. Siap dapat buku semua. Hehehe. Aku sampai dekat dekat jam 11 pagi. Orang tak ramai lagi. Tu pun leh tahan penuh kat area klinik. At last aku tunggu balik kat area pendaftaran. Pastu dah nampak reda sikit baru aku ke area klinik. Best borak borak menanti turn. Semuanya penggemar kucen la katakan. Semua kata gebooz cun bulu dia. Hehehe.

Sampai turn dia. Aku masuk. Pegawai bertugas ajar aku pegang gebooz untuk disuntik. Genggam je dia kata walau apa terjadi. Hahaha. Kena dua suntikan beb. Menggelempar jugak si gebooz. Terus aku kejapkan lagi genggaman tu. Setel semua keluar ke farmasi untuk proses seterusnya. Siap set temujanji untuk next cucuk bontot. Hehehe. Kalau lebih tarikh, kena ulang semula cucuk kali ni. Berapa kena? RM30. TQ kerajaan.