mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2016

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun 2016

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun 2016

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

-- BERNAMA

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Isnin, 6 Jun 2016

PELAKSANAAN MENGENAI WAKTU PERINGKAT (WP) BEKERJA KHAS PADA BULAN RAMADAN

PELAKSANAAN MENGENAI WAKTU PERINGKAT (WP) BEKERJA KHAS PADA BULAN RAMADAN

PELAKSANAAN MENGENAI WAKTU PERINGKAT (WP) BEKERJA KHAS PADA BULAN RAMADAN. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (SPP 1/2016) berhubung Tambahan Waktu Berperingkat (WP) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan. Perkara ini adalah selaras dengan transformasi Perkhidmatan Awam dalam mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan penjawat awam meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan dengan menambah WP4, WP5 dan WP6.

Surat pekeliling boleh dimuaturun melalui pautan berikut :
http://docs.jpa.gov.my/docs/spp/2016/spp012016.pdf

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Jumaat, 13 November 2015

AppgeNation - Pertandingan 24 jam Membangun Aplikasi Mudah Alih Kerajaan 2015

AppgeNation - Pertandingan 24 jam Membangun Aplikasi Mudah Alih Kerajaan 2015

AppgeNation - Pertandingan 24 jam Membangun Aplikasi Mudah Alih Kerajaan 2015

Pendaftaran : https://docs.google.com/forms/d/1JV5VggmpV_GB2F9ZPfht3h-HqOvLOvFKyfZQHIGAdZ0/viewform

Keterangan Lanjut : http://gamma.malaysia.gov.my/appgenation/

MATLAMAT PERTANDINGAN

  • Menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan dan kemahiran ke arah meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. 
  • Mempromosikan produk/inisiatif MAMPU dalam merealisasikan visi kerajaan ke arah penggunaan aplikasi mudah alih untuk penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan Malaysia kepada masyarakat umum. 
  • Menggalakkan penglibatan agensi-agensi kerajaan untuk membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan AppGen. 
MASA PERTANDINGAN

  • Tempoh Pertandingan: 24 jam
  • Tarikh Mula dan Masa: 1 Disember 2015 (Selasa), 12:00 tengahari 
  • Tarikh Tamat dan Masa: 2 Disember 2015 (Rabu), 12:00 tengahari

LOKASI PERTANDINGAN

  • Bebas atau di agensi masing-masing.

TERMA DAN SYARAT

A) PASUKAN BERTANDING

  • Terbuka kepada semua penjawat awam Malaysia; 
  • Setiap agensi dibenarkan mendaftarkan lebih daripada satu pasukan dan setiap pasukan tidak melebihi dari empat (4) orang; dan
  • Pasukan yang kekurangan ahli semasa pertandingan berlangsung boleh meneruskan penyertaan atau menarik diri daripada pertandingan.

B) PENDAFTARAN PENYERTAAN


C) AKTIVITI PERTANDINGAN

  • Membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan sistem AppGen yang boleh diakses melalui URL: appgen.gamma.malaysia.gov.my
  • Bagi agensi-agensi yang tidak dijemput menjalani kursus AppGen, manual pengguna akan dibekalkan oleh pihak penganjur pertandingan untuk membantu peserta memahami dan menguasai kemahiran menggunakan sistem tersebut. 
  • Aplikasi mudah alih dibangunkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Penyerahan yang dibuat selepas daripada itu tidak akan dinilai oleh panel juri. 
  • Aplikasi mudah alih yang dibangunkan adalah asli dan tidak terikat dengan mana-mana Harta Intelek (Intellectual Property) 
  • Produk yang memenuhi kriteria, berpotensi dan mempunyai impak kepada masyarakat umum akan dimuatnaik ke portal GAMMA dan didedahkan kepada orang awam. 
  • Sebelum memulakan proses pembangunan aplikasi mudah alih, agensi/pasukan atau wakilnya perlu menghadiri satu sesi taklimat yang akan diadakan selepas majlis pembukaan pertandingan. 
  • Semasa sesi taklimat, setiap agensi/pasukan akan menerima akaun pengguna AppGen yang baru (beserta kata laluan). 
  • Setiap agensi/pasukan yang telah menyerahkan aplikasi mudah alih akan diberi masa selama 20 minit bagi mempersembahkan hasil kerja masing- masing kepada panel juri. 
  • Makan malam hanya disediakan sekiranya aktiviti pembentangan berlarutan sehingga waktu malam. Penganjur pertandingan (MAMPU) tidak akan menyediakan perkakasan untuk agensi/pasukan membangunkan aplikasi mudah alih.

D) PENILAIAN

  • Setiap aplikasi mudah alih yang dibangunkan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dilantik oleh pihak penganjur pertandingan. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

E) HADIAH/CENDERAHATI PERTANDINGAN

  • Pertama: RM5,000.00 + Trofi + Sijil 
  • Kedua: RM3,000.00 + Trofi + Sijil 
  • Ketiga: RM1,000.00 + Trofi + Sijil 
  • Sijil penyertaan (akan diberikan kepada setiap peserta)

F) PERUBAHAN

  • Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

G) LIABILITI
Penganjur pertandingan tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:

  • Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan hasil daripada sebarang sebab yang dialami oleh mana-mana pihak yang disebabkan oleh kelewatan atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Borang Penyertaan
  • Sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada kesihatan fizikal dan mental daripada mana-mana peserta yang tidak terhad untuk tempoh masa. 
  • Sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada mana-mana peserta dan barang-barang mereka kerana mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 
  • Sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan pemenang), gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian Internet, kecurian, kemusnahan, atau kemasukan penyertaan tanpa kebenaran, kegagalan fungsi perkasasan atau perisian yang timbul semasa pertandingan.

Peserta bertanggungjawab terhadap:

  • Apa-apa kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur kepada mereka bagi tujuan pertandingan ini. 
  • Memastikan kebersihan kawasan persekitaran yang digunakan semasa sesi taklimat dan pembentangan. 

H) KEHILANGAN KELAYAKAN

  • Penganjur pertandingan (MAMPU) berhak untuk membatalkan penyertaan agensi/pasukan didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan.

I) PERTANYAAN


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 31 Disember 2014

Lawatan pertama Fiqri ke klinik kesihatan


Lawatan pertama Fiqri ke klinik kesihatan. Semalam. Kena gak pergi klinik kesihatan. Nurse datang. Check. Ada tanda jaundice. So. Pasti la kena gi klinik untuk check darah. Alhamdulillah. Bacaan masih berada di tahap yang OK. Tapi masih banyak kena buat supaya bacaan kembali normal. Apa pun. Kena repeat esok jam 11.00 pagi. Hope for the best.

Rabu, 11 Jun 2014

Kerajaan sedia RM3000 tanpa faedah melalui Skim Pinjaman Bazar Ramadan 2014

Kerajaan sedia RM3000 tanpa faedah melalui Skim Pinjaman Bazar Ramadan 2014.

Sempena tibanya bulan Ramadan, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Permohonan Skim Pinjaman Bazar Ramadan (Mikro-i) 2014 dengan tujuan membantu kalangan penjaja dan peniaga di seluruh Malaysia.

Kaedah Permohonan Pinjaman Mikro-i Bazar Ramadan 2014

  1. Daftar di mana-mana cawangan Bank Rakyat.
  2. Daftar melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.

Pinjaman tanpa faedah sehingga 3,000
Tempoh bayaran balik dalam masa 2 bulan
Bayaran balik iaitu 50 peratus perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50 peratus lagi sebulan selepas bulan Syawal.





Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 14 November 2012

Takwim 2013


Bila nak buat takwim untuk tahun berikutnya, yang paling penting kena tau bila cuti kelepasan am, bila cuti sekolah. Kalau tak... nanti terpaksa anjak la, tunda la. So, hari ni aku penuhkan aku nyer organiser ngan 2 jenis cuti ni dulu. Kalau nak boleh dapatkan kat sini...

.: Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri
.: Takwim Penggal Persekolahan
   *** sumber : BAHAGIAN KABINET, PERLEMBAGAAN DAN PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN


Apa yang menarik untuk takwim tahun ni adalah, cuti pertengahan penggal 2 dah ditarik awal supaya cuti raya puasa termasuk sekali dalamnya. So, takyah pening pening sekolah nak mikio bila nak buat sekolah ganti. Ada improvement. Tapi kalau dah manusia tu, manusia jugak la kan. Kita tengok jer la nanti ada tak sekolah yang nak drag jugak.. kekeke..


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 27 Ogos 2012

Ukuran sebenar bendera Johor Darul Ta’zim

mknace unlimited™ | Ukuran sebenar bendera Johor Darul Ta’zim
Skecthing semula bendera berdasarkan ukuran rasmi yang dikeluarkan.
Satu pengumuman rasmi telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui portal rasmi JohorDT pada 16 Ogos berkaitan ukuran sebenar untuk bendera negeri Johor. Ini disebabkan terdapat banyak hebahan tidak benar mengenai ukuran sebenar bendera negeri Johor Darul Ta’zim terutama dari segi saiz dan kedudukan bulan bintang. Pengumuman ini boleh dicapai di pautan ini. Di bawah ini disertakan ukuran sebenar bendera Johor Darul Ta’zim untuk makluman semua pihak. Harap maklum.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

mknace unlimited™ | Ukuran sebenar bendera Johor Darul Ta’zim
Bentuk ukuran bendera-bendera negeri dan rakyat Johor yang betul
R1 = 3/4 dari bidang MERAH (canto)
R2 = 5/8 dari bidang MERAH
R3 = 1/3 dari R2
mknace unlimited™ | Bendera negeri Johor Darul Ta’zim berdasarkan ukuran sebenar
Dah siap dah pun
ps : Selama ni main pakai taruk ajer apa yang jumpa kat Google. Ni baru start guna mengikut ukuran sebenar.